Satu lagi kes mohon murtad
 Posted on Saturday, July 21 @ 10:27:58 MYT by greenboc 
  Wanita mualaf mohon isytihar keluar Islam



 PULAU PINANG (Utusan Malaysia) 20 Julai – Mahkamah Tinggi Syariah di sini 
hari ini menangguhkan pendengaran keputusan kes permohonan pengisytiharan untuk 
keluar dari agama Islam yang difailkan tahun lalu oleh seorang wanita mualaf.


Penangguhan itu dibuat berikutan Hakim Syarie Othman Ibrahim cuti sakit. 
Keputusan kes itu ditetapkan 17 Ogos ini.

Hakim Othman hari ini dijadualkan menyampaikan keputusannya terhadap permohonan 
pengisytiharkan keluar Islam yang dibuat oleh plaintif, Siti Fatimah Tan 
Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang, 38.


Siti Fatimah memfailkan permohonannya pada 10 Julai 2006 terhadap Majlis Agama 
Islam Pulau Pinang (MAIP) selaku defendan.


Menurut pernyataan tuntutan plaintif, dia tidak pernah yakin dengan ajaran 
Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi 
membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Iran bernama Ferdoun 
Ashanian.


Siti Fatimah memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 
16 September 2004.


Dia yang pernah bekerja sebagai tukang masak memfailkan permohonan tersebut 
selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.


Plaintif diwakili peguam syarie, Ahmad Jailani Abd. Ghani sementara MAIP 
diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abd. Aziz.


Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah memberitahu sepanjang memeluk agama Islam, 
dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala 
Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging 
khinzir.


Ulasan RadenJowo

Satu lagi kes……Siti Fatimah juga namanya. Kalau sebab nak kawin masuk 
Islam, tak payah lah buang masa. Pasangan Islam pun kena ambil tindakan kerana 
cuai lakukan tanggung jawab. Masih makan babi, masih sembahyang buddha….apa 
ke benda ni? ISlam dipermainkan oleh mualaf dan orang Islam sendiri. 

  

Kirim email ke