Perbandingan Aqidah Ahlus Sunnah Dan Syiah
Oleh Dr Abdullah Yasin
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=229&action=view

Firman allah SWT:
  
(67)         Hai Rasul, sampaikanlah apa yang
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu
kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu
tidak menyampaikan amanatNya. Allah memelihara kamu
dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
 
(Al-Maaidah 5:67)
 
Tafsir ayat:
 
Di antara kesimpulan yang dapat diambil dari ayat di
atas ialah:
 
1.         Wajib ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi
wasalam) menyampaikan kepada semua umatnya apa saja
yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya.
 
2.         Ayat ini menolak pandangan yang mengatakan
bahwa Rasul boleh menyembunyikan sebahagian wahyu dari
sebahagian manusia atau dari kebanyakan mereka.
 
3.         Yang benar dan tidak boleh diragukan lagi
ialah baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam)
telahpun menyampaikan semua yang diturunkan kepadanya
dan menjelaskannya tanpa mengkhaskannya untuk
orang-orang tertentu saja.
 
4.         Diriwayatkan oleh Tarmidzi, Abu Syeikh,
Al-Haakim, Abu Na’im dan Al-Baihaqy daripada
sebahagian Sahabat bahwa sebelum turun ayat ini
baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) dikawal rapi
ketika di Mekah termasuk Al-Abbas dan orang-orang yang
dikirim oleh pamannya Abu Thalib. Tetapi setelah turun
ayat ini baginda tidak berhajat lagi kepada kawalan
karena beliau telah mendapat jaminan Allah dari
gangguan manusia.
 
5.         Ayat di atas juga melarang kita umat Islam
menyembunyikan kebenaran atau bersifat berpura-pura
atau membuat tipu muslihat sebagaimana keyakinan
AT-TAQIYAH orang SYIAH.
 

Syiah Dan At-Taqiyyah:
======================
 
At-Taqiyyah maknanya berbohong, tipu muslihat,
berpura-pura, talam dua muka. Sifat At-Taqiyyah ini
menjadi suatu kemestian ke atas penganut ajaran syiah.
Di bawah ini kita bawakan beberapa riwayat tentang
At-Taqiyyah dan fadhilatnya yang diambil dari kitab
utama Syiah:
 
1.         Telah bersabda Abu Ja’far (alaihis salam):
“At-Taqiyyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama
nenek moyangku, dan tidak ada iman orang yang tidak
bertaqiyyah”. (Ushuul Al-Kaafy: 484)
 
2.         “Sembilan puluh peratus dari agama adalah
Taqiyyah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak
bertaqiyyah dan Taqiyyah mencakupi segenap hal sejak
dari arak sampai dengan menyapu sepatu”.     (Al-Kaafi
Minal Ushuul 2:217-219)
 
3.         Khumaini berkata dalam bukunya ‘Memelihara
Islam dan Mazhab Syiah’: “Kalau Syiah tidak bernaung
di bawah naungan Taqiyyah, pastilah mazhab Syiah telah
lenyap”.          (Khumaini, Turjumatul Qar:144)
 
 
Ahlus Sunnah Dan Taqiyyah:
 
Akidah Taqiyyah sangat bertentangan dengan akidah
Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah. Di antara sebabnya ialah:
 
1.         Jika kita mempelajari Al-Quran dengan
saksama ternyata bahwa orang yang melakukan suatu
perkara yang bertentangan dengan hatinya adalah di
antara tanda orang-orang munafiq. Lihat Al-Baqarah
2:14-15 dan 75-77, Ali Imran 3:119, An-Nisaa 4:145.
Begitu juga larangan tersebut terdapat di dalam hadis
Nabi (sallallahu alaihi wasalam) bahwa Taqiyyah adalah
salah satu tanda orang Munafiq.
 
2.         Dan kalaupun ada kebolehan berbohong
sebagai taktik hanya untuk menghadapi orang kafir dan
dalam keadaan terpaksa sebagaimana yang diungkapkan
dalam Ali Imran :28. Lihat Minhaajus Sunnah – Ibnu
Taimiyyah I/213.
 
3.         Atas dasar akidah Taqiyyah yang dianut oleh
Syiah inilah maka sulit untuk mendekatkan antara Ahlus
Sunnah dengan Syiah. Keikhlasan Ahlus Sunnah hanya
akan sia-sia bila berhadapan dengan golongan yang
penuh dengan tipu muslihat. Dan usaha tersebut juga
selalu mengalami jalan buntu karena sumber pengambilan
hukum masing-masing yang berbeda, pandangan mereka
tentang Al-Quran dan Al-Hadis tidak serupa dengan
pandangan kita Ahlus Sunnah.
 
  
Ghadir Khum:
============
 
Athabthabai seorang tokoh Syiah Ja’fariyah (Imamiyah)
abad 20 ini mengatakan bahwa alasan yang mendukung
pengangkatan Ali Bin Abi Thalib sebagai Khalifah
Pertama ialah peristiwa bersejarah di Ghadir Khum.
Jika kita baca kitab-kitab Syiah tentang hal ini maka
dapatlah disimpulkan sbb:
 
i.         Ghadir Khum adalah nama suatu tempat di
mana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) mengucapkan
pidatonya, iaitu dalam perjalanan pulang dari Haji
Wada’ ke Madinah pada 18 Zulhijjah tahun 10H. Dan yang
menghadiri khutbah itu lebih 100,000 orang sahabat.
 
ii.       Ditempat inilah turunnya ayat di atas: “Hai
Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu…”   (Al-Maidah 5:67)
 
iii.      Berdasarkan ayat inilah akhirnya baginda
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menyampaikan hal-hal
berikut:
 
 
a.      Bahwa baginda mewariskan kepada kaum muslimin
dua hal penting (Ats-Tsaqilain) iaitu: Pertama :
Kitabullah, Kedua : Ahlul Bait. Dan antara Al-Quran
dan Ahlul Bait tidak akan putus hingga hari kiamat.
 
b.      Ketika itu Nabi (sallallahu alaihi wasalam)
mengangkat tangan Ali Bin Abi Thalib sambil bersabda:
 
“Siapa yang pernah berwali kepadaku, maka seterusnya
(setelah aku wafat) maka Ali lah walinya
(pemimpinnya)”.
 
“Ya Allah, kasihanilah orang yang mengasihinya dan
musuhilah orang yang memusuhinya”.
 
“Ya Allah jadikanlah yang haq bersama dia (Ali) di
manapun dia berada”.
 
 
Ahlus Sunnah Dan Ghadir Khum:
 
Ibnu Taimiyah dalam kitabnya “Minhaajus Sunnah”
berkata: Khutbah Ghadir Khum sebagaimana dakwaan Syiah
itu hanya bohong belaka dan sengaja diada-adakan (IV
:84-87). Di antara bukti kebohongan mereka ialah:
 
1.         Jumlah sahabat Nabi (sallallahu alaihi
wasalam) yang menghadiri pidato di Ghadir Khum lebih
100,000 orang. Ini berarti semua sahabat yang
berjumlah 100,000 orang itu telah khianat dengan
wasiat terakhir Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam)
dan mungkir janji karena tidak mengangkat Ali sebagai
Khalifah pertama atau paling kurang menentang
pengangkatan Abu Bakar As-Siddiq. Apakah memang
demikian sifat sahabat Nabi yang telahpun mendapat
redha daripada Allah SWT? (Lihat At-Tawbah 9:100)
 
2.         Saidina Ali Bin Abu Thalib telah dituduh
mengamalkan Taqiyyah (berpura-pura menyembunyikan
wasiat Rasul (sallallahu alaihi wasalam) ketika itu
demi menjaga perpaduan umat Islam. Apakah akal yang
waras boleh menerima hakikat ini berlaku ke atas orang
yang sangat ‘alim dan gagah perkasa yang tidak pernah
gentar demi menegakkan kebenaran seperti Saidina Ali?
 
3.         Khutbah Ghadir Khum menurut Syiah berlaku
pada 18 Zul Hijjah pada tahun Nabi melakukan Haji
Wada’. Padahal pada 9 Zul Hijjah di Arafah telah turun
ayat yang terakhir, iaitu: “Al Yauma Akmaltu Lakum… “
(Al-Maaidah 5:3). Mengapa setelah itu turun lagi ayat
yang menyuruh Rasul menyampaikan risalah, padahal
ketika Haji Wada’ ribuan para sahabat telah memberikan
kesaksian mereka bahwa Rasul telahpun menyampaikan
risalahnya dengan sempurna? Menurut Ahlus Sunnah ayat
di atas turun jauh sebelum Haji Wada’ iaitu sebelum
Pembebasan Mekah dan sebelum Perang Khaibar. 
 
4.         Nabi tidak pernah berwasiat agar umat Islam
berpegang teguh dengan keluarganya (Ahlul Bait) atau
Ahlul Bait adalah sumber hidayah. Dan kalaupun yang
dimaksudkan dengan Ahlul Bait sebagai kesinambungan
kepimpinan pada keluarga Nabi, maka mengapa mesti
dibatasi pada keturunan Ali sahaja padahal juga
termasuk keluarga Nabi: Aqil dan keluarganya, Abbas
dan keluarganya, Ja’far dan keluarganya dan Ummahatul
Mukminin (isteri-isteri Rasul)?
 
 
Demikianlah dua perbedaan utama yang selalu
dipergunakan oleh Syiah untuk menundukkan pengikut
Ahlus Sunnah. Sungguh banyak Ahlus Sunnah yang
terperangkap dengan tipu muslihat tersebut. Semoga
kertas ini dapat memberikan sedikit gambaran yang
sebenarnya dan dapat dijadikan senjata ketika
berhadapan dengan mereka.
 
Seyogia dimaklumkan bahwa pandangan di atas adalah
pandangan Mazhab Syiah Imamiyyah (Imam Dua Belas) atau
juga disebut dengan Syiah Ja’fariyyah. Mazhab inilah
yang dominan dan majoriti sekarang ini. Ini perlu
dinyatakan karena ada kemungkinan mereka mendakwa
Syiah ada bermacam-macam, ada yang ekstrim dan ada
pula yang sederhana. Kita tidak menafikan hakikat ini.
Memang ada yang sederhana seperti Zaidiyyah. Merekalah
yang paling hampir dengan Ahlus Sunnah. Tetapi kita
ingin tegaskan bahwa yang dominan hari ini ialah
Imaamiyyah. Golongan Syiah inilah yang sedang kita
hadapi sekarang ini.
 
 
Pembedaan Yang Lain:
 
Selain perbedaan di atas iaitu Taqiyyah dan Ghadir
Khum, maka di bawah ini akan dinyatakan serba ringkas
perbedaan yang lain antara Ahlus Sunnah dan Syiah,
iaitu:
 
 
Al-Quran:
=========
            
Syiah: Sebenarnya jumlah ayat Al-Quran adalah 17,000
ayat. Tidak seorangpun yang dapat menghafalnya kecuali
Ali dan keturunannya. Namun demikian ulama Syiah
mengizinkan untuk mempelajari Al-Quran sekarang
menjelang munculnya yang asli itu. (Lihat Al-Kaafy
Minal Ushul 1:228, 2:634, 2:633)
 
Ahlus Sunnah: Jumlah ayat Al-Quran adalah 6326 ayat.
Dia telah dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat
hingga sampai akhir zaman. Allah memberi jaminan ia
tidak boleh dipalsukan hingga Hari Kiamat. (Lihat
Surah Al-Hijr 15:9)
 
 
Al-Hadis:
=========
 
Syiah: Sunnah dan Hadis menurut mereka ialah apa yang
disabdakan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dan
apa yang diucapkan oleh para Imam Syiah yang ma’shuum.
Kitab hadis utama bagi mereka ialah Kitab Ushuul
Al-Kaafy (bukan Bukhari dan Muslim). Lihat: Thabthabai
hal. 9 dan UUD Iran fasal 2.
 
Ahlus Sunnah: Sunnah ialah apa yang dikatakan,
dikerjakan dan diikrarkan oleh Rasulullah (sallallahu
alaihi wasalam) atau sifat/akhlak beliau. Kitab hadis
yang paling mu’tabar ialah Bukhari dan Muslim. (Lihat:
A’azami hal. 3)
 
 
Imamah:
========
 
Syiah: Imamah adalah satu rukun Iman. Kepimpinan
spiritual (rohani), pendidikan, agama dan politik bagi
umat Islam telah ditentukan Allah secara turun-temurun
sampai dengan imam yang ke-12. Semua imam berasal dari
keturunan Fatimah puteri Rasul (sallallahu alaihi
wasalam) dan kedua puteranya Hasan dan Husein.
Kemudian dibatasi pada keturunan Husein yang menikah
dangan Syahbanu puteri Yazdajir Kaisar Persia yang
ditakluk oleh tentera Islam di zaman Umar Ibnu
Al-Khattab.
(Lihat: Thabthabai hal. 190-211; Ali Hassan hal.
230-231). Mereka juga mendakwa para imam mereka
semuanya ma’shum. Dalam kitabnya Al-Hukumat
Al-Islamiyyah hal. 91, Khumaini berkata: “Para imam
itu tidak pernah lupa atau lalai, dan ilmunya
mencakupi segenap kemaslahatan kaum muslimin”. Dan
katanya lagi: “Imam 12 itu telah sampai ke suatu
martabat yang tidak mungkin dapat dicapai oleh
Malaikat atau para Nabi yang diutus Tuhan”. Lihat
kitab yang sama hal. 64.
 
Ahlus Sunnah: Pergantian kepimpinan (imamah) secara
turun temurun adalah suatu yang masih diperselisihkan.
Yang paling afdhal adalah melalui syura (musyawarah).
Yang ma’shum hanya para Nabi atau Rasul. Selain mereka
tidak ada yang ma’shum. Dan yang mengetahui perkara
ghaib hanya Allah. (Lihat Al-A’raaf :188).
 
 
Sahabat-sahabat:
================
 
Syiah: Ulama Syiah menyatakan bahwa dua di antara
Khulafa Al-Raasyidin iaitu Abu Bakar dan Umar
(radiallaahu anhuma) telah sengaja memerangi Islam
dengan jalan menghapuskan hadis-hadis Nabi sehingga
mereka berdua dapat bebas menafsirkan Al-Quran sesuai
dengan kepentingan peribadi mereka. Dan seterusnya
mereka menuduh ketiga-tiga Khulafaa Al-Rasyidin iaitu
Abu Bakar, Umar dan Usman telah mengkhianati janji
mereka dengan Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam).
(Lihat Mahdi Al-‘Askary hal. 34-38)
 
Ahlus Sunnah: Ulama Ahlus Sunnah berpendapat bahwa
semua sahabat bersifat adil dan jujur, dan tidak
seorangpun di antara mereka yang sengaja mendustakan
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) oleh itu semua
sahabat Nabi mestilah dimuliakan. (Lihat At-Taubah
9:100, Al-Fath 48:18 dan 29)
 
 
Kesimpulan:
============
 
1.      Setelah kita halusi perbedaan Ahlus Sunnah
dengan Syiah di atas jelaslah bagi kita bahwa
perbedaan antara dua puak tersebut bukan hanya pada
perkara cabang (furuu’) sebagaimana dakwaan Syiah dan
sesetengah Ahlus Sunnah yang masih jahil, tetapi juga
perkara asas dan perinsip (Ushuul).
 
2.      Banyak lagi perbedaan selain di atas, seperti:
Nikah Mut’ah, Ahlul Bait, Perkara Ghaib, Syare’at dan
Hakikat Akidah Al-Raj’ah, Akidah Thiinah dan lain-lain
lagi.
 
3.      Semoga dengan pendedahan yang sederhana ini
berdasarkan sumber yang mu’tamad dari masing-masing
akan membuat kita lebih yakin akan kebenaran Ahlus
Sunnah Wal Jamaa’ah dan sebaliknya tidak akan bersikap
bertolak ansor dengan puak Syiah. Semoga Allah
melindungi kita dan dan anak cucu kita dari perangkap
taqiyyah mereka, amin ya Rabbal ‘Alamin.
 



       
____________________________________________________________________________________
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story. Play 
Sims Stories at Yahoo! Games.
http://sims.yahoo.com/  

Kirim email ke