Assalamualaikum.
Not really in a good mood semenjak dua menjak ni. Kata orang, sekali kita
marah, tubuh kita akan ambil masa hampir 30 hari untuk merawat diri. Saya
kira saya sudah agak lama tidak 'meletup'... terutama setelah kelahiran Adam
Jefril dan mula terasa uban bertambah di rambut.
*JANGAN JADI BODOH LA LU MATTT!!!
*
Mungkin permulaan rasa marah ini terdetik pada hari Khamis lepas. Seperti
yang kita sedia maklum (atau tidak maklum kerana 'ignorance'), pada hari
Khamis/Jumaat minggu lepas penganut Kristian merayakan Good Friday, jadi
gereja-gereja sesak dikunjungi. Pada hari Khamis, lebih kurang jam 6.30petang
(saya dah sampai rumah), tiba-tiba saya menerima panggilan telefon
dari orang rumah mengatakan ada kereta 'block' keretanya hingga tidak boleh
keluar dari parkir. Mengeruhkan suasana, penjaga parkir itu adalah seorang
warga asing yang tidak tahu langsung berbahasa Inggeris mahupun Melayu.
Isteri saya memang mempunyai season parking di kawasan tersebut. Maknanya,
beliau membayar untuk lot parkir berkenaan. Keduanya, setiap lot adalah
'designated lot', maknanya dia hanya boleh parkir di lot tersebut
semata-mata. Kawasan tersebut sebenarnya bersebelahan dengan sebuah gereja
yang agak besar di ibukota. Kami sendiri pernah masuk ke gereja tersebut
sewaktu menghadiri perkahwinan seorang rakan.
Saya menyuruh isteri saya bertemu pegawai di pintu masuk gereja berkenaan
supaya pengumuman dilakukan agar tuan punya kenderaan berkenaan dapat
mengalih keretanya. Tak lama kemudian isteri saya menelefon semula,
mengatakan bahawa sesi 'prayers' telahpun bermula jadi tak berapa 'kena'
kalau kita nak melakukan pengumuman sedemikian. Itu saya faham, kalau ada
penganut lain yang masuk ke masjid ketika kita sedang solat berjemaah,
meminta si anu mengalihkan kereta, kita pun akan melihatnya sebagai tanda
'disrespect'.
7.30pm, isteri saya menelefon lagi mengatakan sesi 'prayers' masih belum
selesai. Memandangkan beliau keluar pejabat tadi jam 6.00 petang, maknanya
hampir 1 1/2 jam beliau terperangkap dalam kebodohan orang lain! Tetiba
darah saya menyirap dan saya menyuruh beliau menunggu saya kerana saya "nak
pergi sana pecahkan tingkap kereta" yang menghalang tadi.
Jadi saya memandu dari Kajang untuk masuk semula ke tengah Kuala Lumpur.
Selaju hampir 150km/j. Dalam bandar. Perjalanan yang secara purata mengambil
masa 30 minit, dapat saya capai dalam kurang 15 minit.
5 minit sebelum sampai, isteri saya menelefon mengatakan yang kenderaan
tersebut telahpun dialihkan. Pemiliknya adalah seorang wanita yang
berkali-kali memohon maaf kerana beliau menyangka pemilik kereta yang
dihalangnya itu juga merupakan pengunjung ke gereja untuk majlis berkenaan.
Jadi bila saya tiba saja, isteri saya telahpun berlalu. Tapi saya tak puas
hati. Jadi saya berhentikan kereta dan turun untuk bertemu penjaga parkir
tersebut. Yang ada cumalah seorang lelaki yang menurutnya merupakan orang
yang diupah untuk menguruskan premis berkenaan.
Jadi saya pun mula komplen. Mulanya cara baik, gentleman. Siap bersalam
lagi dengan beliau. Saya katakan, lot parkir isteri saya tu adalah lot
berbayar, maknanya pejabat beliau ada berhampiran. Penjaga parkir itu
patutnya mempunyai rekod dan tahu yang pemilik kereta itu bukanlah seorang
pengunjung gereja.
Namun kesabaran saya tiba ke tahap maksimum bila jawapan yang diberi
berbunyi lebih kurang begini:
"Your wife should know that the church is having masses for the Good
Friday celebrations. At least be considerate. We never complained when you
double park when performing your Friday prayers. And this is just an annual
celebration..."
JUST WHAT THE F%*K RELIGION HAS GOT TO DO WITH IT?????
Jadi saya menjawab; "Look, I don't care if it's a church, mosque, temple
or a ziggurat. Blocking someone else's car is STILL blocking someone else's
car."
Lelaki tersebut dengan muka selamba menjawab semula; "Sir, if you want to
complaint, please complaint to the person in charge of the parking tomorrow.
I'm not responsible for parking arrangements".
Melihatkan isu tersebut tak akan selesai di situ, saya pun beredar. Dalam
perjalanan pulang, saya menelefon peguam saya yang merupakan seorang
penganut Kristian. Saya tanya bagaimanakah prosedur undang-undang jika saya
memecahkan tingkap kereta orang yang menghalang kereta saya untuk menurunkan
brek tangan? Mulanya beliau agak skeptik, namun bila saya menceritakan apa
kata lelaki tadi, jawab peguam saya:
"HEYYY... what the f%*k... Next time you tell that pukimak (dia belajar
maki hamun dalam Bahasa Melayu dari saya) not to mix things up with religion
laaaa.... Never mind, next time if the same thing happens and you smash up
the blocking car's windows, I'll back you up if the owner wants to take you
to court. We'll really screw him or her up"....
Hari ini, 11 April saya menerima pula beberapa emel forward. Walaupun
secara umumnya saya tidak meminta emel-emel sebegini, namun 'gesture'
ingatan orang yang mengirimnya tetap saya hargai walaupun ada antaranya
berjela dengan 'sejarah pengiriman' dan tanda ">" di awal setiap baris. Tapi
bila saya membuka dan mula membaca isinya...
*MONOLOG BODOH DALAM DIRI
*
"6 MINGGU!!! 6 MINGGU saja lagi sebelum 'pihak mahkamah persekutuan
membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak permohonan (IFC) untuk
menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia". 6 MINGGU... YA ALLAH...
Mungkin aku patut angkat senjata tembak ajer peguam-peguam yang bergiat
dalam IFC nih... isy isy isy..."
"Tapi tunggu, kalau tak silap aku pernah terbaca posting ini tahun lepas.
Yer laahhh... familiar laks... a'ahh... ni dia:
(a) http://groups.yahoo.com/group/smktbp/messages/701?viscount=100 ,
bertarikh 18 Ogos 2006
(b) http://www.mail-archive.com/[EMAIL PROTECTED]/msg00140.html ,
bertarikh 14 Julai 2006
"14 Julai 2006... 6 minggu lepas tu, apa jadi yerk? Kemudian 18 Ogos
2006... 6 minggu lepas tu apa jadi yerk? Ni baru dapat emel baru, katanya
dalam 6 minggu lagi sesuatu akan jadi 'kalau kita tak bertindak. Apa nak
jadi yerk?"
"Isyyy... orang yang forward ni sama ada tak pakai jam, tak guna kalendar,
hidup dalam gua atau mungkin berada di zon masa lain kottt... Semua
mesej-mesej tadi... dari 14/7/06, kemudian 18/8/06 dan kini 3/4/07... isy...
sahih dah nih... dia ada time machine... kihkihkih"
"Tu belum baca lagi keseluruhan isi mesej berkenaan. Meh kita tengok...."
*EMEL BODOH DARI ORANG BODOH, DI FORWARD OLEH YANG BODOH
*
----- Original Message -----
*Sent:* Tuesday, April 03, 2007 4:46 PM
*Subject:* Fwd: 4 minggu lagi....Tolong sebarkan..dan berdoa akan
kesejahteraan islam
*ALLAH HU AKBAR
*
*Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat...matikan kami saat iman kami
paling tinggi YA ALLAH!! Mudah-mudahan ianya tak akan diluluskan.. ..
Bertindaklah sebelum terlambat
*
*Bahaya IFC
*
*Diantaranya ialah:-
*
*Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysia menuntut supaya :
*
SAYA KATA: Bangsa2 lain? Secara umum? Generalisation? Yer ker? Ataupun
sekadar rekaan golongan tertentu yang hanya berhasrat membuat kucar kacir
dan mengeruhkan rasa aman antara kaum di Malaysia?
*1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid, diberi sama kepada
agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll. (bermakna. ada mesjid Negeri
ada juga tokong Negeri, kuil Negeri, gereja Negeri. Imam masjid dpt elaun...
sami dpt elaun, paderi dpt elaun )
*
SAYA KATA: BREEEEEPPPPPPP... ni dah silap. IFC tidak pernah 'berjuang'
untuk isu ini. Tapi andai benar pun ada peruntukan hendak diberi kepada
kuil, tokong, gereja dsb, apa salahnya? Mereka pun bayar cukai sama seperti
orang Islam juga...
*2. orang islam dibenarkan berkahwin dgn bkn islam TANPA pasangannya
memeluk agama islam, dan orang islam DIBENARKAN KELUAR Islam untuk berkahwin
dgn bkn islam( MURTAD ) (PERSAOLANNYA NAK NIKAH KAT KADI KE KAT SAMI KE,
PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)
*
SAYA KATA: BREEEEEEEPPPPP... kesilapan yang kedua. IFC hanya meminta agar
'grey areas' diperjelaskan dalam kes-kes seperti bilamana dalam sesuatu
perkahwinan ada salah seorang pasangan memeluk Islam, bagaimana pula dengan
hak pasangan yang masih beragama asal terutama dalam konteks penjagaan anak,
tuntutan harta dan sebagainya? Penyelewengan fakta. Darah orang murtad tu
halal? Baca tulisan saya bertajuk "Bunuh Yang
Murtad?"<http://groups.yahoo.com/group/BandarUtopia/message/231>di Bandar
Utopia/Relexjap tak lama dahulu.
*3. Anak orang islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan ia
bebas memilih agamanya selepas 18 thn. ( bermakna kita tak boleh AZAN KAN
anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak leh ajar
sembahyang, takleh ajar pose.. lps 18 thn dia pasti pilih agama BLACK METAL.
NABI BERPESAN: TERPUTUS LAH HUBUNGAN DUNIA ANAK ADAM SELEPAS MATI MELAINKAN
3 PERKARA. AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK YANG SOLEH. Haa... boleh ke
anak agama Black Metal doa kat kita...?
*
SAYA KATA: BREEEEEEPPPPPP.... kesilapan yang ketiga. Dan inilah pada saya
penyelewengan fakta yang paling busuk lagi membusukkan. Sebenarnya isu ini
berkisar, sekali lagi, dalam kes perkahwinan di mana salah seorang pasangan
memeluk Islam dan 'mengIslamkan' anak-anak mereka yang masih kecil tanpa
konsultansi atau pengetahuan pasangan satu lagi yang masih beragama asal.
Ini adalah untuk melindungi hak pasangan yang satu lagi di mana
terang-terangan telah terainiaya. Jadi IFC sekadar cuba menekankan perincian
proses pengIslaman yang hanya dianggap sah bila seseorang bukan Islam mahu
memeluk agama Islam, yakni hanya pada usia 18 tahun ke atas.
*4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepada semua agama dan
bangsa. (zakat fitrah dikutip daripada orang islam je.. yang hampa nak
sekali pasal? Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. (ALLAH BERFIRMAN:
AGAMA KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA KACAU AGAMA KAMU..
BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH POKOK BESAR, TEPI JALAN, DLM GUNUNG,
SAMPAI TUTUP JLN BILA MUSIM THAIPUSAM, BERIBU POLIS ISLAM DOK JAGA.., LAGI
TOLONG KAT HAMPA.. ( kalau ceramah agama beribu polis dok sembur ayaq... )
*
SAYA KATA: BREEEEEEEPPPPP.... kesilapan yang keempat. Ini merupakan isu
berbeza yang dibangkitkan oleh golongan tertentu ketika PAS berura-ura
melaksanakan Kharaj untuk penduduk bukan Islam di Kelantan --- dan tiada
kena mengena dengan IFC langsung. Kata golongan ini, andai PAS mengenakan
Kharaj, maka maka wajarlah ia digunakan untuk kebajikan bukan Islam, SEPERTI
MANA zakat fitrah digunakan untuk kebajikan orang Islam. Perihal Thaipusam,
buat tokong, tutup jalan tu apa yang kena mengenanya dengan argumen ini?
*Dan banyak lagi perkara yang depa nak gangu hak umat islam di Negara
Malaysia ni.. kalau nak keterangan lanjut call no tel kat bawah nanti...
*
*Wahai saudaraku... ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..
*
*Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerun org kafir terhadap
orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasa gerun terhadap orang
kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran, muzik
bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah kemungkaran
berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak, harta negeri beredar
dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada yg salah paham )
*
*Plastin kena godam, pasal arab tak habis2 perang saudara puak sunnah ngan
syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik pengajaran kot... jgn dok
sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau minat beli je album, sudah
laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal jambatan bengkok... ( lurus pun
berapa kali hampa gi s'pore sebulan! )
*
*Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan kancil...) Takan la
tak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak kena godam ngan
yahudi ala Malaysia ni.. jgn sekadar nama je Muhammad, Abdullah, Ahmad,
Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah, Adam, Isa, Musa,
Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau allah Tanya " apa yang kamu telah
buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci, dipermainkan dan diancam oleh orang
kafir" dan kita jawab " eh... tak perasan pulak..!, sebab hari tu mawi ngan
siti ada gossip "
*
*Mari lah saudara ku kita bersatu, saya merayu pada yang bijak pandai,
yang kaya, yang berpangkat, yang berpengaruh, yang bangsawan, yang belum
kena sawan agar kita bersatu dlm hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2
kuasa yang dianugrahkan allah untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali,
AP kemudian, jambatan bengkok tak layan, menteri gaduh.. depa cari
makan..... Wassalam...
*
SAYA KATA: Argumen-argumen retorik, langsung tak bersandar pada fakta dan
jelas bertujuan untuk membangkitkan rasa gusar di antara golongan Islam dan
bukan Islam di Malaysia.
*KAM: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau
telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA,
Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.
*
*Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang
Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja
lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS
maka orang Islam dalam bahaya besar.
*
SAYA KATA: 6 MINGGU!!!! 6 MINGGU DARI TARIKH MANA? DARI TARIKH ASAL EMEL
INI DIKIRIM? ATAU DARI TARIKH EMEL INI DI FORWARD (BERULANGKALI)?
*Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih
lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila
sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...
*
SAYA KATA: Anda telefonlah sendiri...
*APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA??
KITA HANYA ADA DUA PILIHAN..... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN....
1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 )
ATAU
2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP (Dengan tidak membuat
apa-apa) ATAU BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.
*
*Kalau pilihan anda adalah 1, FORWARD kan e-mail ini kepada sesiapa sahaja
yang ada di dalam mailing address anda. dan Kalau pilihan anda adalah 2,
deletelah e-mail ini atau peramkan ia di dalam mailbox anda.
*
SAYA KATA: Saya tidak memilih KEDUA-DUANYA kerana jelas SEMUA fakta di
dalam emel layang ini adalah silap, diseleweng dan jelas berbaur hasad
dengki.
*SEKALI LAGI, JANGAN JADI BODOH!
*
Fanatik ada dalam mana-mana agama. Seperti mana kita marah bila ada
fanatik agama lain yang mengatakan SEMUA orang Islam adalah ganas, tak
bertamadun dan tak bertoleransi, begitulah juga bilamana ada malaun-malaun
fanatik agama Islam yang memberi gambaran seolah-olah SEMUA bukan Islam
menghirup udara bumi setiap hari dari bangun tidur hinggalah terbawa dalam
mimpi untuk 'menghancurkan orang Islam'.
Saya akui mungkin dalam IFC terdapat ahlinya yang berfikiran fanatik (dan
ada yang terseleweng langsung seperti puak yang mengaku ketuanya adalah
'Rasul Alaf Baru') tetapi ini bukanlah tujuan asas IFC ditubuhkan. Kalau tak
pasti, periksa dahulu bukan sahaja dengan 'Ustaz Zulkefli Nordin' tetapi
dapatkan pandangan pihak yang satu lagi juga.
Walaupun skop IFC tidak dapat lari daripada isu-isu agama, namun asas
skopnya adalah sekadar untuk memperjelaskan 'grey areas' antara perundangan
syariah dan sivil agar hak SEMUA individu yang lahir di Malaysia ini
terpelihara sesuai dengan kandungan Perlembagaan Malaysia.
Saya telah menulis perkara ini terlalu banyak kali, jadi jika saya ingin
mengupasnya lagi, artikel ini akan jadi panjang berjela. Layari saja grup
Bandar Utopia dan cari sendiri dalam arkib untuk artikel-artikel saya yang
terdahulu.
Saya bukanlah seorang aktivis IFC namun fakta tetap fakta. Yang benar
wajib dibenarkan dan yang salah harus diperbetulkan.
Di sini saya kepilkan fail PDF dari Pengerusi IFC yang menolak dakwaan
dangkal dan berbau perkauman yang dilemparkan persatuan/individu tertentu
yang mempunyai kepentingan peribadi dan mengidamkan tampuk pemerintahan.
Sekali lagi, jangan ambil semua yang ditulisnya bulat-bulat tetapi
selidiklah dahulu kesahihan faktanya.
Pada saya, jika anda menerima emel-emel layang sebegini, selidiklah
faktanya terlebih dahulu sebelum forward kepada beratus-ratus kenalan (dan
bukan kenalan) anda. Sebab andai isi dan faktanya tak betul:
(a) Ia boleh menyebabkan kegusaran tak berasas di kalangan berbagai
penganut agama di Malaysia
(b) Menjatuhkan imej dan kredibiliti anda sebagai seorang Muslim
(c) Menjatuhkan imej dan kredibiliti Islam sendiri sebagai agama intelek
yang memperjuangkan ketepatan fakta dan pembangunan hipotesis secara
sainitifik dan berilmiah
(d) Silap-silap kena tahan ISA atas dakwaan 'cuba mencetus ketegangan
antara kaum', masuk jel, hilang pekerjaan, tak boleh lagi akses Internet dan
tak boleh lagi forward-memforward emel... ahaksss.
Dalam banyak perkara, seperti kes mangkuk hayun yang menghalang kereta
isteri saya itu, amat mudah untuk saya mengaitkannya dengan sentimen agama
walaupun isu agama dan kebodohan tuan punya kereta yang menghalang itu
bezanya seperti minyak dan air.
Tetapi saya tidak bodoh.
Dan harapnya anda pun tidaklah bodoh juga.
Wassalam.
*Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia
*