Aswt, 
      Perdamaian Hudaibiyah menuju kemenangan yang kekal/ keuntungan jangka 
panjang. Kita tidak metri satu perjanjian pun malahan hak kebebasan beragama 
umat Islam yang kononnya dijamin perlembagaan pun tidak dihormati. Maka 
sebahagian syariat Islam hanya tinggal untuk dibaca/ ditilawah sahaja. 
Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            (Recite)
2:27 Those who break Allah's Covenant after it is ratified, and who sunder what 
Allah Has ordered to be joined, and do mischief on earth: These cause loss 
(only) to themselves. 
   
  2:11 When it is said to them: "Make not MISCHIEF on the earth," they say: 
"Why, we only Want to make peace!"    
  "And the places of worship are for Allah (alone): so invoke not anyone along 
with Allah; (72 :18)
   
   Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah 
semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
   
  Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

PERDAMAIAN HUDAIBIYAH ADALAH KEMENANGAN YANG BESAR BAGI KAUM MUSLIMIN. 
Kabar gembira kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslimin. 

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (1). 

2. supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan 
yang akan datang serta menyempurnakan ni’mat-Nya atasmu dan memimpin kamu 
kepada jalan yang lurus, 

3. dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). 

4. Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min 
supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). 
Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi (2) dan adalah Allah Maha 
Mengetahui lagi Maha Bijaksana, 

5. supaya Dia memasukkan orang-orang mu’min laki-laki dan perempuan ke dalam 
surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan 
supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah 
keberuntungan yang besar di sisi Allah, 

6. dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan 
orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk 
terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan 
Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka 
Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali. 

7. Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi (3). Dan adalah Allah Maha 
Perkasa lagi Maha Bijaksana. 
  
www.qurancomplex.org                www.quranexplorer.com
   
  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<
   
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Aswt,
      Selagi jabatan agama "di takluki" oleh UMNO yang tak punyai dasar yang 
jelas samada Islam ke Melayu ke dan bila Dolah jadi PM dia bawa pula Islam 
Hadhari maka bertambah huru hara lah rakyat yang beragama Islam.. Cetusan Islam 
Hadhari suatu penghinaan kepada Islam yang lebih seribu tahun dihayati umat 
Islam seluruh dunia.Islam Hadhari bukan menyelesaikan masalah tetapi 
menimbulkan lebih banyak masalah. Kata mereka yang mendokong Islam Hadhari tak 
ada beza dengan Islam yang asal tapi rakyat akan menilai orang yang menyeru 
Islam Hadhari itu sendiri. Selama ini kita jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai 
role model  tapi kini kena ikut Dolah lah pula yang seru kepada Islam Hadhari. 
Kalau isteri dia tidak bertutup aurat maka bermakna bawah dasar Islam Hadhari 
tak payahlah tutup aurat, RTM dan media massa anjur hiburan langgar batasan 
yang ditetapkan oleh al Quran pun tak salah. Tak salah maknanya tak timbul lah 
soal dosa.  Akhirat nanti jawab depan Allah kami ikut Islam
 Hadhari. Contoh tauladan pemimpin-pemimpin Islam Hadhari yang kami tengok 
tutup aurat tak penting , hiburan yang merosakkan akhlak mudia mudi tak salah 
demi Hadhari. 
   
      Rupanya senang jadi PM. Asal timbul saja masalah arah saja agensi 
kerajaan terbabit selesaikan. Kalau setiap hari pun dok bertambah kena 
selesailah. Kalau ramai orang Islam murtad jabatan agama kena selesailah, itu 
bukan kerja aku lagi. Itulah arahan PM. Dia buat-buat tak tahu masalah itu dok 
bertambah kerana dia menolak dasar Islam berdasarkan al Quran. Kalau macam tu 
sapa pun boleh jadi PM. Timbul masalah arah saja agensi yang bertanggungjawab 
untuk selesaikan. Apa tanggungjawab dia dan pengikut-pengikut dia dalam 
menggubal dasar? Oh dia nak kena rujuk MCA MIC Gerakan. Maknanya dia lebih 
takut MCA MIC Gerakan daripada takut kepada Allah!! Nak buat Islam untuk orang 
Islam pun kena tanya sekutu bukan Islam!! Pemimpin jenis ni akan terima azab 
Allah lebih dari orang yang jadi pengikut !! Akhirat nanti pengikut jangan dok 
menyesal dok kata kerana kamu lah (pemimpin) kami ni jadi macam ni!! Maka jawah 
tok ketua terjerit-jerit kepanasan "Eh aku tak paksa kamu ikut aku !
 Yang kamu gatal nak ikut aku buat apa??". Kecuali lah yang dok kerja dengan 
?Syabas, yang kerja dengan Syabas mungkin terlepas kerana katanya kena paksa 
ikut, tapi bumi Allah ni kan luas untuk cari rezeki bukan Syabas saja boleh 
"beri" rezeki!! Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Isu Pak Lah mahu jabatan agama selesaikan maslah Murtad./10 July 2007
   
  Asslamualaikum,
  Pada pengalaman saya memang tedapat jabatan agama kita yang tidak melaksana 
tugas-tugas mereka dengan bijaksana seperti kaunseling contohnya.Saya pernah 
menghadiri seisi kaunseling berhubung masalah rumahtangga saya yang mana adalah 
masalah biasa dalam masyarakat kita.Tetapi seisi kaunseling itu tidak seperti 
apa yang saya bayangkan.Ini kerana Ustazah itu hanya banyak menghentam saya dan 
meremehkan saya hanya kerana berpandukan laporan yang diajukan oleh isteri 
saya.Kalau tidak dengan kesabaran saya mungkin saya sudah bercerai dengan 
isteri.Saya merasakan seisi kaunseling itu langsung tidak memberi kesan apalagi 
menyelesaikan.Pada pendapat saya seisi kaunseling haruslah secara terbuka dari 
hati ke hati antara suami isteri.Kaunselor perlu bijak punca yang sebenar 
dengan menjadi orang tengah iatu pendamai bukan menyalahkan sebelah pihak 
sahaja.Sepatutnya mereka yang memikul tugas berat ini haruslah lebih bersedia 
dan mempunyai pengalaman yang luas.Ini baru masalah
 rumahtangga apalagi masalah MURTAD yang sedang hangat diperkatakan.Jadi 
janganlah mengharapkan Jabatan agama sahaja semata-mata kerana ramai diantara 
kita hanya tahu dan dengar tapi jarang membantu.Ini kerana Jabatan Agama 
sendiri di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional(BN) campuran dari 
UMNO,MIC,MCA dan PERIKATAN.Kalau nak dibandingkan yang muratd dengan yang 
memeluk islam masih kecil jumlahnya.Tapi itu perbandingan melalui catitan tapi 
sedarkan kita yang memeluk islam itu adakah merreka menjalankan tanggungjawab 
jawabnya sebagai muslim sesuai dengan syariat islam.Kes Lina Joy cukup 
mengaibkan kita dan sekarang ni Fatimah pula. Pak Lah mahu jabatan agama 
selesaikan yang akhirnya terus meruncing sehingga sekarang.Kita mungkin tak 
merasakan selagi tidak terkena batang hidung kita sendiri.Wassalam
  


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
      Murtad: Pak Lah mahu jabatan agama selesaikan Tuesday, 10 July 2007

PERDANA MENTERI Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua jabatan agama 
mendengar masalah yang dibangkitkan oleh mereka yang ingin keluar dari Islam 
dalam mencari jalan penyelesaian untuk mereka.

"Saya sentiasa beritahu pejabat agama, dengar apa masalah mereka...adakah ini 
kerana (mereka) kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan kerana itu 
mereka mahu meninggalkan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 
Persidangan Akademi Fikah Islam Antarabangsa di sini hari ini.

"... (Apabila) suami yang beragama Islam meninggal dunia dan (isteri) yang 
memeluk Islam memutuskan untuk kembali kepada keluarga dan agamanya. Ini mesti 
difahami. Saya rasa kita perlu sedia untuk mendengar dan menyelesaikan masalah 
itu," katanya.

Beliau berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan 
memandangkan ia pernah berlaku sebelum ini...mereka yang memutuskan untuk 
meninggalkan agama kerana sebab-sebab tertentu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas isu murtad di negara 
ini.

Abdullah berkata mereka yang berhasrat meninggalkan Islam perlu membincangkan 
perkara itu dengan jabatan agama bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mengenai dakwaan bahawa mereka yang menjalani pemulihan diberi tekanan selepas 
mengumumkan hasrat mereka untuk keluar dari Islam, Abdullah berkata pemulihan 
bukan penderaan tetapi lebih kepada kaunseling. - BERNAMA




    
---------------------------------
  Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!   




    
---------------------------------
  Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.     
---------------------------------
  Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV.  
 





    
---------------------------------
  Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.  

         

       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Kirim email ke