Nasib baik usul pengasingan lelaki dan perempuan dalam
LTR ni dibawa oleh Orang Bukan Islam. Kalau PAS yang
usulkan, sure dorang palu gendang memperlihatkan
konservatif nya orang yang islamik. :) 


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Puan Alhana memang ada point, cek setuju.
> 
> Selain dari gerabak khas, mungkin depa boleh tiru
> cam Jepun ka Taiwan - cek tak ingat - di mana kaum
> wanita disediakan satu gerabak khas, dan yang lain
> boleh share. Terpulang pada wanita untuk memilih
> gerabak mana mereka mahu. Tapi kalau ikut lapuran
> luar negara, ramai wanita akan memilih gerabak khas
> itu. 
> 
> Mungkin satu lagi pendekatan yang boleh dilakukan
> oleh pemerintah adalah untuk mempertingkatkan
> pembelajaran Agama dan mata pelajaran Moral. Di
> dalam gerabak, bubuh ayat Al-Quran yang simple.
> InsyAllah, sedikit sebanyak, ada perubahan nanti.
> Kita manusia ini bukan apa, harus selalu
> diperingatkan kerana ramai - termasuk cek - alpa dan
> lupa. Astaghfirullah.
> 
> 
> 
> From:Alhana Ismail 
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Asingkan
> penumpang lelaki, perempuan dalam LRT
> 
> Saya setuju tang bab pengasingan tu time saya jln
> sorang-sorang. Tapi, bila naik LRT ngan anak-anak n
> husband (g jln-jln, malas nak bwk keta)...amat rumit
> la kalau kena berasingan.. So, alternatifnya, kena
> reserve satu gerabak yg khas utk mereka yg
> berkeluarga. ..btol tak??
> 
> [EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@
> .SYNTAX-ERROR. wrote:  
>     Cek turut setuju dan menyokong cadangan ini. La
> ni, cek sendiri pernah nampak beberapa perkara
> kurang senonoh berlaku. Malangnya, perkara sebegini
> selalu berlaku dengan begitu cepatnya hingga tiada
> siapa dapat menghalang.
> 
> Tapi cek harap agar pengasingan ini turut
> dipanjangkan ke perkhidmatan bas bandar dan komuter
> juga. Selalu berlaku, pihak wanita ditolak saja oleh
> lelaki yang ingin naik dulu. Hmm...bila lah orang
> Malaysia ni nak belajaq beratur?
> 
> http://www.detikdai ly.net/m3/ modules.php?
> name=News&file=article&sid=341
> 
> 
> Asingkan penumpang lelaki, perempuan dalam LRT
> Posted on Monday, April 09 @ 12:34:32 CDT by
> reformis
>     "Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri
> orang, jadi mereka minta saya sampaikan pada Yang
> Berhormat."
> 
> KUALA LUMPUR:  Seorang anggota Parlimen hari ini
> mencadangkan supaya penumpang lelaki dan wanita yang
> menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
> diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi
> mengelakkan masalah yang boleh menyebabkan
> ketidakselesaan penumpang.
>   Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz
> (BN-Sri Gading) dan disokong penuh Chong Eng
> (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan
> Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Uggah Embas
> menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah
> Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
> sempena perasmian sidang Parlimen, bagi
> kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
>   Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara
> lelaki dan perempuan sering kali berlaku khususnya
> pada waktu puncak, apabila  penumpang bersesak-sesak
> di dalam gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di
> kalangan penumpang itu sendiri.
> 
> 
> "Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang,
> jadi mereka minta saya sampaikan pada Yang
> Berhormat," katanya.   Chong yang meminta penjelasan
> daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad
> kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk
> gangguan seksual dan membabitkan maruah khususnya
> kaum wanita.
>   Douglas berkata perkara itu akan disampaikan
> pihaknya kepada syarikat pengendali LRT, Rapid KL
> Sdn Bhd untuk tindakan lanjut.
>   "Tetapi saya rasa mungkin ada masalah teknikal
> yang akan dihadapi kelak. Kita memang sedar apabila
> waktu puncak memang tren sesak tetapi untuk atasi
> sebahagian daripada masalah ini kita akan berbincang
> dengan syarikat pengendali pengangkutan itu,"
> katanya.
> 
> 
>        
> ---------------------------------
>  Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there
> knows the answer. Tryit now.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke