Ahli yang tinggal berdekatan dipohon mengambil inisiatif kearah itu
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Tuan,
Saya turut simpati melihatkan nasib mereka di Kampung Berembang ini. Saya
fikir eloklah diujudkan jawatankuasa seperti Michael Chong dan pergi kepejabat
pejabat berkaitan bersama sama pemberita sekali.
Leon
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Apakah nasib mereka telah terbela
Bagaimana perkembangan kes ini?
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
di http://www.harakahdaily.net/
Setelah lima bulan berlalu, tiada pihak bantu penduduk Kampung Berembang
Anis Nazri
Wed | Apr 18, 07 | 01:56:55 PM KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Biarpun
kemelut yang dialami penduduk Kampung Berembang, Ampang berlarutan selama
hampir lima bulan, tiada satu pun pihak bertanggungjawab yang tampil
menyelesaikannya dengan segera.
Segala usaha-usaha yang dilakukan pihak penduduk kampung melalui Jawatankuasa
Rayuan dan Penyelesaian kampung itu dipandang sepi tanpa sebarang layanan
apatah lagi pertimbangan.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Noralizan Ali, berkata segala usaha seperti
rundingan dengan pihak pemaju, dan kerajaan negeri Selangor tidak membuahkan
apa-apa hasil sejak kerja perobohan dilakukan 17 November 2006 lalu.
"Kita mohon rundingan diadakan supaya masalah ini diselesaikan segera. Kita
bukan minta tanah, atau rumah mahal. Cuma mahu rumah kekal yang munasabah dan
mengikut piawai kerajaan negeri. Kita bukan degil tak nak berpindah," tegas
beliau ketika sidang media di kampung tersebut, pagi semalam.
Tambahnya, jika rundingan dan perbincangan diadakan antara penduduk dan
pemaju, masalah ini sudah lama selesai. Namun, sikap tidak peduli mereka
membuatkan ia berlarutan sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, penduduk kampung menyelar sikap media yang memutarbelitkan
isu yang melanda kampung berkenaan.
Setiausahanya, Husin Ahmad, berkata terdapat laporan yang dimuatkan di sebuah
akhbar tabloid yang mengatakan bahawa penduduk kampung berkenaan berdegil untuk
berpindah.
"Sekali lagi, kami tegaskan kami bukan degil. Kami mahu hak kami. Kami boleh
keluar dari tanah ini jika rumah kekal untuk kami sudah disediakan terlebih
dahulu seperti yang digariskan kerajaan negeri. Kita bukan degil," tegas beliau.
MPAJ, Rela, pemaju hina mahkamah bila roboh rumah
Sementara itu, Timbalannya, Mohd Nazri Hamzah turut menggesa pihak yang
berkenaan supaya memastikam rumah yang dijanjikan kepada mereka di kawasan
sekitar kampung itu disegerakan.
"Masalahnya, rumah yang dijanjikan kepada kami dulu sudah terbengkalai sejak
hampir empat tahun lalu. Ke mana lagi kami mahu berpindah?" soal beliau.
Dalam pada itu, Penyelaras Suaram, S.Arutchelvan yang turut berada dalam
sidang media itu berkata perobohan yang berlaku sebelum ini merupakan perobohan
haram kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan bahawa status hak milik tanah
kampung itu hanya diketahui 23 Mei ini.
Sedangkan, katanya pihak berkuasa seperti MPAJ, yang dibantu oleh Rela,
pemaju, samseng bertindak menghina mahkamah dengan melakukan kerja-kerja
perobohan tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin, yang hadir memberi
sokongan kepada penduduk kampung mengingatkan penduduk kampung supaya terus
berjuang mempertahankan hak mereka, sekaligus menjatuhkan Barisan Nasional
dalam pilihan raya umum akan datang.
Gesaan itu turut disuarakan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.
Katanya, inilah peluang yang boleh digunakan penduduk kampung untuk mencabar
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Toyo, agar menjawab beberapa
persoalan berkaitan penyelewengan dan penindasan yang dilakukan di bawah
pemerintahannya.
Penduduk kampung itu masih bersemangat kental dengan mendirikan khemah-khemah
di luar pintu masuk kawasan projek, tanpa menghiraukan suasana tidak selesa
yang dihadapi mereka.
Malah, kedudukan khemah-khemah itu di bawah kabel TNB turut mengundang bahaya
dan TNB juga telah menghantar notis yang mengatakan bahawa tidak akan
bertanggungjawab ke atas apa-apa kemungkinan buruk yang berlaku.
Notis tersebut diberikan oleh TNB pada 17 Mac lalu. - mks.
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
---------------------------------
Building a website is a piece of cake.
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/