Yang di Hisab di Hari Akhirat nanti bukan negara TAPI rakyat2nya. So Negara tu Islam ker tak Islam ker, apa kisah. Kita individu nielah yg kena amalkan Islam secara keseluruhan (Ad-Din).
Jom gi Masjid Sri Petaling, kita mulakan pengamalan Islam Sebagai Cara Hidup. "Mohan Murali"@yahoo.com wrote: For your information, see below http://www.dapmalaysia.org/english/2006/july06/lge/lge404.htm On 7/17/07, umarfaruqi <umarfaruqi> wrote: Malaysia negara Islam, bukan sekular Tuesday, 17 July 2007 MALAYSIA bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana Perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. "Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia Global anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini. Ketika diajukan soalan bahawa kerajaan nampaknya sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata : "Saya perlu betulkan anda. "Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. "Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah." Katanya Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh takrif Barat mengenai kedudukan negara sekular dan bukan sekular. Persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan secara spesifik kaedah strategik untuk meningkatkan kedudukan umat Islam sedunia menerusi pendidikan bagi mewujudkan insan modal berkualiti. Sebelum itu, Najib melancarkan buku berjudul "The Ijazah of Abdullah Fahim" karya Mesut Idris dan Syed Ali Tawfik Al-Attas. BERNAMA --------------------------------- Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, photos & more.
