Aiman tak kisah? ke xleh ambik kisah?
  
 1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata 
dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan 
simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
  
 2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, 
tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju 
tersebut sehingga dua kali ganda.
  
 3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan 
rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
  
 4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di 
negara sendiri.
  
 5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk 
berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan 
pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk 
menontonnya.
  
 6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, 
tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak 
memenuhi citarasa.
  
 7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada 
Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
  
 8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan 
juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal 
dari segi agama mengatakan jangan membazir!
  
 9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan 
faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena 
tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
  
 10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, 
kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan 
dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat 
menunggu!
  
 11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam 
sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang 
traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih 
pun kalau lepas tu kena rompak?
  
 12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 
10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu 
adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab 
semuanya layan sendiri?
  
 13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat 
sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail 
ataupun komputer.
  
 14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap 
seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang 
berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan 
mereka.
  
 15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam 
permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat 
dengan mudah mendapat lagi.
  
 16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik 
semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku 
langsung.
  
 17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai 
akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
  
 18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan 
semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan 
kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
  
 19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana 
pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam 
longkang.
  
 20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika 
mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
  
 21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " [EMAIL 
PROTECTED] com".
  
 22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal 
boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah 
sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat 
sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 
sebulan.
  
 23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 
kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila 
harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
  
 24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan 
ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
  
 25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa 
taliannya.
  
 26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas 
sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
  
 27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
  
 28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
  
 29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita 
rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
  
 30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila 
selebihnya dilingkungi dek iklan.
  
 31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur 
segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak 
di California , USA .
  
 32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar 
RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni 
demam.
  
 33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu 
komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
  
 34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil 
menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, 
walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
  
 35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher 
semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
  
 36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta 
mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini 
hanyalah 110km sejam.
  
 37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar 
setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
  
 38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan 
liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
  
 39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun 
tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
  
 40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih 
glamour.
  
 41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi 
sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
  
 42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada 
seseorang perempuan... .......pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan 
hanya matanya kat situ aje......
 
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka 
juga membeli BigMac yang penuh lemak.
  
 44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan 
kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka 
begitu puitis sekali.
  
 47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
  
 48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila 
lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
  
 49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
  
 50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
  
 51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab 
bonus sahaja yang hanya diingati.
  
 52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah 
siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
  
 53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada 
yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt 
pendek nampak peha.
  
 54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak 
mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab 
dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
  
 56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya 
kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG 
MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.
  
 Tapi Aiman tak kesah....... .......... .......... ......... ......... 
........... 


       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke