Saya tak pasti adakah ini boleh membantu saudara, tetapi boleh mencuba andai
perlu, juga untuk para netters yg lain yg ada massalah tentang CCTOS, CCRIS
(maaf sy tak pernah menghubungi talian itu), tp boleh telefon untuk meminta
panduan dan pendapat.

*Jika gagal, cuba berurusan dengan Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) untuk meminta jasa baik mereka, untuk menyusun-semula pinjaman yang
tertunggak ini. Sebagai wakil Bank Negara, mereka boleh memberi arahan
kepada pihak bank yang memberi pinjaman, agar menyusun-semula pinjaman anda,
agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Khidmat APKP seperti yang
diberitahu adalah PERCUMA SAHAJA. (Petikan dari AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P
012-2011-555) Manager - Insurance, Takaful & Investment (AFPM)
MAA Assurance & MAA Takaful)
*

Diharap maklumat yang saya sertakan ini dapat membantu. Terima kasih

Laman web AKPK http://www.akpk.org.my/

*Jenis perkhidmatan*
Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  - *Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan*
  Memberi anda kaunseling dan nasihat berhubung belanjawan kewangan,
  pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu anda membuat belanjawan
  untuk mengurus perbelanjaan anda.

  - *Program pengurusan kredit*
  Membantu anda dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman
  melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Pelan tersebut
  akan membantu anda untuk membayar balik pinjaman dan mengawal semula
  kewangan anda.

  - *Pendidikan kewangan*
  Menyediakan program dan bahan pendidikan, terutamanya mengenai
  penggunaan kredit pengguna secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang
  serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

*Kriteria yang layak :*

  1. *Perkhidmatan kaunseling dan pendidikan kewangan*
  Perkhidmatan ini disediakan kepada semua individu.

  2. *Program pengurusan kredit*
  Anda boleh menghubungi kami untuk bantuan dalam mengurus pinjaman anda
  sekiranya anda mempunyai pinjaman seperti pinjaman perumahan, sewa beli, kad
  kredit, kad caj atau pinjaman persendirian atau pembiayaan lain dengan lebih
  daripada sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawalselia oleh Bank
  Negara Malaysia. Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:
     - Semua bank perdagangan
     - Semua bank Islam
     - Semua syarikat insurans
     - Semua pengendali takaful
     - Institusi kewangan pembangunan1
     - Pengeluar kad kredit/caj1

     1 Hanya institusi atau produk yang dikawal selia oleh Bank
  Negara Malaysia

Anda boleh menghubungi kami dengan cara berikut:

  - Melawat pejabat kami yang terletak di (atau menulis surat kepada
  kami):
     - Aras 8.2-8.9, Maju Junction Mall
     1001, Jalan Sultan Ismail
     50250 Kuala Lumpur

     - Menelefon talian bantuan kami di:
     - Talian Bebas Tol : 1800 88 2575
     - Talian am : 03-26988575

     - Menghantar faksimili melalui:
     - Nombor Faks : 03-2698 1575

     - Melalui emel kepada enquiry @ akpk.org.my



On 7/23/07, "as03my" <"as03my"> wrote:

  Assalamualaikum ....

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komentar di samping ingin
meminta bantuan kepada saudara2 yang arif dalam soal pinjaman wang
dan penjamin ni. Utk pengetahuan semua, saya adalah salah seorang
penjamin yang telah dianiayai... Akibatnya saya telah disenarai
hitamkan... Bayangkan peminjam cuma bayar 2 bulan pertama ansuran dan
kemudian berhenti kerja dan lesap. Yang tak adilnya, pihak bank
bukannya nak cari si peminjam ni sungguh2... Penjamin pulak yg kena
bekerja keras untuk bank... ke sana ke mari.. jejak peminjam... Habis
wang ringgit, masa, gangguan emosi dan segala macam masalah menimpa,
tapi senang2 bank yg menuding jari kpd penjamin...

Segala maklumat kita salurkan kpd bank, kat mana peminjam, apa dia
buat, bagi alamat kampung, jejak langkah dia... sampai kita ambil
risiko jumpa peminjam sendiri nak minta dia bayar balik pinjaman..
dahlah peminjam buaT muka bodoh teramat!, tetapi yg menyedihkan lagi
sikap bank... bukannya bank tersebut nak bantu saya, tapi ambil
kesempatan buka fail kes kerana sedar peminjam tak bayar ansuran.
Cakap macam2... sampai satu tahap rasa macam diugut supaya bayar
semua baki peminjam...

Saya tak puas hati. Sampailah surat mahkamah sampai.. Takpelah, kita
tahu ada saluran undang2 yg boleh bantu kita dgn masalah2 macam ni.
saya berusaha kumpulkan segala maklumat yg ada untuk dijadikan bahan
bukti... Buat report polis... Tapi, tak tahulah dugaan yg nak
menimpa... dua kali kes ditangguh (sia2 ambil cuti kerja).. Tiba saat
kes disebut, saya ni langsung tak diberi peluang nak buat pengakuan
di depan majistret... majistret langsung tak tanya saya mengaku atau
tidak, malah tak pandang pun muka ni, terus suruh bincang kadar
bayaran dengan pihak bank di luar majistret... Apa ni? Undang2 apa?
kata hati memberontak... Rasa nak terkam je majistret tu dan
kata 'saya tak mengaku pun.. saya tak bersalah...!! Tapi, tulah,
Tuhan bagi kekuatan.. sabar lagi... dalam keadaan bingung dan geram..
terkejut dan segala macam, alhamdulillah saya masih boleh bersabar..

Di luar mahkamah, saya tengok wakil bank pun muka dah takut2 (mungkin
sebab tengok muka saya dah merah padam)... rupa2nya diapun terkejut
beruk dengan cara majistret tu jatuhkan hukum (katanya)... majistret
sepatutnya tanya saya dulu, ya atau tidak, mengaku atau tidak..
barulah buat penghakiman.. ni tak, terus menghukum! dan patutlah dia
cakap macam tu, sebab dia bukannya lawyer... tapi masih dalam tempoh
praktikal (apa istilah seorang bakal lawyer saya tak ingat/ tak
tahu)... Saya mohon bank pertimbangkan rayuan saya, kalau nak tolak
gajipun biarlah dengan kadar minima, sebab saya sendiri punya byk
hutang peribadi.. macam2 nak tanggung...

Tapi, bank tetap berdegil, nak jugak potong dgn angka yg agak besar
(300 atau 400 sebulan).. mana boleh? Saya call peminjam, saya
rekodkan perbualan kami. Dari maklumat peminjam, dia memang dah
terbuka hati nak bayar, dia kata dia mampu bayar RM50.00 sebulan, dia
call bank, tapi bank tak mahu... bank kejar saya jugak (sebab saya ni
kerja kerajaan, senanglah nak potong ikut ANGKASA kot?).. Sakit hati
ni Tuhan saja yg tahu.. saya cakap kat bank, saya tak mahu bayar..
saya nak pasang lawyer, saya nak lawan kes ni... Bank boleh
cakap, 'tak guna encik nak lawan kes ni, mahkamah dah jatuhkan
hukuman... kalau encik lawan pun, nanti lagi banyak encik kena
bayar... kos peguam dan segala macam...' Saya pun jawablah 'saya tak
kisah... dah bukan salah saya.. lagipun kenapa bank tak mahu terima
tawaran peminjam bila dia nak bayar... walaupun sikit, janji dia nak
bayar... apa? ingat kalau saya kena bayar, saya boleh bayar byk2 ke
sebulan kat bank?... terus senyap sampai sekarang....

Kes ni dah lama dah... Tiap2 hujung bulan timbul kerisauan dan
kebimbangan sama ada gaji saya ditolak sewenang2nya oleh pihak
bank... Kepada sesiapa yg sudi berkongsi maklumat, nasihat atau ingin
juga membantu saya, saya sangat mengalu-alukan... memang saya dah
buntu... sampai bila nama saya akan disenarai hitamkan, saya pun tak
pasti.. Sekarang ni, buatlah apapun permohonan.. semuanya gagal...
Sedih bila kenangkan nasib... kita nak bantu orang lain, akhirnya
terjerat leher sendiri... Maaflah jika tulisan saya ni hanya 'semak'
di mata kalian.... Sekiranya ada yg arif, mohon bantulah saya. Semoga
Allah membalasa jasa baik saudara sekalian.

ALLAHU GHALIBUN!!

Wassalam...

daripada ribuan mangsa yang rasa tertipu dengan undang-undang sedia
ada.

--- In [email protected] <hidayahnet%40yahoogroups.com>, ZANUSSI
MOHD wrote:
>
> Assalamualaikum....brother sekalian ..... disini kita
> ada seseorang yang sedang dalam kesusahan .... So kita
> cuba leraikan kesusutan kawan kita tu ... bukan
> masalah nak mengangkat atau mempertahankan bank tu
> bank ni ... kita cari solution dan mohon pendapat
> kawan2 yang lain ... macamana nak tolong kawan kita ni
> ... kita tak berada dalam situasi beliau ... apa yang
> beliau sedang tanggung ... bayangkan kalau kena kat
> batang hidung sendiri ... kita pun mungkin melompat
> macam dia ... apakah patut kita tanya kerajaan supaya
> menggubal undang2 supaya dapat melindungi penjamin2
> terutama penjamin2 kewangan ... atau sudah ada undang2
> sebegitu rupa kat malaysia ni. Maafkan saya kalau saya
> tak tahu.
>
> Senang2 peminjam nak pinjam wang tapi tak nak bayar
> balik. Pihak bank senang2 nak potong wang dari
> penjamin ... saya rasa ia bukan sesuatu yang baik.
> Apakah usaha2 pihak bank untuk menjejaki si peminjam
> ni. Senaraikanhitamkan peminjam yang tak
> bertanggungjawab ni. Supaya beliau dapat merasakan
> kesusahan apabila menjalan pelbagai urusan harian.
> Atas dasar pertolongan pada awalnya dan akhirnya
> menjadi mimpi ngeri terpaksa menyelesaikan tunggakan
> si peminjam. Yang si peminjam terlepas dari siksa dan
> si penjamin semakin dicengkam derita.
>
> Bawa sahaja kes seperti ini ke mahkamah ... biar
> mahkamah yang tentukan ... bukankah senang. Kerana kes
> ini kes penganiayaan dan jenayah terancang. Kenapa
> saya kata begitu ... kerana si peminjam mesti tahu
> akan polisi pinjaman kewangan ... kalau beliau tak
> bayar atau sengaja tak nak bayar ... tanggungan akan
> terus kepada si penjamin ... ini akan menyusahkan
> mereka ... penjamin yang akan bayar dan beliau akan
> lepas tangan tanpa rasa nak bertanggungjawab ... INI
> YANG DIKATAKAN PENGANIAYAAN DAN SATU JENAYAH. Kalau
> tidak ada tindakan dari mahkamah untuk menyelamatkan
> penjamin2 ini maka untunglah kepada para peminjam2
> seperti kes Nizam ni.
>
> Kepada para peminjam sekalian jangan ingat semua orang
> buta undang2 ... terutama penjamin2 anda.
> Ingat ... negara kita ada undang2. Apa yang anda nak
> takut kalau anda berada dipihak yang benar.
>
> Kepada para penjamin sekalian anda boleh buat laporan
> polis dan bawa kes ini ke mahkamah untuk menyekat
> jenayah ini dari berleluasa. Biar mahkamah bantu kita
> untuk cari si bedebah peminjam yang tak
> bertanggungjawab ni dan heret sama mereka2 nie ke
> mahkamah. Kenapa kita terpaksa menjadi pembayar kepada
> pinjaman yang kita tak buat.
>
> Jangan peduli dengan kata orang begitu dan begini.
> Anda ada hak anda ... dan jalankan hak tersebut untuk
> mengajar mereka ini. Kalau tidak penyesalan anda tak
> berpenghujung .....
>
>
> Sekadar membantu dan beri pandangan ... apa kata yang
> lain ... terutama pengamal undang2.
>
> Wassalam....
>
>
> --- [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> > Kenapa tajuknya Bank Islam?
> > adakah kalau menjadi penjamin di PUBLIC BANK tak
> > perlu bayar....???
> > adakah kalau jadi penjamin di HONG LEONG BANK
> > pinjaman akan dilupuskan sahaja?
> >
> > tolonglah........
> > Jahat dan buruk sangatkah BANK ISLAM?
> >
> > Saudaraku,
> > Kalau bukan saya, seorang muslim menjadi pendokong
> > Bank Islam, apakah Ong Ka Ting dan Samy Vellu akan
> > jadi pembela Bank Islam?
> >
> > Tuan, moderator
> > Saya adalah kakitangan Bank Islam
> > Saya memahami mmg kritikan terhadapa Bank Islam dan
> > institusi Islam itu berniat baik, dan untuk membina,
> > tetapi biarlah berpadanan dan jgn mengelirukan orang
> > lain
> >
> > Saya mohon, jika ada yang tidak berpuashati, adukan
> > terus ke Pengurusan Bank Islam, atau Bank Negara
> > Biar kita berselisih yang menjadi rahmat, bukan
> > kehancuran
> > Kita lihat betapa bijaknya DAP dan MCA, mmg tidak
> > separti, tetapi mrk dpt "menjaga" kaum dan agama mrk
> > dgn bijaksana
> >
> > terima kasih
> >
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: [EMAIL PROTECTED]
> > To: Ikhwanul Muslimun
> > Sent: Wednesday, July 11, 2007 1:49 PM
> > Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bank
> > Islam
> >
> >
> >
> > Assalamualaikum wrb
> >
> > saudara nizam, saya faham sangat akan situasi
> > saudara di ketika ini. memang ini harga yang kita
> > perlu bayar apabila menjadi penjamin. kekadang kita
> > tak sangka, saudara rapat sedarah sedaging ataupun
> > rakan2 kita yang dari golongan yang baik-baik pun,
> > yang kita jamin, akan terjebak dengan kes seperti
> > ini.
> >
> > banyakkan bersabar, banyak buat solat taubat dan
> > solat hajat, mohon ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan
> > lapangkan hidup kita di dunia dan akhirat. cuba
> > koreksi diri, mungkin di masa-masa silam, ada laku
> > perbuatan kita (samada kita sedar atau tidak) yang
> > ALLAH betul-betul tak berkenaan, maka ALLAH timpakan
> > 'musibah' ini buat kita, agar kita terhantuk dan
> > memperbetulkan kesilapan. Mungkin juga satu kifarah,
> > untuk ALLAH hapuskan dosa-dosa kita. dan mungkin ini
> > juga satu ujian yang ALLAH timpakan ke atas
> > hamba-hambaNYA yang terpilih, yang DIA sayang, dgn
> > tujuanNYA untuk mengangkat darjat hambaNYA ke tahap
> > yang lebih tinggi, dengan syarat, redha dan sabar
> > ketentuan ALLAH.
> >
> > ALLAH itu Maha Adil. Banyakkan bersabar dan banyak
> > mengadu pada ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik buat
> > kita, serahkan urusan secara total pada DIA.
> > Maafkanlah hamba ALLAH tersebut dan ikhlaskanlah
> > serta halalkanlah apa yang telah 'diambil' daripada
> > saudara, niatkan ianya sebagai sedekah. InsyaALLAH,
> > dengan keikhlasan dan kemaafan daripada saudara
> > untuk saudara seislam yang lain, ALLAH pasti akan
> > gantikan dengan sesuatu yang lebih baik yang tidak
> > saudara jangkakan selepas ini. Percaya dan yakinlah
> > dengan ALLAH.
> > Mungkin, hamba ALLAH tersebut memang ada niat utk
> > men'dajal'kan saudara (nauzuBILLAH), tapi walau
> > apapun, serahkan saja pada ALLAH untuk membalasNYA
> > mengikut caraNYA, kita sekadar hambaNYA yang kerdil,
> > siapalah kita utk membalas perbuatan orang lain?
> > Pulangkan balik segalaNYA pada AL-KHALIQ.
> >
> > Banyakkan membaca surah Dhuha, surah
> > al-Waqiah,....insyaALLAH, yakin, percaya pada ALLAH.
> >
> > ikhlas daripada,
> > hambaNYA yang pernah melaluinya
> >
> >
> > ----- Original Message ----
> > From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: Ikhwanul Muslimun 
<[email protected]<hidayahnet%40yahoogroups.com>
>
> > Sent: Sunday, July 8, 2007 10:21:11 PM
> > Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bank
> > Islam
> >
> >
> > tgk gaya persembahan ayat, mcm org yg 'tahu' psl
> > agama. cuma mungkin belum belajar bab menghalalkan
> > pinjaman dan memaafkan kesalahan org lain kot?
> > insya'allah. bila tiba masanya, diharapkan sumpah
> > akan
> > ditarik balik. sama2 kita doakan.
> >
> > --- [EMAIL PROTECTED],
> > UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR.
> > wrote:
> >
> > > assalammualaikum. ..
> > > nizam.. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi
> > maha
> > > penyayang... Rahmat Allah amat besar kepada
> > hambaNya
> > > yang membantu sesama Islam... sahabat Nabi
> > banyak
> > > berkorban sesama sahabat sehingga semasa
> > berhijrah
> > > ke Madinah ada di kalangan sahabat menawarkan
> > > isteri2 mereka kepada sahabat dari mekah.. di
> > harap
> > > en. nizam dapat memahami apa maksud saya.. dan
> > > semoga Allah menambah berkat dalam kehidupan
> > tuan...
> > >
> > > [EMAIL PROTECTED] com wrote:
> > > Assalamualaikum,
> > > Saudaraku Zainal Mohd Salleh, terlebih dahulu
> > saya
> > > memohon maaf diatas bicara yang bakal menyentuh
> > hati
> > > dan perasaan saudara.
> > >
> > > Wahai saudaraku, ingatlah pesan rasulullah s.a.w
> >
> > > yg bermaksud, dari Abu Hurairah r.a , "Sesiapa
> > yang
> > > pernah berbuat aniaya pada saudara Islamnya,
> > baik
> > > berupa kehormatan badan atau harta atau
> > > lain-lainnya, hendaklah segera minta halal
> > sekarang
> > > juga sebelum datang suatu hari yang tiada
> > bergunanya
> > > harta wang dinar atau dirham, jika ia mempunyai
> > amal
> > > salih, maka akan diambil menurut
> > penganiayaannya,
> > > dan jika tidak mempunyai kebaikan, maka
> > diambilkan
> > > dari kejahatan orang yang dianiaya utk
> > ditanggung
> > > kpdnya." Dan riwayat dari Abu Umamah r.a, "Siapa
> > > yang mengambil hak seorang muslim dgn sumpah
> > > palsunya, maka Allah akan mewajibkan baginya
> > neraka
> > > dan mengharamkannya syurga." (Riwayat dari
> > Bukhairi
> > > dan Muslim)
> > >
> > > Saudara, anda mempunyai hutang tertunggak
> > melalui
> > > pinjaman peribadi sejumlah $8,402.27 kepada Bank
> > > Islam (M) Berhad, No Akaun: 12092080010581 dan
> > No
> > > Kad Pengenalan Malaysia: 601224015855 dan
> > seperti
> > > yang termaktub dalam akta perjanjian pinjaman
> > > tersebut adalah menjadi tanggung jawab saudara
> > untuk
> > > menjelaskan hutang tersebut. Saya selaku
> > penjamin
> > > saudara terpaksa menanggung segala hutang
> > saudara
> > > sementara hidup di dunia ini.
> > >
> > > Saudara, hidup ini tidaklah sekekal mana paling
> > > lama saudara mungkin akan bertemu Allah s.w.t
> > dlm 10
> > > atau 20 tahun lagi. Tiada manusia yang bergelar
> > > hamba kepada Allah yg kekal didunia ini. Firaun
> > yang
> > > mengggelar dirinya Tuhan juga dimatikan Allah,
> > dan
> > > mayatnya dikekalkan utk menjadi pengajaran umat2
> > yg
> > > kemudian. Nabi Ibrahim "khalilullah" juga
> > diwafatkan
> > > oleh Allah. Begitu juga Nani Muhammad s.a.w
> > sebaik2
> > > kejadian manusia dimuka bumi ini juga diwafatkan
> > > oleh Allah.
> > >
> > > Firman Allah dlm surah Mulk ayat 2
> > >
> > > Ï%(c)!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4quptø:$#ur
> > > öNä.uqè=ö7uÏ9 ö/ä3r& ß`|¡ômr& WxuKtã 4 uqèdur
> > > âÍyèø9$# âqàÿtóø9$# ÇËÈ
> > >
> > >
> >
> === message truncated ===
>
>
> Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>



Kirim email ke