Sahabat,

Prinsip mudah yang perlu kita pegang adalah kita semua
ini adalah milik Allah. Suami, isteri dan anak-anak
adalah bukan milik sesiapa...semuanya milik Allah.
Kita lakukan apa saja yang digariskan Allah, selagi
ianya tidak melanggar hukum Allah kita lakukan.

Maka dalam kes poligami iainya adalah tidak
bertentangan dengan hukum Allah. Ianya dibolehkan,
isteri harus terima dan suami mesti bertanggungjawab.
Oleh kerana ramai yang tidak bertanggungjawab dan
tidak menunjukkan satu yang baik maka poligami
dianggap tidak baik. Ini apa yang berlaku dan bukan
hakikat hukum Allah. Hukum tetap hukum, amalan yang
yang buruk akan dihukum Allah.

Semoga yang berkahwin lebih dari satu itu menunjukkan
contoh yang baik. Saya selalu berkata kepada isteri
saya, "andainya saya bertemu dengan seorang gadis yang
meyakinkan saya akan mendekatkan ke shurga, saya akan
mengahwininya dan menjadikan isteri kedua saya, Tetapi
kalau perkahwinan kedua itu mendekatkan ke neraka
minta dijauhkan dan jangan diketemukan." Isteri saya
akur dan faham serta merelakan saya kahwin satu lagi.
Tetapi sehingga kini saya belum bertemu gadis yang
meyakinkan saya membina jalan ke shurga. 

Perkahwinan kedua bukan suatu yang senang, tambah lagi
bila isteri memberi izin. Yang kita cari adalah yang
baik, yang membina bahagia, yang membina jambatan ke
shurga, yang melihat isteri kedua sebagai madu yang
penuh khasiat, bukan yang membawa porak dan poranda,
meruntuh jalan shurga.

Kahwin dua/tiga/empat bukannya suatu yang maha mudah
walaupun dibolehkan Allah.

Dr.Mohd Noor 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke