Menderhaka kpd yg dipertuan agong ..hukumnya mati ya? menderhaka kpd alim ulama..mencaci alim ulama bgm pula ya? Yg dipertuan agong tu..bukan pemerintah Islamkan..hanya satu lambang yg kurun berkurun tak tahu apa selain dari hidup bermewah-mewah tanpa usaha hingga ke anak cucu.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Waalaikumusalam wbt,
Agak sedih juga saya merenung kisah dari penjara ini. Bau harum pada
makam seseorang yang telah meninggal dunia memang pernah didengari tapi saya
tak berapa ingat kisah-kisah nya. Antaranya kalau tak salah pada makam ?Masitah
(tak begitu pasti) yang tidak mau mengaku Firaun sebagai Tuhan walau pun dia
bekerja di istana Firaun. Saya harap kisah di Penjara Sg Buloh ini adalah kisah
benar. Memang beberapa tahun lepas satu kumpulan yang bergelar Al Mauunah
dikatakan melancarkan peang terhadap pemerintah tetapi kumpulan ini di dakwa
cuba menderhaka kepada Yang DiPertuan Agung. Kalau tak salah saya ianya turut
mengaitkan Ustaz Shamsuri seorang pendakwah bebas disebelah utara sana yang
hampir ditahan dibawah ISA tapi dibebaskan selepas 2 bulan ditahan.
Apakah wajar dakwaan tersebut dikenakan keatas ? ketua kumpulan Al Maaunah
tersebut kerana kita tahu Yang Di Pertuan Agung tidak mempunyai kuasa mutlak
dalam sistem pemerintahan negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi.
Kerajaan yang berkuasa sebenarnya ialah sekumpulan mereka yang telah memenangi
pilihanraya berdasarkan amalan sistem demokrasi walaupun kemenangan BN selama
ini dipertikai oleh berbagai pihak apakah dimenangi secara bersih tanpa bantuan
SPR yang bukan badan bebas (hanya atas kertas saja dikatakan badan bebas?).
Jadi dakwaan derhaka terhadap Yang Di Pertua Agung ini mungkin hanya sebagai
topeng bagi mengelakkan parti yang memerintah dituduh zalim. Wallahua'lam.
Mereka ini (Al Mauunah) mungkin sebenarnya bertindak dengan matlamat
menjatuhkan kerajaan secara kekerasan kerana sudah tidak percaya kepada sistem
demokrasi (pilihanraya yang tidak telus)
Demokrasi sebenarnya bukan lah mesti dijadikan asas dalam segala aspek
pemerintahan yang dipaksa keatas setiap rakyat. Dalam melaksanakan sistem Islam
dikalangan penganut Islam tidak ada keharusan ianya boleh berdasarkan kehendak
majoriti. Islam telah menetapkan satu sistem yang mesti didasarkan kepada al
Quran Kitabullah, Sunnah Rasululullah SAW, Ijmak Ulamak dan Qiyas barulah Allah
akan iktiraf seseorang atau pemerintah itu sebagai orang beriman (Mukmin) bukan
mereka yang zalim. Jika tidak mereka mungkin sekadar Islam tetapi bukan
termasuk golongan yang beriman. Islam dan Mukmin adalah berbeza.
Selagi sistem yang ditegakkan itu tidak berdasarkan kepada empat pegangan
tersebut selagi itulah kerja-kerja dakwah dan jihad wajib dilaksana. Maka
dakwah dan jihad itu wajarlah dilakukan terhadap pihak yang berkuasa dan juga
terhadap sesama umat Islam. Jihad bermaksud kesungguhan dalam perjuangan
tetapi mungkin bagi sesetengah pihak takrif kesungguhan berjihad itu
termasuklah dengan menggunakan senjata terhadap pemerintah atau musuh Islam.
"Yang seutama-utama jihad (perjuangan) ialah kalimat keadilan di hadapan
Sultan yang zalim."
(diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Termidzi dri Hadis Said al Khudri)
Dalam hadis diatas perkataan Sultan dalam kontek negara kita sebenarnya
ialah parti yang berkuasa setelah memenangi pilihanraya. Mungkin di Timur
Tengah sana terdapat beberapa negara yang diperintah oleh Sultan atau Raja yang
berkuasa secara mutlak. Hadis diatas menekankan kalimah yang bermaksud
kata-kata namun terdapat hadis yang menyuruh kemungkaran itu diubah dengan
tangan.
Oleh itu bagi mengelakkan parti yang memerintah dikatakan memperalatkan
Sultan atau Yang Di Perutuan Agung, sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang
Di Pertuan Agung wajar ditubuhkan untuk memantau tugas SPR (yang sebenarnya
sebuah agensi yang ditadbir mengikut kepentingan parti pemerintah). Begitu juga
diperingkat negeri, Sultan atau Yang Di Pertuan Negeri wajar juga menubuhkan
badan bebas. Ini dapat mengelakkan kerajaan yang dilantik secara sah oleh Yang
Di Pertuan Agung atau Sultan (peringkat negeri) itu daripada terlantik parti
yang memenangi pilihanraya secara penipuan. Selagi tidak ada badan bebas yang
memantau pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR selagi itulah keadilan dan
ketelusan pilihanraya amat diragui.
Mufti-mufti juga wajib diterima menjadi penasihat secara mutlak kepada
Sultan dan Yang Di Pertuan Agung walaupun jika nasihat itu mungkin merupakan
sesuatu yang bercanggah dengan kehendak pemerintah (parti kerajaan) atau
kehendak peribadi mana-mana pihak. Kuasa Yang DiPertuan Agung dan Sultan yang
terhakis akibat kedurjanaan Tun Mahathir juga bendaklah dikaji semula. Mungkin
ada kuasa di bidang atau aspek-aspek tertentu yang wajar dikembalikan. Namun
siapa saja kita ingatlah bahawa kita hanyalah hamba Allah yang diwajibkan
beribadah (dengan ertikata yang sebenar) kepada Nya. Kekuasaan sebenar ialah
ditangan Allah SWT. Wallahua'lam.
Ibnuali
Kota Jembal
[EMAIL PROTECTED] wrote:
SESAMA LA KITA RENUNGKAN...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN
MAHA MENGASIHANI HAMBA-HAMBA NYA.
Kisah benar dari penjara sg. buluh
Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust.
Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli
panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi
ikutan kita semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn
beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu
ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang
kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,
kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan
lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun
beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya
dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila
tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung
anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati
juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu
juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari
telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah
sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
HUWALLAH HUALAM,
Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm......
DISCLAIMER :
This e-mail and any attachment ("Message") are intended only for the use of the
recipient(s) named above and may contain confidential information. You are
hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review,
retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this
Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is
prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this
Message immediately and advise the sender by return e-mail.
Any opinion, view and/or other information in this Message which do not relate
to the official business of MARDEC BERHAD shall not be deemed given nor
endorsed by MARDEC BERHAD. MARDEC BERHAD is not responsible for any activity
that might be considered to be an illegal and/or improper use of e-mail. The
recipient should check this Message for the presence of viruses. MARDEC BERHAD
accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this
Message.
Email scanned and protected by IRONPORT
ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááøå æÈÑßÇÊå & Salam Sejahtera
Mohd. Bakhtiar Abd. Rani
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.
gifzk4WO1O1SL.gif
Description: GIF image
