Artikel dari agendadaily.com
Aku takde niat politik yea. Juz nak share info ngan sumer kengkawan sebab la
ni banyak sangat kes PATI nih. Abih nyusahkan sumer orang!
Tolong amik iktibar. Ambik tau lebeh sket ban famili dan reta benda kita.
Wassalam
Ahmad Kameil
Ini sudah kes berat
July 22, 2007 : 03.20 AM
--->
Jumlah tahanan yang berada di dalam penjara negara buat masa ini ialah
49,000 orang.Daripada jumlah itu, 24,000 orang adalah warga negara asing.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang bagitau mengenai
angka-angka tu Sabtu, juga sebut jumlah pendatang asing di Malaysia la ni
kira-kira 2 juta orang.
Banyak mana 2 juta orang tu
seorang sahabat jerit pada Kawan. Dia kata, dia
taulah banyak mana tapi macam mana nak gambarkan. Kawan habak ke dia
kurang
sikit penduduk Kuala Lumpur je!
Cubalah congak lanjut mengenai angka-angka ni. Pertamanya, jika kerajaan
belanja RM5 seorang untuk belanja makan di dalam penjara, bermakna satu hari
lesap RM120,000. Kalau depa duduk sampai setahun, bermakna depa dah sebat dan
cekik wang rakyat sebanyak RM43,800,000.
Tu baru kira wang makan free, belum kira belanja bil elektrik dan air, kos
operasi untuk tangkap depa, kos pentadbiran dan perubatan untuk jaga depan
supaya kerajaan Malaysia tidak dituduh macam-macam.
La ni baru Kawan faham, kenapa dah lama tak dengar bab-bab operasi PATI
secara besar-besaran. Kalau buat operasi, kot-kot depa lebih meriah daripada
tahanan tempatan. Kawan dengar gak perihal cerita dari balai-balai polis.
Lokap balaipun depa jugak yang ramai. Satu sel patut ada empat orang, la ni
sampai berbelas orang. Takkan nak salahkan polis kot
.! La ni yang tangkap PATI
ialah RELA, tapi RELA bukan ada lokap, last-last bagi kat polis gak.
Mau tak mau, kita kena terima hakikat bahawa kita perlukan pendatang asing
sebab orang Malaysia takmau lagi dah jadi pembantu rumah, pembantu di stesen
minyak, buruh binaan, pencuci dan tukang sapu.
Semuanya mahu kerja di pejabat, walaupun sebagai despatch rider yang bergaji
RM500 sebulan. Jadi pembantu am rendah di pejabat kerajaan pun dah lumayan,
boleh cecah RM1,000 sebulan. Jadi siapa mau jadi pembancuh simen walaupun
upahnya RM40 sehari?
Lepas tangkap, kena hantar depa balik negara masing-masing, tetapi kalau yang
dari Indonesia tu depa .transit. sat di Dumai je, apabila dapat lampu hijau
daripada tekong, depa korner baring mai balik
.
Yang 2 juta orang tu buat apa? Depa jual durian dan rambutan di tepi jalan,
berniaga di pasar malam, buka restoran kerana tuan punya kedai boleh makan sewa
sahaja. Juga depa tanam sayur di kebun dan ehem..ehem ... ada juga kes yang
jadi mem di rumah apabila mem sebenar keluar ke pejabat dan tuan ambil MC
kerana sakit perut. Macam-macam hal..
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.