"Nak celup jari rujuk mufti, buat Jom Heboh tidak" - PJ Kedah
 Posted on Sunday, July 22 @ 15:59:19 MYT by greenboc 
  Oleh Helmi Khalid

"Nak buat cap jari (proses celup jari) waktu pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan 
raya Malaysia (SPR) tanya mufti dulu, yang hampa buat Jom Heboh tak tanya mufti 
pun," demikian respons Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak 
mengenai dolak dalik SPR terhadap salah satu desakan PAS untuk memulihkan 
sistem pilihan raya di Malaysia. 



Maksud beliau, perkara yang lebih menjurus kepada perbuatan haram di sisi Islam 
seperti penganjuran program maksiat, pihak kerajaan mahupun agensinya atau 
pihak swasta tidak pernah merujuk hukum kepada institusi Mufti sebaliknya bila 
dituntut melaksanakan perkara yang memberi kebaikan rakyat, mereka mahukan satu 
penjelasan pula. 


Katanya, pihak mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa program Jom Heboh adalah 
haram, tetapi mereka anjurkan juga, tanda pada jari bukannya perbuatan haram 
jika untuk kebaikan keselamatan atau kebaikan rakyat.

 
"Kita tak tahu berapa lama mereka nak ambil keputusan sedangkan proses itu 
tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dibuat keputusan," ujar beliau.

 
Salah satu tuntutan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP dan lebih 50 NGO 
melalui Gerakan Menuntut Proses Pilihan raya yang Bersih dan Adil (Bersih) 
adalah SPR didesak untuk melaksanakan proses celup jari menggunakan dakwat khas 
bagi mereka yang telah membuang ini.

 
Ini kerana timbulnya dakwaan ada pengundi yang didapati mengundi lebih dari 
sekali.

 
SPR sebelum ini menegaskan bahawa tuntutan itu akan diputuskan kelak selepas 
mereka mendapat penjelasan dari segi hukum proses tersebut terhadap pengundi 
Islam. - mns

  

Kirim email ke