http://maktabah-ibn-badawi.com World's Past Ulama' (May Allah
S.W.T.Blessed their Souls) http://www.ibnyahya.com/World/worldulama.htm
>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<
[EMAIL PROTECTED] wrote: Mohd Sabri Said
Thu | Jul 19, 07 | 04:35:17 PM PULAU PINANG, 19 Julai (Hrkh) - Mufti Perak,
Dato' Seri Harussani Zakaria menyokong kenyataan Raja Muda Perak, Raja Nazrin
bahawa tokoh agama dan pusat pendidikan Islam sebagai pencetus mulanya
penentangan terhadap penjajah.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Jelasnya, tokoh agama seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali
dan ramai lagi termasuk Dr. Baharuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr.
Zulkifli Mohamad, Baharudin Abdul Latif yang menjadikan Maahad Ehya Ahsayrif,
Gunung Semangul sebagai tempat membakar semangat perjuangan menentang Inggeris.
Mereka seperti Dato' Bahaman dan rakan-rakan secara langsung terlibat
mengusir penjajah walaupun pada waktu itu menggunakan senjata tidak sehebat
penjajah.
"Rakyat perlu tahu kemerdekaan Malaysia juga datangnya dari tokoh agama atau
pejuang-pejuang Melayu terdahulu. Memandangkan mereka di kalangan ulamak maka
nama mereka dipadam sebaliknya yang timbul golongan sosialis atau sekularisme,
" terangnya ketika ditemui di majlis 'Forum Gabungan Budaya Popular dalam
Pembangunan Insan' di Univesiti Sains Malaysia (USM) pagi tadi.
Turut menjadi penal ialah Pensyarah Ilmu Kemanusiaan (USM), Ustaz Alias
Zakaria dan pensyarah (UIA), Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Salleh.
Menurutnya, kebanyakan negara Islam golongan itu yang menjadi pembakar
semangat penentangan serta menuntut kemerdekaan bukannya golongan sosialis atau
sekularisme.
Ini terbukti di Indonesia dan lain lain negara cuma bila negara mencapai
kemerdekaan nama golongan terbabit dihilangkan.
"Di Malaysia juga berlaku macam itu. Mana ada orang sebut lagi nama-nama
besar seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau atau seangkatan 50-an seperti
Dr. Baharudin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al-Basqir, Baharudin Abdul Latif atau Dr.
Zulkifli Mohamad yang bertungkus lumus sehingga ada yang dipenjarakan demi
menyelamatkan maruah negara," katanya.
Oleh itu, generasi muda harus membetulkan fakta tersebut agar orang yang
benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka dikenang bukan dicaci ekoran
berbagai fitnah yang mereka hadapi kerana terlibat dengan penentangan yang
berterusan. - mns
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
Play Sims Stories at Yahoo! Games.