Assalamualikum wbt,
Anggapan seorang anggota al Maaunah yang menerima hukuman mati itu
semestinya bersalah adalah tidak tepat. Mungkin bersalah di sisi manusia tetapi
tidak di sisi Allah SWT!! Lihatlah dalam kes Mantan TPM Dato' Seri Anwar
Ibrahim. Apabila dibicara semula ternyata beliau dianianya. Ianya berlaku hasil
konspirasi politik. Malangnya mereka yang membuat anianya itu masih terlepas
bebas dan ada yang kini bergelar Tun. Mereka tidak mungkin terlepas di mahkamah
Allah SWT nanti.
Apa yang diceritakan berlaku di Penjara Sg Buloh itu adalah kerana
taubat Allahyarham telah diterima oleh Allah SWT tidak seharusnya dijadikan
satu-satunya hujah. Saya yakin ada faktor lain. Mengapa ramai lagi yang telah
menjalani hukuman yang sama tetapi tidak berlaku seperti apa yang
diceritakan??!! Bukanlah langsung tidak ada. Apakah mereka tidak bertaubat atau
apakah Allah SWT tidak menerima taubat mereka sedangkan kita tahu Allah maha
menerima taubat??!! Wallahua'lam.
Ibnuali
Kota Jembal
"Ahmad Baei Bin Jaafar"@yahoo.com wrote:
Cerita ini sudah lama kita dengar, tetapi moral story nya ialah
orang yang bertaubat dengan sungguh walaupun sebelumnya mempunyai kesalahan
yang banyak, pasti diampunkan Allah. maknanya, orang yang masuk penjara sebelum
menunggu ke tali gantung amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk
bertaubat. mereka lebih baik dari kita yang belum tahu bila nak mati lalu leka
di atas bumi allah ini.
selain itu, peristiwa ini kalau benar janganlah kita menafsirkan bahawa Amin
ini tidak bersalah apatah lagi mengganggapnya teraniaya. dia tetap bersalah
tetapi allah ampun dia dengan taubatnya.
Ahmad Baei Jaafar
Editor Agama
Sinar Harian
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran
Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51013829,
Faks: 03-51013605, H/P: 017-8844013. Laman sesawang: www.karangkraf.com
---------------------------------
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of
bakhtiar
Sent: Wednesday, April 18, 2007 7:15 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Forum Perdana - Kisah dari Penjara
SESAMA LA KITA RENUNGKAN...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN
MAHA MENGASIHANI HAMBA-HAMBA NYA.
Kisah benar dari penjara sg. buluh
Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust.
Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli
panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi
ikutan kita semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn
beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu
ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang
kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,
kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan
lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun
beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya
dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila
tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung
anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati
juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu
juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari
telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah
sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
HUWALLAH HUALAM,
Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......
DISCLAIMER :
This e-mail and any attachment ("Message") are intended only for the use of the
recipient(s) named above and may contain confidential information. You are
hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review,
retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this
Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is
prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this
Message immediately and advise the sender by return e-mail.
Any opinion, view and/or other information in this Message which do not relate
to the official business of MARDEC BERHAD shall not be deemed given nor
endorsed by MARDEC BERHAD. MARDEC BERHAD is not responsible for any activity
that might be considered to be an illegal and/or improper use of e-mail. The
recipient should check this Message for the presence of viruses. MARDEC BERHAD
accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this
Message.
Email scanned and protected by IRONPORT
ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááøå æÈÑßÇÊå & Salam Sejahtera
Mohd. Bakhtiar Abd. Rani
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.
gifUwBvFizBeW.gif
Description: GIF image
