Assalaamu'alaikum
Buku yang seharusnya dimiliki oleh semua yang mengaku
Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Saya telah membaca manuskrip buku ini dan saya dapati
ianya sebuah karya yang ilmiah, menggunakan bahasa
yang mudah difahami serta mengandungi
maklumat-maklumat yang begitu berharga kepada semua
pencinta Sunnah Nabi SAW.
Tahniah kepada sahabatku Saudara Hafiz Firdaus.
Sekian Wassalaam
Note: forwarded message attached.
____________________________________________________________________________________
From: Hafiz Firdaus bin Abdullah
Subject: Buku Baru: Marilah Berkenalan Dengan ASWJ
Assalamu'alaikum warahmatullah,
Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan terbitan buku saya
yang terbaru, seperti berikut:
Judul: Marilah Berkenalan Dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Pengarang: Hafiz Firdaus bin Abdullah.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru. (07-2351602).
Saiz: A5, 336 mukasurat
Harga: RM18.00
Di mana: Kedai-kedai biasa menjual buku terbitan
Jahabersa. Atau pesan terus melalui talifon
07-2351602.
Ulasan ringkas:
Kenapa subjek Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah? Agaknya
itulah persoalan pertama yang timbul di fikiran para
pembaca sekalian terhadap buku saya ini. Persoalan ini
sesuatu yang saya jangkakan kerana jika diteliti
buku-buku di pasaran, akan ditemui sejumlah yang
memberi tumpuan kepada subjek Ahl al-Sunnah wa
al-Jama'ah. Ada yang tebal, ada yang nipis. Ada yang
ringan, ada yang ilmiah. Justeru mengapa saya turut
memberi tumpuan kepada subjek ini? Bukankah lebih baik
jika diberikan tumpuan kepada subjek yang masih
minimum diperbincangannya?
Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa saya
memilih untuk turut memberi tumpuan kepada subjek Ahl
al-Sunnah wa al-Jama'ah. Sebabnya boleh dibahagi
kepada dua.
Pertama:
Apabila kita meneliti secara mendalam buku-buku yang
ada di pasaran dalam subjek Ahl al-Sunnah wa
al-Jama'ah, akan ditemui bahawa ia hanya memberi
tumpuan kepada beberapa aspek:
1. Maksud Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah dari sudut
bahasa, iaitu orang-orang Islam yang pakar tentang
sunnah Rasulullah shallallahu ¢â ¸alaihi wasallam dan
berjamaah dalam mengikutinya.
2. Siapakah Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah, dimana
masing-masing individu, aliran dan kelompok mendakwa
merekalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah manakala yang
lain bukan. Namun apabila ditanya apakah yang
dimaksudkan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah,
mereka gagal menerangkan ciri-cirinya. Kegagalan ini
menyebabkan pelbagai teori serta amalan yang aneh
membentuk ciri-ciri pemikiran serta perbuatan mereka.
Lebih memberatkan, semua yang aneh tersebut mereka
anggap berada dalam ruang lingkup Ahl al-Sunnah wa
al-Jama ¢â ¸ah.
3. Sejarah Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah, dimana
ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah dikupas dengan
cara memandang ke belakang pada zaman generasi awal
umat Islam. Jarang-jarang ciri-ciri ini dikupas dengan
metod yang berpijak pada realiti masa kini dengan
pandangan ke arah masa depan. Hasilnya umat Islam
hanya mengetahui ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa
al-Jama ¢â ¸ah dan aliran-aliran yang menyimpang pada
zaman awal Islam. Mereka tidak mengetahui bagaimana
mempraktikkan ciri-ciri tersebut pada masa kini, juga
bagaimana menangani aliran-aliran yang menyimpang pada
masa kini.
4. Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dimana tumpuan
hanya diberi kepada subjek aqidah, khasnya berkenaan
nama-nama dan sifat-sifat Allah. Ini memberi gambaran
seolah-olah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah hanya
menyentuh isu aqidah dan tidak selainnya.
Empat sebab di atas menyebabkan saya merasa perlu
menyusun sebuah buku yang memberi pengenalan tentang
ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah dalam aspek
yang lebih luas, iaitu:
1. Menerangkan apakah dan bukan siapakah Ahl al-Sunnah
wa al-Jama ¢â ¸ah. Dengan menerangkan apakah ciri-ciri
Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah, kita sama-sama dapat
menjadi Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah berdasarkan
dalil, hujah dan kefahaman, bukan dakwaan semata-mata.
2. Berdasarkan dalil, hujah dan kefahaman, kita dengan
sendirinya dapat membasmi dan menangkis apa-apa
pemikiran, ucapan dan perbuatan yang tidak menepati
ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah. Kita tidak
lagi perlu mengikut secara membuta kepada
sekian-sekian individu yang cenderung kepada mencipta
pemikiran, ucapan dan perbuatan yang tersendiri lalu
cuba menjustifikasikannya di atas nama Ahl al-Sunnah
wa al-Jama ¢â ¸ah.
3. Mengupas ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama ¢â ¸ah
berdasarkan realiti masa kini dengan pandangan ke
hadapan, agar para pembaca mengetahui cara berpegang
dan mempraktikannya. Oleh itu perbincangan tentang
¢â ¼al-Qur ¢â ¹an bukan makhluk ¢â ½ serta aliran Khawarij,
Murji ¢â ¹ah dan sebagainya tidak akan disertakan kerana
ia tidak lagi relevan dengan masa kini. Metod ini
bukanlah bererti menafikan kepentingan sejarah zaman
awal umat Islam, tetapi lebih kepada membawa manhaj
generasi awal umat Islam, iaitu generasi al-Salaf
al-Shalih, kepada realiti masa kini. Seolah-olah, jika
generasi al-Salaf al-Shalih hidup pada zaman kita, apa
dan bagaimanakah sikap mereka dalam membela Islam yang
tulen dan membawa umatnya ke arah kejayaan yang
diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta ¢â ¸ala.
4. Pengenalan kepada ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa
al-Jama'ah tidak dihadkan kepada aqidah sahaja, tetapi
diluaskan kepada fiqh, akhlak, politik dan sebagainya.
Kedua:
Dalam kerjaya saya sebagai seorang juruterbang, ada
sesuatu yang digelar Standard Operating Procedures. Ia
adalah beberapa buah buku yang memuatkan ciri-ciri
bagaimana untuk ¢â ¼memandu ¢â ½ kapalterbang dengan
selamat, sama ada dalam suasana kebiasaan atau
kecemasan. Saya yakin para pembaca sekalian, dalam
bidang kerjaya masing-masing sama ada doktor,
jurutera, peguam, guru dan sebagainya, juga memiliki
sesuatu seumpama yang disediakan oleh pihak majikan.
Standard Operating Procedures ini membolehkan semua
kakitangan dalam sesebuah firma atau jurusan bekerja
dengan cara yang teratur dan terarah untuk mencapai
matlamat.
Tidak ketinggalan adalah para pelajar dimana
masing-masing memiliki silibus bagi jurusan pengajian
masing-masing. Silibus ini menentukan ciri-ciri yang
perlu dipelajari dalam jurusan tersebut untuk
melengkapkan kursus pengajian. Silibus ini tidak jauh
berbeza dengan Standard Operating Procedures yang saya
sebut di perenggan sebelumnya.
Maka saya terfikir, apakah mungkin dibuat satu
Standard Operating Procedures atau silibus bagi umat
Islam? Tentu mungkin dan tentu patut. Sebenarnya
sesuatu yang mirip kepada Standard Operating
Procedures atau silibus sudah ada di kalangan umat
Islam. Standard Operating Procedures atau silibus ini
dikenali dengan nama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Ia
memuatkan ciri-ciri yang sepatutnya diketahui dan
dipraktikkan oleh umat Islam dalam beragama.