Pemuda PAS Parit berjaya dekati masyarakat orang asli
Johari Jaafar
Tue | Apr 17, 07 | 11:45:11 AM SUNGAI
SIPUT, 17 April (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit, Ustaz Mohamad
Isme Mohamad Taib, menyifatkan 'Misi Kembara Pemuda Prihatin ke Belantara
Kuala' Mu' berjaya mencapai matlamat `serampang dua mata', iaitu merapatkan
ukhuwah sesama ahli dan juga untuk mendekati masyarakat luar khususnya penduduk
orang asli.
Program tersebut yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Parit berlangsung selama
tiga hari dan benar-benar dapat menyelami penderitaan yang dihadapi oleh
masyarakat orang asli yang rata-rata miskin dan daif.
"Perasaan kami tersentuh apabila melihat anak-anak orang asli yang
berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari kami walau pun ianya cuma nasi
sejuk yang digaul dengan kicap sahaja," ujar beliau.
Menurut beliau, penempatan orang asli di Pos Legap menyaksikan majoriti
penduduknya beragama Islam, tetapi dari segi amalannya tidak menepati Islam
yang sebenarnya.
"Ubi kayu, itulah makanan asasi mereka, siang dan malam makan ibu kayu,
begitulah nasib masyarakat orang asli di sini," jelas beliau.
Pos Legap terdiri dari beberapa kampung, tetapi malangnya penduduk di sini
tidak menimati bekalan elektrik dan bekalan air diperoleho dari air terjun yang
berhampiran.
Lebih mendukacitakan lagi kawasan untuk mereka bercucuk tanam semakin mengecil
kerana kawasan yang sedia ada telah `diambil' oleh pihak Risda untuk
dibangunkan dengan projek pokok getah.
Kawasan di sekeliling rumah itulah kawasan yang dijadikan untuk berrcucuk
tanam, yang lainnya telah `dirampas' oleh Risda.
"Masyarakat orang asli ini di sini perlukan pembelaan, nasib mereka perlu
dibela oleh pihak berwajib, tetapi hakikatnya tidak begitu," ujar Shamsul Kamal
Haji Jamhari, yang turut serta dalam misi kembara pemuda prihatin.
Menurut penduduk kampung yang ditemui di sini, BN cuma datang sekali sehaja
dalam masa 5 tahun, bila musim pilihan raya barulah pemimpin BN nampak muka.
Beliau meminta pihak kerajaan, Jabatan Agama Islam Perak dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) mengambil inisiatif bagi membantu masyarakat orang Islam di sini.
"Mereka sebahagian dari kita juga, malah mereka seagama dengan kita, kenapa
mereka disisihkan, tidak dibela sepenuhnya," rintih beliau.
"Kita berasa terpanggil untuk membantu mereka, bantuan yang diberikan tidaklah
banyak tetapi ianya diberikan secara ikhlas dan termampu, bantuan kepada
penduduk orang asli di kawasan itu sebagai tanda keprihatinan Pemuda PAS dengan
masyarakat orang asli", tambah beliau.
Lebih 60 orang pemuda terlibat dengan 'Misi Kembara Pemuda Prihatin ke Kuala
Mu' dengan 10 buah motosikal `tahan lasak' dan 10 buah kereta pacuan empat
roda.
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.