Just nak share experience...

kelmarin, saya dan rakan2 pergi ke rumah pasangan Islam yang menghidapi HIV. 
isteri adalah warganegara Indonesia, suami cina yang memeluk Islam

disana banyaklah persoalan yang diaju, killer jugaklah soalan mereka

tapi yang saya nak tekankan bukanlah pasangan ini, sebaliknya;

1-pasangan ini memerlukan belanja yang besar, belanja ubat, sara diri dll. bila 
mereka meminta bantuan sebuah badan Islam, badan ini enggan membantu, 
alasannya? "Isteri warga Indonesia, x layak menerima bantuan". akhirnya yang 
tolong mereka adalah salah sebuah tokong...

2-saya juga sering pergi ke gereja...ada waktu kami ada program waktu malam di 
sebuah gereja, kami bertolak selepas waktu bekerja dan sampai sana dalam waktu 
maghrib, alhamdulillah, pihak gereja aware dengan umat Islam, mereka 
menyediakan bilik yang cukup bersih dan lapang untuk kami solat...

3-malah semasa saya buat program di gereja untuk melihat upacara keagamaan 
mereka, mereka terlebih dahulu memberitahu kami apa yang patut kami lakukan 
supaya akidah kami terpelihara...iaitu supaya kami tidak melakukan sesuatu yang 
boleh membatalkan akidah kami...

4-sesudah itu, ada sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak mereka. 
bila ditanya darimana mereka memperoleh makanan tersebut, mereka bagitau kuih 
"ditempah" dari mekcik melayu yang bekerja di universiti tempat kami belajar, 
malah mereka nak bagi no. telefon makcik tersebut untuk kami 
double-check...mereka amat menjaga ke'halal'an makanan kami...

5-bila kami ada sesi soal-jawab dengan mereka, walau sebodoh mana pun soalan, 
mereka tidak pernah memperlekehkan kami malah menjawab sebaik mungkin. ada yang 
siap print dan bagi kepada kami untuk buat rujukan...

6-saya juga dimaklumkan ada ramai missionary kristian bergaul dengan golongan 
pelacur, penagih dll. semasa bersama pasangan HIV, saya mendapati sebenarnya di 
sudut hati golongan seperti ini, mereka ingin menjadi muslim yang baik. tapi 
bila mereka melihat kita, mereka hanya menerima pandangan yang penuh dengan 
kehinaan dan kebencian lantaran membantutkan hasrat mereka untuk menjadi muslim 
yang baik

saya bercerita semoga kita boleh reflect diri kita, x perlulah menunding jari 
ke individu/badan mana2. sebaliknya bertanya, Allah dah beri kekayaan dalam 
bentuk Islam, tetapi adakah kita bersedekah dengan berkongsi pada insan lan?

adakah kita betul-betul dah mengamalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah 
s.a.w ataupun ianya hanyalah di bibir sahaja? untuk bermegah2 tetapi tidak 
diamalkan?

wallahua'lam

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke