Rakan COP tak sembahyang?
 Posted on Wednesday, June 20 @ 09:15:54 MYT by SongkokPutih 
  Parit Buntar - Rakan COP merupakan satu komuniti virtual yang
diwujudkan bertujuan membantu pihak polis membenteras jenayah. Tujuan Rakan COP 
cukup baik memandangkan jenayah di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan 
sehinggakan beratus-ratus orang telah berdemontrasi di Johor Bahru kerana 
kegagalan pihak polis membenteras jenayah yang begitu tinggi di Johor Bahru.


Namun, apa yang terjadi di Parit Buntar sungguh memalukan organisasi Rakan COP 
sendiri apabila ramai ibu bapa yang tidak puas hati kerana anak mereka yang 
ditugaskan menyertai perbarisan semasa pelancaran Rakan COP di Parit Buntar 
tidak dapat menunaikan sembahyang Asar. 


Pelajar yang datang dari pasukan Kadet Polis dan KRS sekolah-sekolah membuat 
barisan bermula dari jam 3.00 petang sehingga lepas waktu Maghrib semata-mata 
hendak menunggu seorang timbalan menteri yang lewat datang melancarkan Rakan 
COP di Parit Buntar. 


Menurut pelajar-pelajar ini, mereka takut untuk meminta keluar dari perbarisan 
kerana tidak berani melanggar arahan polis. Seorang bapa pelajar yang ditemui 
berkata, anaknya memberitahu ramai guru yang nampak gelisah melihat pelajar 
yang terpaksa berbaris lama dan tidak dapat menunaikan sembahyang. 


Menurutnya lagi, polis tidak boleh disalahkan kerana keadaan ini tidak akan 
terjadi sekiranya timbalan menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar 
datang tepat pada waktu yang ditetapkan. 


Seorang pendakwah yang mengulas isu ini berkata, tujuan Rakan COP untuk 
membantu polis mencegah jenayah sungguh mulia tetapi mereka sendiri telah 
melakukan jenayah besar kepada Allah iaitu tidak sembahyang. Sembahyang boleh 
mencegah perbuatan keji dan mungkar termasuk melakukan jenayah. Anggota Rakan 
COP yang ingin membantu polis amat digalakkan dengan syarat mereka sendiri 
tidak melakukan jenayah kepada Allah. 

Kirim email ke