Aswt,
Janganlah samakan sistem atau agama Allah sama dengan agama lain.Dalam
Islam sesiapa yang taat kepada seseorang alim ulamak, pemerintah atau siapa
saja didalam mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah atau pun
menghalal apa yang diharam oleh Nya sesungguhnya ia telah menjadikan mereka
(yang membuat Hukum itu) sebagai tuhan untuk diri-nya selain dari Allah. Sebab
itu Allah mencela orang Keristian (Nasrani) kerana mereka syirik dan kufur
khususnya didalam tauhid uluhiyah , kerana mereka memberikan hak membuat dan
menggubal undang-undang dan peraturan kepada paderi dan pendita mereka Seperti
yang ramai kita tahu apabila Adi bin Hatim datang kepada Nabi SAW hendak
memeluk Islam dan dilihat Nabi dia memakai salib pada lehernya lalu Nabi
membcaa firman Allah yang bermaksud:
"Mereka menjadikan padri-padri (pendita) mereka sebagai tuhan selain
dari Allah dan juga Nabi Isa anak Maryam pada hal mereka tidak diperintah
MELAINKAN UNTUK MENYEMBAH TUHAN YANG MAHA ESA, TIADA TUHAN (YANG DISEMBAH)
MELAINKAN DIA". (maksud: Attaubah ayat 31).
Setelah Adi mendengar ayat itu ia berkata kapada Nabi SAW " mereka itu
(orang-orang Nasrani) tidak menyembah padri dan pendita-pendita ", lalu jawab
Nabi SAW "tidakkah mereka (paderi-paderi dan pendita-pendita) menghalalkan
kepada mereka perkara yang diharam oleh Allah dan mengharam kepada mereka
perkara-perkara yang idihalalkan kemudian mereka mengikut dan taat hukum
tersebut?" Lalu Adi menjawab "ya memang". Nabi pun berkata "itulah dia
dikatakan yang orang-orang Nasrani itu menyembah paderi-paderi dan
pendita-pendita mereka".
Alahamdulilah kita dapat ke mesjid menunaikan solat atau keluar di jalan
Allah 40 hari, 4 bulan tapi tanggungjawab keatas ikrar kita bahawa "Tiada Tuhan
Melainkan Allah" dan "Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" belum selesai.
Sekembalinya kita belum pasti hanyasanya Allah yang disembah selagi sebahagian
peraturan dan undang-undang yang kita masih terima pakai bukan saja yang
diadakan oleh pemerintah bahkan ada yang ditinggalkan oleh penjajah kuffar 50
tahun yang lalu, bukan apa yang diperintah oleh Allah SWT mau pun yang
ditinggalkan oleh Nabi SAW. Kita lebih hina dari kaum Nasrani kerana
sekurang-kurangnya orang Nasrani taat peraturan yang dibuat paderi dan pendita
mereka (walaupun bukan daripada Allah) tapi kita?? Kalau pun tak penting soal
negara Islam atau bukan negara Islam tapi bagaimana untuk menyelamatkan diri
dari menjadi syirik?? Apakah kita tidak punyai ruang untuk menegakkan segala
yang diperintah Allah?? Di Akhirat nanti cukupkah kalau kita sekadar berkata
dihadapan Allah kami tidak berdaya melaksanakan segala perintah engkau ya
Allah?? Kita mungkin tidak berdaya tapi cukuplah kalau kita mampu katakan kami
telah benar-benar berusaha ya Allah!! Allahuakbar!!
ibnuAli
kota jembal
"[EMAIL PROTECTED] othman"@yahoo.com wrote:
Yang di Hisab di Hari Akhirat nanti bukan negara TAPI rakyat2nya. So
Negara tu Islam ker tak Islam ker, apa kisah. Kita individu nielah yg kena
amalkan Islam secara keseluruhan (Ad-Din).
Jom gi Masjid Sri Petaling, kita mulakan pengamalan Islam Sebagai Cara Hidup.
"Mohan Murali"@yahoo.com wrote:
For your information, see below
http://www.dapmalaysia.org/english/2006/july06/lge/lge404.htm
On 7/17/07, umarfaruqi <umarfaruqi> wrote: Malaysia negara Islam,
bukan sekular Tuesday, 17 July 2007
MALAYSIA bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan
takrifnya yang tersendiri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia tidak pernah berpegang kepada
sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana Perlembagaan jelas menyebut
bahawa Islam adalah agama rasmi.
"Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah
negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama
Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak," katanya
kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia
Global anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.
Ketika diajukan soalan bahawa kerajaan nampaknya sedang menuju ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : "Saya perlu betulkan
anda.
"Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh
Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara.
"Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh
pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah."
Katanya Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh takrif Barat mengenai kedudukan
negara sekular dan bukan sekular.
Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan secara spesifik kaedah
strategik untuk meningkatkan kedudukan umat Islam sedunia menerusi pendidikan
bagi mewujudkan insan modal berkualiti.
Sebelum itu, Najib melancarkan buku berjudul "The Ijazah of Abdullah Fahim"
karya Mesut Idris dan Syed Ali Tawfik Al-Attas. BERNAMA
---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail,
news, photos more.
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.