Sambutan kemerdekaan ke 50 dicemari dengan deretan penyelewengan                
                             Mohd Sabri Said      
         Mon | Apr 16, 07 | 06:09:03 PM                         TASEK GELUGOR, 
16 April (Hrkh) -  Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim 
kesal kemerdekaan negara yang ke 50 dicemari dengan berbagai kemelut termasuk 
kejadian berprofil tinggi yang tiada kesudahan.

  

 Jelasnya lagi dalam ceramah semperna makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
yang diadakan di perkarangan Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek 
Gelugor semalam berpunca dari pentadbiran yang rakus tidak mementingkan 
demokrasi sebaliknya lebih kepada mencari peluang peribadi.

 
 "Sambutan kemerdekaan tidak membawa makna walaupun sudah 50 tahun ia dikecapi. 
 Berbagai peristiwa hitam berlaku dari rakyat bawahan sehinggalah kepimpinan 
atasan.  Ini sangat memalukan, " ujarnya.

 
 Menurutnya, lebih malang dari segi amalan rasuah, indeks membuktikan gejala 
rasuah di Malaysia lebih teruk berbanding kalangan negara Asean sendiri.

 
 Menurutnya, kes rogol, jenayah sivil di sekolah, remaja berpeleseran, ajaran 
sesat, rasuah, penyelewengan, ugut, pembunuhan dan sebagainya makin meningkat 
di zaman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah berbanding di era pemerintah 
empat Perdana Menteri terdahulu.

 
 "Walaupun di zaman pemerintahan, Tun Dr. Mahathir ia berlaku tetapi tidak pula 
meningkat secara mendadak," ujar beliau

 
 Sepatutnya kata beliau, kerajaan menyedari kesilapan tersebut dan kembali 
membersihkan nama baik negara supaya kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 
Ogos nanti benar-benar menepati isi perjuangan yang dicetuskan oleh para 
pejuang terdahulu.

 
 Tegasnya, kepimpinan negara harus dilantik daripada mereka yang berkelayakan, 
bagi membolehkan sesebuah negara itu boleh maju tanpa deretan penyelewengan.

 
 Ini tidak jelasnya, mereka yang 'makan saham' dipuja dan diberikan 
tanggungjawah membangunkan negara.

 
 "Jika pencuri diberikan kuasa memerintah maka negara yang kaya pun akan jatuh 
tersungkur, " tegasnya.

 
 Turut berucap sama dalam majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PKR 
Negeri, Johari Kasim itu ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua PKR 
Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim. - mr

       
---------------------------------
 Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for 
your freeaccount today.

Kirim email ke