Sebagai ibu tunggal saya tak terlepas dari masalah bercinta dengan suami orang.
Perceraian saya dengan bekas suami bukalah sebab orang ke tiga, tapi lebih
kepada tidak sefahaman, maka saya tak merasa bagaimana perasaan bila suami
ingin berkahwin lain.
Walaupun bekas suami tidak ke arah untuk berkahwin lain, isu orang ketiga
kadang kala terbit juga bila mana dia cuba untuk bermain2 sms dengan perempuan
lain... tapi bila saya ketahui.. saya cantas habis2an.. itu menunjukkan bahawa
saya juga tak suka untuk jadi isteri tua (isteri pertama), tetapi bukanlah
bermakna saya tak suka kalau dimadukan.
Sebelum menempuh alam rumahtangga... saya seakan boleh menerima perkongsian
suami, cuma tak ingin menjadi isteri pertama sahaja. Saya boleh menerima
sekiranya dijadikan isteri kedua, ketiga atau ke empat.
Dalam status sekarang saya sering didampingi suami2 orang dan ada juga yang
married bachelor. Bagi saya bukan mudah seorang suami untuk memillih untuk
berkahwin dua, ada yang sekadar nak berseronok (ini bagi saya jenis suami
curang), ada yang teringin tapi tak mahu melukakan hati isteri pertama (itu
yang selalu kawin secara sembunyi2)..
Bagi wanita pula... bukan mudah untuk jatuh cinta dengan sekali pandang.
Kalau tak lelaki yang mula dahulu.. perempuan pun tak mudah jatuh hati. Kalau
lelaki yang baik.. jangan mainkan perasaan waniita, kalau tahu dirinya dah
berpunya dan tak ingin melukai hati sesiapa.. jangan mulakan untuk bermain api.
Tapi kalau yakin dengan diri sendiri.. mampu mengatasi segala masalah beristeri
dua... Islam membenarkan. Apa2 perbuatan kalau kerana niat baik.. niat untuk ke
jalan yang diredhai... InsyaAllah pasti Allah merestui. Kalau perkahwinan kedua
lebih kepada tuntutan seks semata... tak taulah saya dimana kedudukannya.
Kini saya punya pilihan.. untuk berkahwin suami orang atau yang duda.. atau
mungkin yang single (tapi agak mustahil)... saya tetap memilih orang itu jenis
yang boleh membimbing saya dan anak2 saya ke jalan Allah, tak kiralah apa
status dia pun. Kalau saya pilih dudapun.. tapi bukan jenis 'fatherly'.. kesian
anak2 saya. Kalaupun dia nya handsome, berharta.. tapi tidak meyakinkan saya
untuk ke jalan Allah... pasti dia juga bukan pilihan saya. Biarlah balance...
antara miskin dunia kaya akhirat.., kaya dunia dan miskin akhirat.. biarlah
saya memilih yang miskin dunia.. kaya akhirat. Tapi kalau kaya dunia dan kaya
akhirat memanglah best.. cuma jangan jumpa jenis yang miskin dunia dan miskin
akhirat.
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.