Mengenali sejarah perkembangan Pondok
Posted on Saturday, July 14 @ 22:17:53 MYT by greenboc 
  
 Oleh HALIMISLAM"

  
 
  Alhamdulillah… walaupun sibuk dengan pengajian, Insya Allah dalam kesibukan 
waktu belajar ini, ana akan cuba mencelah sedikit masa untuk mengkaji sejarah 
pendidikan pondok. Dan menulis kembali bilamana bahan-bahan yang dikaji sudah 
dapat dikumpulkan.

  
Dalam apa yang berikutnya setelah diri mengalami dugaan yang begitu besar, hati 
tidak tenteram memikirkan hubungan dengan manusia. Hampir rebah tersungkur di 
medan perjuangan. Namun diri yang lemah ini bangkit semula setelah ustaz-ustaz 
di pondok banyak memberi sokongan dan dorongan. Akan dikasihi mereka ini hingga 
ke akhir hayat.
  

Bangkit dengan azam baru setelah umur genap 24 tahun pada 5 julai yang lalu. 
Tanpa membuang masa yang sangat terhad ini. Akan cuba menggariskan secara 
ringkas mengenai peristiwa-peristiwa sejarah sistem pondok yang terkenal dalam 
sejarah pendidikan ilmu yang sebenar.
  

Tujuannya ialah untuk memujuk hati agar melupakan masaalah manusia luar. Supaya 
dengan itu bolehlah diri belajar dengan tenang dan di samping dapat meluangkan 
masa mengkaji sejarah kedudukan sistem pendidikan pondok kepada sejarah umat 
masa kini. Kesedaran dan semangat ini mula membakar setelah manusia cuba pelawa 
diri berubah dengan hala tersendiri.
  

Tapi tujuan-tujuan yang paling utama ialah mengenai kandungan sistem pendidikan 
pondok yang akan membicarakan dalam suluhan cahaya sejarahnya dan juga dalam 
suluhan cahaya ajaran Islam dan falsafah pendidikan.

  
Bermula dengan peranan dan jasa-jasa sistem itu akan ditelitikan dari segi 
kejayaan menyebar-luaskan akidah yang berasaskan kepada tauhid,ajaran 
ibadat,rohaniah serta hukum-hakamnya tambahan lagi nilai-nilai dan kesedaran 
keislaman, sebagaimana yang boleh diperhatikan daripada penyebaran islam dalam 
bahagian sebelah Asia.
  

Akhirnya percubaan akan dibuat untuk menunjukkan perubahan-perubahan kearah 
kebaikan yang sepatutnya dijayakan demi untuk meneruskan kewujudan sistem yang 
tidak ternilai harganya ini dalam menjaga dan menyebar-luaskan risalahnya di 
dalam dunia moden yang sudah sarat dengan faham kebendaan dalam pegangan dan 
amalan-amalanya.
  

Mula-mula sekali bolehlah menggariskan satu aliran sejarah yang mendahlui 
timbulnya sistem pendidikan pondok yang hendak dibicarakan ini. Pendidikan 
islam di zaman Baginda s.a.w. disampaikan mengikut isi pendidikan berdasarkan 
kepada al-Quran dan al-Sunnah, membaca dan menulis juga di ajarkan pada zaman 
ini, jadi bolehlah dikatakan bahawa pendidikan pada zaman itu Baginda s.a.w. 
sendiri yang dibimbing oleh Allah; mereka yang dididik adalah para sahabatnya 
yang utama r.a., alam sekitar pendidikan itu adalah umat yang dihormati Allah 
yang dalam al-Quran disebutkan sebagai:
  

 
  “umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia”
  

Bahan pendidikan adalah al-Quran dan al-Sunnah yang terdapat dalam pelajaran 
hidup dan peribadi Baginda s.a.w. sendiri; daripada kesedaran pendidikan itu 
berkembanglah kemudiannya pendidikan Islam yang melahirkan sistem Madrasah 
al-Nizamiah di Baghdad, yang dibinakan oleh wazir yang terkenal nizam al-Mulk 
rahimahullahu Ta’ala yang takdirya dibunuh oleh seorang wakil gerakan 
ismailiyyah dalam tahun 485H.
  

Daripada contoh madrasah demikian itu timbullah madrasah-madrasah lain dalam 
alam islam yang merupakan pusat pendidikan dan pengajaran ilmu-ilmu syariat 
ilmu-ilmu lainya.
  

Selain daripada madrasah-madrasah ia boleh disebutkan dengan ribat-ribat dan 
zawiah sufiah yang menjadi pusat-pusat pendidikan rohaniah beberapa abad 
lamanya dalam alam islam.

  
Walaupun kita boleh anggapkan bahawa perkembangan zawiah dan ribat-ribat adalah 
sebenarnya lebih tepat dimasukkan ke dalam sejarah perkembangan tasawwuf, dari 
segi keagamaan, kerohaniah dan pendidikan ianya tidak boleh diabaikan sebagai 
pusat-pusat pendidikan islam.

  
BERSAMBUNG LAGI… pada masa akan datang Insya Allah, dengan isi-isi sejarah 
pondok yang lebih jelas! Doakan moga diberikan kesihatan yang baik dan 
ketenangan hati dalam mencari nikmat iman yang sebenar. Amen!
  

Bahan-bahan yang sedikit ini diperolehi dalam tulisan Ahmad Syalabi dalam 
bukunya “Tarbiah al Islamiah”, Beirut. dan Syyed Hossein Nasr bukunya “Science 
and Civilation In Islam” dan Annamarie Schimmel bukunya “ Mystical Dimensions 
of Islam.

Sila ke Laman http://halimislamic.blogspot.com " 
   
   

Kirim email ke