Saya cadangkan supaya Keadilan dan PAS bawa penduduk dan semua rakaman 
yang diambil pada hari kekejaman dilakukan keatas penduduk Kampung Berembang 
untuk ditonton oleh pengundi di DUN Ijok agar dijadikan iktibar. Penduduk Ijok 
bernasib baik kerana wakil rakyatnya mati kalau tidak belum tahu Ijok selamat. 
Jika tiada rumah yang diroboh pun tak mungkin pembangunan rancak di Ijok 
sekarang akan berlaku kalau bukan kerana wakil rakyat nya mati. Orang Islam 
harus bersatu dan mengambil berat terhadap mereka yang dizalimi. Nabi tidak 
mengaku umat orang yang tidak ambil berat urusan sesama orang Islam. BN harus 
diajar supaya tidak lupa diri. 
      
       Penduduk Kampung Berembang juga harus teruskan solat hajat memohon doa 
kepada Allah SWT agar pemimpin-pemimpin BN menerima balasan yang setimpal. 
Jangan lupa doakan agar mereka kalah dalam pilihanraya kecil di Ijok. Ingat, 
doa orang-orang yang dizalimi akan dimakbul oleh Allah SWT.Sesiapa juga yang 
prihatin keatas mangsa kezaliman BN dan bencikan Islam dipersenda juga wajar 
melakukan solat hajat mulai hari ini sehinggalah kehari pengundian dijalankan 
memohon Allah berikan kekalahan keatas mereka dalam pilihanraya di Ijok. 
Allahuakbar.
   
     Ibnuali
     Kota Jembal

  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          
di http://www.harakahdaily.net/

Setelah lima bulan berlalu, tiada pihak bantu penduduk Kampung Berembang        
 Anis Nazri 
Wed | Apr 18, 07 | 01:56:55 PM       KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Biarpun 
kemelut yang dialami penduduk Kampung Berembang, Ampang berlarutan selama 
hampir lima bulan, tiada satu pun pihak bertanggungjawab yang tampil 
menyelesaikannya dengan segera.
  

  
Segala usaha-usaha yang dilakukan pihak penduduk kampung melalui Jawatankuasa 
Rayuan dan Penyelesaian kampung itu dipandang sepi tanpa sebarang layanan 
apatah lagi pertimbangan.

  Pengerusi Jawatankuasa itu, Noralizan Ali, berkata segala usaha seperti 
rundingan dengan pihak pemaju, dan kerajaan negeri Selangor tidak membuahkan 
apa-apa hasil sejak kerja perobohan dilakukan 17 November 2006 lalu.
  

  "Kita mohon rundingan diadakan supaya masalah ini diselesaikan segera. Kita 
bukan minta tanah, atau rumah mahal. Cuma mahu rumah kekal yang munasabah dan 
mengikut piawai kerajaan negeri. Kita bukan degil tak nak berpindah," tegas 
beliau ketika sidang media di kampung tersebut, pagi semalam.
  

  Tambahnya, jika rundingan dan perbincangan diadakan antara penduduk dan 
pemaju, masalah ini sudah lama selesai. Namun, sikap tidak peduli mereka 
membuatkan ia berlarutan sehingga ke hari ini.
  

  Dalam pada itu, penduduk kampung menyelar sikap media yang memutarbelitkan 
isu yang melanda kampung berkenaan.
  

  Setiausahanya, Husin Ahmad, berkata terdapat laporan yang dimuatkan di sebuah 
akhbar tabloid yang mengatakan bahawa penduduk kampung berkenaan berdegil untuk 
berpindah.
  

  "Sekali lagi, kami tegaskan kami bukan degil. Kami mahu hak kami. Kami boleh 
keluar dari tanah ini jika rumah kekal untuk kami sudah disediakan terlebih 
dahulu seperti yang digariskan kerajaan negeri. Kita bukan degil," tegas beliau.
  

  MPAJ, Rela, pemaju hina mahkamah bila roboh rumah
  Sementara itu, Timbalannya, Mohd Nazri Hamzah turut menggesa pihak yang 
berkenaan supaya memastikam rumah yang dijanjikan kepada mereka di kawasan 
sekitar kampung itu disegerakan.
  

  "Masalahnya, rumah yang dijanjikan kepada kami dulu sudah terbengkalai sejak 
hampir empat tahun lalu. Ke mana lagi kami mahu berpindah?" soal beliau.
  

  Dalam pada itu, Penyelaras Suaram, S.Arutchelvan yang turut berada dalam 
sidang media itu berkata perobohan yang berlaku sebelum ini merupakan perobohan 
haram kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan bahawa status hak milik tanah 
kampung itu hanya diketahui 23 Mei ini.
  

  Sedangkan, katanya pihak berkuasa seperti MPAJ, yang dibantu oleh Rela, 
pemaju, samseng bertindak menghina mahkamah dengan melakukan kerja-kerja 
perobohan tersebut.
  

  Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin, yang hadir memberi 
sokongan kepada penduduk kampung mengingatkan penduduk kampung supaya terus 
berjuang mempertahankan hak mereka, sekaligus menjatuhkan Barisan Nasional 
dalam pilihan raya umum akan datang.
  

  Gesaan itu turut disuarakan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.
  

  Katanya, inilah peluang yang boleh digunakan penduduk kampung untuk mencabar 
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Toyo, agar menjawab beberapa 
persoalan berkaitan penyelewengan dan penindasan yang dilakukan di bawah 
pemerintahannya.
  

  Penduduk kampung itu masih bersemangat kental dengan mendirikan khemah-khemah 
di luar pintu masuk kawasan projek, tanpa menghiraukan suasana tidak selesa 
yang dihadapi mereka.
  

  Malah, kedudukan khemah-khemah itu di bawah kabel TNB turut mengundang bahaya 
dan TNB juga telah menghantar notis yang mengatakan bahawa tidak akan 
bertanggungjawab ke atas apa-apa kemungkinan buruk yang berlaku.
  

  Notis tersebut diberikan oleh TNB pada 17 Mac lalu. - mks.

    
---------------------------------
  Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...  

         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.
       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke