Web Lucah Perlu Ditutup Macam Pelaburan Haram Posted on Tuesday, June 19 @ 12:28:18 MYT by greenboc Oleh uzar
"Usaha yang tegas perlu dilakukan, pertamanya seluruh web lucah yang dilaporkan di akhbar sebanyak 33 juta perlu disekat dari boleh diakses di Malaysia, dimulakan dengan web-web lucah keluaran Malaysia sebagaimana yang dilaporkan di akhbar-akhbar. Majalah yang menjadikan bahan berita dan cerita seks sebagai pelarisnya mesti ditarik semula permitnya. Saya tidak mampu untuk memahami bagaimana editor majalah seperti ini boleh dengan bangganya menjual majalah sedemikian. Tidakkah mereka terfikir tentang anak perempuan dan ahli keluarga mereka yang mungkin menjadi mangsa akibat majalah keluaran mereka sendiri.? Tidakkah para wanita pernah rasa terhina apabila dipromosi tubuhnya semacam barang dagangan serta disamatarafkan dengan iklan sabun pencucui lantai tandas?. Ya lah, sabun pencuci tandas diperagakan untuk membasuh tandas, ia memang kena pada tempatnya, tetapi mengapa terdapat wanita yang juga suka disamatarafkan sedemikian?. Web Lucah Perlu Disekat Sebagaimana Pelaburan Haram Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Telah saya katakan banyak kali di web ini bahawa gejala yang amat merbahaya kian melanda umat Islam dan rakyat Malaysia iaitu terlalu cintakan harta dan wang serta terlalu asyik dengan kegilaan seks.Ini sebenarnya adalah ciri-ciri masyarakat yang bakal roboh dan hancur. Baca artikel saya yang lepas di 1) Bahaya nafsu lelaki dan seks 2) Lelaki Melayu Bermasalah & Email Mendukacitakan Usaha yang tegas perlu dilakukan, pertamanya seluruh web lucah yang dilaporkan di akhbar sebanyak 33 juta perlu disekat dari boleh diakses di Malaysia, dimulakan dengan web-web lucah keluaran Malaysia sebagaimana yang dilaporkan di akhbar-akhbar. Mungkin akan ada penggemar-penggemar web site ini yang kurang puas hati' kerana tindakan ini boleh menyekat 'keseronokan' haram mereka, tetapi sedarkah mereka, kemungkinan besar anak dan ahli keluarga mereka juga boleh menjadi mangsa seks lelaki buas di luar sana akibat hobi yang sama dengan mereka. Editor Majalah Majalah yang menjadikan bahan berita dan cerita seks sebagai pelarisnya mesti ditarik semula permitnya. Saya tidak mampu untuk memahami bagaimana editor majalah seperti ini boleh dengan bangganya menjual majalah sedemikian. Tidakkah mereka terfikir tentang anak perempuan dan ahli keluarga mereka yang mungkin menjadi mangsa akibat majalah keluaran mereka sendiri.? Benarlah kata Rasulullah SAW berkenaan berlumba-lumbanya manusia mencari harta dunia, apabila sudah berlumba, sudah tentu dilanggarnya yang haram juga:- فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كما بُسِطَتْ على من كان قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كما تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كما أَهْلَكَتْهُمْ Ertinya : Tiadalah kefaqiran yang aku bimbang menimpa umatku, tetapi yang palig ku takuti adalah umatku dibentangkan harta dunia sebagaimana yang pernah diperolehi oleh umat sebelum kamu, maka ia menyebabkan kamu berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga pernah berlumba-lumba, dan akhirnya menghancurkan mereka sebagaimana ia akan menghancurkan kamu juga" ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1152 ) Jelas, nabi SAW mengaitkan kegilaan kepada harta akan membawa kehancuran kepaad diri seseorang seperti tiada lagi fikir ahiratnya, tiada lagi fikir kesan negatifnya kepada dirinya, keluarga dan masyarakat dan lain-lain. Nabi juga pernah menyebut tabiat rakus ini dengan kata baginda :- لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ وَيَتُوبُ الله على من تَابَ Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 ) Berkenaan wanita tadi pula, tidakkah para wanita pernah rasa terhina apabila dipromosi tubuhnya semacam barang dagangan serta disamatarafkan dengan iklan sabun pencuci lantai tandas?. Ya lah, sabun pencuci tandas diperagakan untuk membasuh tandas, ia memang kena pada tempatnya, tetapi mengapa terdapat wanita yang juga suka disamatarafkan sedemikian?. Teringat saya kata-kata Khalifah Umar al-Khattab berkenaan tahap wanita di zaman Jahiliyah dengan katanya :-كنا في الجاهلية لا نعد النساء شيئاً. فلما جاء الإسلام وذكرهن الله , رأينا لهن بذلك حقاًErtinya : Ketika kami di waktu Jahiliyyah, kami tidak mengganggap ada apa-apa nilai (kecuali untuk dipergunakan) pada diri seseorang wanita itu, tatkala datangnay Islam dan Allah menyebut perihal wanita, maka kami tahu terdapat hak kemuliaan pada waniat yang perlu diambil kira" ( Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Libas)Walaubagaimanapun, wanita hari ini kelihatan semakin suka untuk merendahkan kembali tahap mereka, sedangkan Islam ingin memuliakan mereka. Ia dimulakan dengan memurah-murahkan nilai tubuh mereka untuk tontonan awam. "Makanan yang enak, jika tidak disimpan elok-elok memang cepat basi" Kata seorang guru saya mengisyaratkan kepada perihal wanita dan aurat mereka. Malangnya, ramai wanita yang semakin suka menjadi basi ???.Lelaki basi jugalah yang akan mengambil mereka. Lelaki basi tidak akan menyimpan lama wanita basi, lalu penceraian menjadi kebiasaan. Tersilap Pilih Kemajuan Terpengaruh dengan kiblat barat yang kononnya menunjukkan kemajuan wanita, maka ingin ditirunya perlakuan wanita barat sebagai standard' kemajuan dirinya. Lalu tersesatlah mereka dari jalan yang lurus. Tiada lagi Islam dalam diri tatkala itu, yang ada hanyalah kebanggaan kerana berjaya meniru barat dan maju', hakikatnya amat mundur di sisi Allah SWT. Berbalik kepada majalah tadi, mengapa si editor sanggup melakukan kerja begini?, sudah tentu kerana harta yang ingin diperolehi, jualan majalah meningkat dengan paparan jahat mereka itu,peduli apa kesannya kepada masyarakat, yang penting aku kaya!. Itulah agaknya detik hati kecil si editor. Ujian harta memang cukup berat dan hebat. Harta Haram Akan Tersangkut Sebagai ingatan, harta yang haram dan tiada berkat ini pastinya akan hilang begitu sahaja, samdaa semasa hidup mahupun ketika mati si durjana ini. Lihat bagaimana dilaporkan di media bahawa sekitar RM 38 billion harta pusaka umat Islam di Malaysia tidak dapat dimanfaatkan kerana pelbagai sebab (rujuk Utusan Malaysia, 7 April 2005). Sudah tentu antara sebabnya adalah ketamakan para waris menyebabkan mereka tidak mahu bekerjasama, akhirnya semuanya tertangguh, selain disebabkan juga oleh birokrasi dan lain-lain. Bayangkan, betapa membuang masanya seseorang yang bertungkus lumus mendapatkan harta tanpa mengira haramnya. Apabila ia mati kononnya untuk meninggalkan sesuatu buat keluarga, akhirnya Allah SWT menyekatnya. Satu sen pun tidak dapat dimanfaatkan oleh keluarganya. Akibat tiada pendidikan agama yang baik kepada ahli keluarga, disamping tiada keberkatan pada harta. Ia bukan sekadar tersangkut di dunia, malah akan menyangkut si mati dari diterima Allah. Saya tidaklah ingin pukul rata bahawa semua harta pusaka yang tersangkut itu akibat ia dari sumber yang haram, Cuma ingin saya ingatkan diri saya dan semua pembaca, ia adalah salah satu cara Allah SWT menyekat dan membalas si pencari harta haram di dunia lagi. Peranan Pemimpin Sebagai akhirnya, pihak berwajib perlu dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat berkenaan kuasa mereka membenarkan web sebegini beroperasi. Jika web pelaburan haram mampu ditutup dan tahniah saya ucapkan, maka kini giliran web lucah pula. Sedarlah, web dan majalah lucah dan separa lucah ini memberi mudarat buat semua, anak kita di sekolah, isteri kita di sekolah, adik beradik kita ditempat kerja, wanita di sana sini. Kerana tiada jatidiri agama dan ilmu yang baik dalam diri umat Islam. Mereka tiada antibodi nafsu yang mencukupi, tatkala itu kita perlu menggunakan kuasa untuk menghentikan semua sumber-sumber rangsangan nafsu ini.Sekali lagi saya ingatkan firman Allah SWT :- Jangan hanya potong 'dahan' dan 'ranting' yang rosak dan merbahaya..tapi wajib membajai akarnya yang semakin lemah itu, ubatilah, nescaya ia akan subur kembali. Firman Allah SWT : وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لاَ يَخْرُجُ إِلاَّ نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ Ertinya : Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur ( Surah Al-A'raf : 58) Tugas membajai iman dan agama dalam diri masing-masing dan keluarga adalah tugas kolektif dari setiap individu dan terutamanya pemimpin. Sekiaranya pemimpin tidak berbuat sesuatu yang jelas halatujunya dalam hal ini. Sedialah memahami hadith Nabi ini :- ما من عَبْدٍ يسترعيه الله رَعِيَّةً فلم يَحُطْهَا بنصحه إلا لم يَجِدْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ Ertinya : Tiada seorang hamba (manusia) pun yang dilantik (diberikan rezeki) oleh Allah sebagai pemimpin, dan kemudian ia tidak bertindak untuk menjaga (memberikan) nasihat Islam kepada rakyatnya, kecuali ia tidak akan dapat mencium bau syurga di akhriat" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2614 ; Rujuk huraian di dalam fath Al-Bari 13/127) Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 19 Jun 2007 BERIKUT PETIKAN BERITA HARIAN 19 JUN 2007Laman web lucah punca kadar jenayah kian parah USAHA kerajaan melalui pelbagai agensi yang bertekad untuk menyekat akses ke hampir 33 juta laman web lucah di internet disambut baik. Lucah selalu dikaitkan dengan perangai tidak senonoh, kotor dan keji. Ia sudah pasti menjejaskan pembangunan minda dan sahsiah masyarakat, terutama remaja. Dalam perspektif Islam, amar makruf dan nahi mungkar adalah sesuatu yang harus dilaksanakan. Kewajipan ini dikaitkan terus dengan status dan kualiti iman seseorang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak berdaya maka ubahlah dengan lisannya dan jika tidak mampu (ubahlah), dengan hatinya. Dan itulah selemah iman." (Hadis riwayat Muslim) Kegilaan melihat gambar pornografi di internet adalah tanda awal penyerapan ke arah perzinaan. Al-Quran dalam surah al-Isra, ayat 32 menyebut bahaya zina kerana ia satu perbuatan yang keji dan buruk. Kerasnya larangan al-Quran dalam soal zina, segala perkara mendekati kepada perbuatan zina harus ditinggalkan. Profesor Dr Hamka ketika menyusun tafsir Al-Azhar pada 1960-an menyatakan kebimbangan awalnya terhadap kehidupan moden yang begitu mudah mendekatkan orang kepada zina. Hamka berkata: "Segala sesuatu yang akan mendekatkan dengan zina terbuka di mana-mana." Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah Ali Imran, ayat 104) Laman web lucah antara faktor berlakunya kejadian jenayah seperti seks bebas, mencabul, rogol dan bunuh yang semakin meningkat. Oleh itu, jangan sesekali cuba melayari laman web sebegini. Menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan budaya masyarakat Timur yang beradab sopan tidak dicemari dengan budaya kuning yang cuba diterapkan laman web lucah. Yusuf al-Qaradawi mengungkapkan sejumlah prasyarat untuk mengubah kemungkaran bersesuaian dengan hadis: "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya dan seterusnya ....''. Pertama, kemungkaran itu adalah sesuatu yang diharamkan oleh syariat Islam dan bukan sesuatu yang khilafiah. Kedua, kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan. Kemaksiatan dilakukan secara sembunyi tidak boleh diintip, memasang alat perakam atau kamera untuk mengetahuinya. Ketiga, kemampuan untuk bertindak dan mengubah kemungkaran. Jika seseorang itu tidak mampu dengan `tangan' maka dapatlah dilakukan secara `lisan'. Biasanya yang dapat mengubah sesuatu dengan tangan adalah penguasa. Jika budaya ini berterusan dan tidak menampakkan sebarang tanda berjaya untuk diatasi, bermakna kita perlu bersedia mengikut jejak sesetengah negara Barat yang mula menyerlahkan keruntuhan akhlak remaja mereka. Bagaimana pula jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah atau pihak lain yang dilindunginya? Menurut Qaradawi, aktivis itu haruslah mempunyai salah satu daripada tiga kekuatan iaitu ketenteraan, suara majoriti perwakilan dan kekuatan massa (masyarakat, media cetak dan elektronik, individu perseorangan). Jika salah satu daripada tiga kekuatan itu tidak dimiliki, Qaradawi menganjurkan usaha mencegah kemungkaran dilakukan menggunakan cara lisan (tulisan, dakwah, nasihat, undang-undang) sehingga dapat mempengaruhi masyarakat bagi tujuan menghapus kemungkaran. Keempat, untuk mencegah sesuatu kemungkaran perlu dilihat ke atas kesannya sama ada ia menimbulkan kemudaratan lebih besar atau tidak. Ulama mensyariatkan perlunya berdiam diri terhadap kemungkaran, jika dikhuatiri menimbulkan kemungkaran lebih besar. Melihat kepada pandangan dan syarat dikemukakan Qaradawi, jelas sekali perlunya sifat cermat dalam menangani kemungkaran. Oleh demikian, usaha bersungguh ke arah membina generasi Muslim yang berketrampilan dan berakhlak mulia perlu membabitkan semua pihak supaya kebejatan sosial kian parah dalam masyarakat dapat dikurangkan sehingga kadar paling minimum "
