Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]> wrote: To: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
From: Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Sun, 29 Jul 2007 18:10:37 -0700 (PDT)
Subject: [NaqibNet-Operasi] Antara yang Popular dan Tidak Popular, Ganjaran
yang Sedikit dan Ganjaran yang Banyak...
Salam~
Boleh saya berkongsi satu perkara yang terlintas di kepala saya? Sebelum itu,
maaf dipinta kerana 'lintasan hati' ini tidak bersandarkan nas-nas yang tepat
kerana saya menulis secara rambang sahaja. Ini bukan research paper, hanya
sebuah 'lintasan hati'.
Di dalam Islam, seringkali disebutkan golongan yang 'sedikit' yang mendapat
habuan yang besar dari ALlah SWT. Dalam surah AlWaqiah disebutkan tentang
golongan... Assabiqunassabiquun.... "ramai dari golongan orang yang terdahulu,
dan sedikit dari orang yang terkemudian (zaman ini)...". Kalau kita kaji lagi
di dalam AlQuran tentang 'golongan orang yang terdahulu pula', mereka adalah
golongan yang kecil berbanding dengan ummat pada masa itu. Lesson learnt,
orang-orang yang mendapat 'special position' di sisi ALlah SWT ini adalah
golongan minoriti.
Mari kita lihat bab sembahyang pula. Kalau kita ni regular solat kira dah
baiklah tu, insyaALlah. Namun kalau kita sembahyang jamaah di masjid.... 27
kali ganda. Again, sedikit sekali orang yang sembahyang berjemaah di masjid
kalau kita ambil ratio total umat Islam. Sebab itu Allah beri pahalanya 27x
ganda.
Satu lagi contoh. Menolong orang yang susah (dengan bersedekah). Kalau saya
sedekah RM 100 kepada fakir miskin di Malaysia... alhamdulillah ALlah SWT
memberi ganjaran yang sewajarnya kepada saya, insyaALlah dengan janji-janjinya
sebagiamana termaktud di dalam AlQuran dan Al-hadith Rasulullah SAW.
Bagaimana kalau saya sedekah RM 100 kepada golongan fakir dan tertindas pula?
Hmm.... munkin Allah melipatgandakan pahalanya pula. Bagaimana pula jika RM
100 itu disedekahkan kepada golongan fakir yang tertindas dan berjuang
(berjihad) menentang penindasan/penjajahan? Hmmm, logiknya lebihlah
pahalanya.... Bagaimana pula jika mereka golongan fakir yang tertindas
,berjuang (berjihad) menentang penindasan/penjajahan dan seringkali DILUPAKAN?
InsyaAllah saya yakin, pahalanya berganda-ganda lagi.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan para dermawan,
Kantung Tabung Baluchistan masih lagi 'kosong'. Setakat ini baru mendapat
RM200. Munkin anda sudah' juak' melihat orang-orang Afghan ke hulu ke hilir
meminta-minta di pinggir-pinggir jalanan atau di kedai-kedai kopi dan di
pejabat-pejabat. SEbelum kita blaim mereka, mari kita bayangkan yang pelarian
Afghan di sempadan Pakistan ada sekitar 6 juta, dan di sempadan Iran sekitar 7
juta. Ini berdasarkan maklumat yang saya ada. Tentunya dengan tiada peluang
pekerjaan dan keadaan mukabumi yang kering kontang, mereka terpaksa berbuat
sesuatu. Ingatkah lagi pada suatu masa dahulu, Afghanistan seringkali menjadi
sebutan kita kerana berjaya mengalahkan Soviet Union? Bagaimana semangat
bahawa Islam boleh mengalahkan Barat dengan ketenteraan yang sudah lupus sejak
kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dihidupkan semula oleh mereka? Walaupun hasil
dari kemenangan tersebut, berlaku masalah-masalah lain tetapi hakikatnya
mereka telah berjasa kepada umat Islam. Mari kita lihat dari
sudut yang positifnya. Jangan kita 'juak' kepada golongan mustadafin...
mereka sebenarnya adalah ujian kepada kita. Isu Afghan nampaknya sudah tidak
popular lagi. Tiada gempa bumi, tiada puluhan ribu manusia yang maut. Namun,
sebenarnya dengan 13 juta pelarian di sempadan Pakistan dan Iran itu, ianya
adalah merupakan satu 'time bomb' humanitarian disaster yang akan meledak
sekiranya mereka dilupakan terus oleh umat Islam. Jangan kita tunggu ada orang
mati kebuluran baru kita bersibut-sibuk membantu. Ingatlah kepada anak-anak
kecil yang tidur tanpa khemah, beratapkan bulan dan bintang, jika hujan....
musim sejuk yang akan menjelang.....only Allah knows....
Dengan rendah hati, saya rayu anda untuk membantu Tabung Mangsa Banjir
Balochistan.
Wassalam~
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
Humanitarian Activist
*** jika boleh pohon disebarluas rayuan ini ke mail groups yang lain, terima
kasih ***
Pohon sumbangan anda disalurkan kepada akaun:
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
Bank 1: Maybank Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun: 562209608847
Bank 2: Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun:
12113010005797
Harap email makluman sumbangan anda ke email [EMAIL PROTECTED] atau telefon
03-41089669 (Cik Ee Azeani) atau faxkan bank-in slip anda ke no fax:
03-41071754.
----- Original Message ----
From: Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, July 25, 2007 10:24:52 PM
Subject: DANA UNTUK MANGSA BANJIR DI BALOCHISTAN, PAKISTAN
Salam~
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati oleh Allah SWT dengan iman dan limpahan
rezeki yang melimpah ruah.
JIM INTERNATIONAL sedang mengumpulkan DANA untuk membantu sebuah perkampungan
di daerah Balochistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan yang
mengalami hujan lebat dan banjir kilat akibat Cyclone Yemyin yang melanda
daerah tersebut pada akhir bulan Jun 2007 yang lalu.
Secara umumnya kesan kemusnahan dari Cyclone Yemyin, sekitar 1 juta orang
kehilangan tempat tinggal di daerah Balochistan dan Sindh. Sila rujuk
attachment Flyer Hidaya Foundation USA yang memberi gambaran kemusnahan di
daerah tersebut. Ribuan kampung tenggelam di dalam air, merosakkan rumah-rumah
yang dibuat dari tanah liat dan juga memusnahkan tanaman.
Ingatkah anda, pada 1427H yang lalu JIM International telah menggalang dana
untuk melaksanakan iftar, membina telaga air dan melaksanakan projek Qurban di
sebuah perkampungan di Balochistan? Untuk makluman semua, perkampungan
tersebut berada kira-kira 30 km dari Chaman di sempadan Pakistan dan
Afghanistan. Wakil dari perkampungan tersebut, Syed Muhammad Anwar telah
menefon saya dari sana memohon bantuan dari anda dengan kadar segera di kem
pelarian beliau di sana.
Perkampungan Kem Pelarian Afghanistan kelolaan Syed Muhammad Anwar terdiri
dari 550 khemah. Berdasarkan kepada anggaran 5-6 orang satu khemah, jumlah
penghuni di kampung tersebut ialah sekitar 2500 orang. Dari jumlah tersebut
ada 85 keluarga ibu tunggal dan kira-kira 470 orang pelajar berada di maahad
tahfiz di situ. TELAGA AIR yang disumbangkan oleh JIM INTERNATIONAL melalui
sumbangan anda para dermawan adalah satu-satunya telaga air untuk 550 khemah
tersebut. MasyaAllah...
Disebabkan oleh hujan dan banjir tempoh hari, 55 khemah telah musnah total dan
kira-kira 20 orang telah mati akibat penyakit yang berkaitan dengan banjir.
Khemah-khemah yang rosak tentunya lebih banyak lagi. Ramai lagi yang masih
sakit-sakit.
Pada masa ini, bantuan ke daerah tersebut ada sedikit dari Brunei, Arab Saudi,
Oman dan Emirates. Ada dalam bentuk khemah, makanan dan ubatan. Namun ianya
bukan dari NGO tetapi dari individu-individu yang prihatin seperti anda semua.
Bantuan-bantuan United Nation biasanya melalui kerajaan Pakistan dan tidak
sampai ke daerah mereka. Walaupun seperti ramai yang membantu, tetapi apabila
ada 6 juta orang pelarian Afghanistan di sekitar perbatasan Pakistan dan
Afghanistan tentunya ianya satu krisis humanitarian yang sangat kritikal yang
tidak dapat dibantu kesemua mereka.
JIM INTERNATIONAL ingin merayu kepada anda yang prihatin untuk membantu mereka
di perkampungan ini. Kita tahu kemampuan kita yang sedikit, tetapi kita harus
membantu kepada saudara-saudara kita yang memerlukan ini. Ini sikap kita
sebagai sebahagian dari ummah Rasulullah saw. Dengan resource yang sedikit,
biarlah kita fokus membantu perkampungan ini. Mari kita sama-sama angkat
kampung ini sebagai "KAMPUNG ANGKAT KITA". Bantuan-bantuan dalam kadar segera
yang diperlukan adalah untuk membeli Khemah dan assessorinya (karpet). Saiz
khemah bergantung kepada saiz keluarga (antara 6m x 5 m dan juga 8m x 7m).
Selain dari itu, bantuan kewangan untuk ubat-ubatan dan makanan juga
diperlukan.
Ringkasannya, apa yang diperlukan beserta bajetnya adalah:
(1) KHEMAH: Khemah, karpet dan keperluan asas =25 buah khemah. Setiap KHEMAH
kosnya sekitar RM 800. Total keperluan = RM 800 x 25 KHEMAH = RM 20,000
(2) MAKANAN DAN UBAT-UBATAN: RM 5,000.
Pihak kami berharap dapat mengumpulkan jumlah tersebut secepatnya minggu
depan, jika tidakpun sebahagian besarnya kita harap sangat dapat dikumpulkan
untuk mengurangkan kesengsaraan mereka seberapa segera.
Pohon sumbangan anda disalurkan kepada akaun:
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
Bank 1: Maybank Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun: 562209608847
Bank 2: Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun:
12113010005797
Harap email makluman sumbangan anda ke email [EMAIL PROTECTED] atau telefon
03-41089669 (Cik Ee Azeani) atau faxkan bank-in slip anda ke no fax:
03-41071754.
Semuga segala bantuan anda dimanafaatkan mereka. Doa-doa orang yang kena
zalim dan tertindas ini, insyaALlah tiada hijabnya antara mereka dan ALlah SWT.
Moga-moga kita yang menyumbang ini diampuni dosa kita dan digolongkan
bersama-sama orang yang membantu agama ALlah SWT, ameen.
Wassalamu 'alaikum warahmatullah.
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
Projek Bantuan Baluchistan, JIM International
*** jika boleh pohon disebarluas rayuan ini ke mail groups yang lain, terima
kasih ***
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV.
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
karisma.jim.org.my
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.