Asmwbkth... Dalam risalah tentang Jihad yang dimurnikan..., Brother Harun
El-Hui dari tanah besar China... ada sebut dihujungnya, apabila keadaan
memerlukan, orang beriman dituntut untuk berjuang mempertahankan tanah air
mereka, dan kehormatan mereka, dan harta mereka, dan Aqeeedah mereka, dan nyawa
mereka; walaupun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri ... ...
Dan ini, dikatakan sebagai keganasan oleh Anasir Subversif Barat... WALLAHu
alam.
AKAD
============================================================.
ahmad khairy ahmad domil <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Asmwbkth...
AKAD pun InsyaALLAH akan ada juga dari awal subuh gelap... InsyaALLAH dalam
komuter, dan LRT, AKAD akan mulakan serangan (Dakwah Islamiyyah dan Dakwah
Islahiyyah) kepada mad`u kapir dan mad`u Muslim yang Jahil atau lalai....
AKAD pernah berada dalam sesi kaedah berdakwah yang disertai role-play oleh
akhi Aizuddin Nuruddin... Very interesting, dan systematic...
AKAD pulak, mengambil pendekatan dakwah B.A. B.J.T.B... (Bellasah Aja.
Balun, Jangan Tak Balun)
AKAD ada student MBA, dari tanah besar China. Namanya Brother Harun El-Hui.
Dia ni orang ISLAM keturunan Hui. Sangat seddap bertutur Mandarin dengan dia.
Sangat halus dan lunak bahasa Mandarinnya..., Macam Lao Tze AKAD, Bro
Muhammad Irsyad El- Uygur. Berbalik kepada bro Harun, Dia heran, kenapa
Malaysia negara Muslim, tapi orang kapir, terutama orang Cina, rata-rata tak
tahu tentang ISLAM... Itu panjang cerita AKAD dengan dia. AKAD beri dia
artikel PERKIM tentang Jihad, untuk dimurnikan... dan dia buat. Dia kata
risalah PERKIM tentang Jihad, banyak berbicara tentang Holy war, Holy war, Holy
war. Ini adalah pandangan barat katanya . Dia murnikan. Hasilnya; penceritaan
tentang usaha bersungguh-sungguh untuk melawan hawa-nafsu, bersungguh-sungguh
melakukan kebaikan, bersungguh-sungguh meninggalkan kejahatan,
bersungguh-sungguh mengajak manusia melakukan kebaikan, bersungguh-sungguh
mengajak manusia menggalakkan kebaikan, bersungguh-sungguh membenteras
kejahatan,
bersungguh-sungguh mengajak manusia meninggalkan kejahatan, bersungguh-sungguh
mengajak manusia membenteras kejahatan. Syukur ALHAMDULILLAH... Nanti
InsyaALLAH AKAD scan dan postkan ke mailist, supaya antum pun boleh kongsi
pengertian sebenar Jihad, kepada orang Cina kat Malaysia ni...
AKAD juga ada artikel Mandarin yang berbunyi; "Who is ALLAH". InsyaALLAH tak
lama lagi AKAD akan edarkan risalah ini kpd kaum Cina di Malaysia.
Sekarang ni, bila AKAD buat dakwah kepada orang kapir..., AKAD ra`i-kan
betul-betul Si Pak Lah Badawi... AKAD kata; our PM says I can share with you
this story... AKAD pun sampaikan risalah yang mahu AKAD sampaikan... AKAD tak
mbohong dia orang. Sebab Pak LAH pernah sebut yang dia galakkan interfaith
dialogue supaya ISLAM lebih dikenali dengan lebih dekat orang kapir. Dengan
kata lain..., maknanya share info tentang ISLAM dengan orang kapir laaa...
Orang kapir bila dengar AKAD kata gitu; mereka biasanya senyum dan kata thank
you... Lepas tu kalau Cina, AKAD kata; "Yeee Chiek Shooon Li ! InsyaALLAH!
{selepas beriman}. Maknanya; All The Best ! InsyaALLAH !! {selepas beriman}.
Kalau dengan orang India, lepas kongsi tentang ALLAH S.w.t., dan Islam, dan
Naranshangsa (The Praised One; Muhammad S.a.w.) dengan mereka, AKAD kata;
"Valtukel ! InsyaALLAH !! {selepas beriman}. Maknanya; All The Best !
InsyaALLAH ! {selepas beriman}. Biasanya, mereka semua akan senyum
lebor nak koyak mulut, dan kata; "thank you". Nota: {kurungan ini },
bermaksud, AKAD cakap dengan suara yang sangat rendah.
Ini laaa sikit lagi lipur lara drp AKAD.... Dah 2:40a.m. Tapi mata kata
tulis lagi laaa bang. AKAD nak respon email yang lain pulak... . JzJFKK... .
AKAD
===========================================================.
Amirul Letfee <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Salam..
noted.
AMIRUL
- insya Allah, untuk siri akhir ni, ade sehingga akhir sesi -
ab rahim abdul hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Salam.
Sabtu 25 Ogos nanti ialah hari terakhir batch pertama Program DDMM di
Masjid Jame, Kuala Lumpur.
Antara kemuncak program tersebut ialah keluar bertemu Masyarakat di sekitar
Masjid Jame, Masjid India, Dataran Merdeka dan Jalan Pasar Melayu di depan
Masjid India.
Oleh kerana ana dan Kak Ros ade kenduri anak saudara di Taiping, so kami tak
dapat bersama hari tersebut, So ana nak minta tolong sangat-sangat kepada semua
JKDP yang berkelapangan turun padang membantu pada pagi Sabtu tersebut.
Ana dah dapat persetujuan dari Cik Gu Kamaruzaman untuk turun padang dan ana
harap bro AKAD dan bro Johan dll tak akan lepas peluang untuk berdakwah. Ana
juga akan minta pertolongan dari Biro Dakwah JG dan JIM Ampang Jaya untuk
sama-sama membantu .
Di samping itu harap Amirul dapat bawakan bersama borang keahlian JIM kerana
ade beberapa permintaan dari peserta yang ingin memohon menjadi ahli JIM.
Untuk Program Bulan Ramadhan di Masjid Jame, ana bercadang nak penuhkan 4
Sabtu pagi dengan penkongsian dengan saudara-saudara baru yang berbagai kaum,
yang datang dari Australia, USA, Singapura dan Malaysia. Sekiranya ade cadangan
lain, harap dapat kemukakan kepada JKDP.
Wassalam
Date: Sat, 18 Aug 2007 20:19:13 -0700 (PDT)
From: Nor Firdous Mohamed <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Cadangan DDMM
To: [EMAIL PROTECTED]
Salam
Terima kasih atas nota serta kata-kata semangat yang sering Brother Rahim
berikan kepada para peserta.
Berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu depan, iaitu sesi
praktikal menyampaikan dakwah di sekitar Masjid Jamek, di sini saya ingin
mengusulkan cadangan untuk difikirkan bersama.
Di dalam program DDMM minggu lepas, telah diadakan role play oleh peserta
selepas sahaja pembentangan mengenai metod dakwah oleh Brother Aizuddin. Namun
pada pendapat saya role play yang oleh peserta tidak cukup meyakinkan diri
saya untuk turun padang pada minggu depan. Hasil dari perbincangan, pendapat
ini disetujui bukan saya sahaja malah dari rakan-rakan akhwat yang lain.
Malahan ada yang menyatakan tidak yakin dengan dirinya untuk berkata-kata depan
seseorang yang tidak dikenali memandangakan dirinya sememangnya pendiam.
Maaf jika saya nampak terlalu rigid di sini, ini kerana saya merupakan
trainee dalam klinikal psikologi, sebagai seorang therapist kami ditekankan
dengan pelbagai metodologi semasa berjumpa dengan pesakit serta kami mempunyai
pendekatan yang tertentu ketika berjumpa pesakit yang berlainan. Ada teknik
psikologi bagaimana mahu menarik hati pesakit agar ingin bercerita dan
berkongsi masalah mereka bersama therapist. Hal ini bukan sahaja perlu ada
ilmu, malahan approach dan teknik yang betul turut memberi impak yang positif.
Saya yakin ketika menyampaikan dakwah juga, mungkin ada approach yang sesuai
bergantung kepada situasi yang tertentu. Oleh itu saya ingin mencadangkan, jika
dipersetujui dan difikirkan munasabah oleh encik agar mengadakan sesi role
play yang dijalankan oleh mereka yang telah berpengalaman ketika menyampaikan
dakwah untuk para peserta observe and learn. Saya ingin sekali melihat
bagaimana mereka yang berpengalaman menyampaikan ilmu, dan bagaimana mereka
menghadapi kritikan-kritikan dengan cara yang baik dan berhemah ketika
menyampaikan dakwah.
Selain itu, saya ingin cadangkan jika diadakan sesi untuk berkongsi pendapat
di kalangan ahli peserta mengenai halangan-halangan di dalam ahli peserta
sebelum mereka benar-benar turun padang dan berjumpa dengan orang ramai.
Segala salah dan silap adalah di atas kelemahan diri saya sendiri diharap
diperbetulkan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
"Kehidupan bukan semuanya syurga,Kehidupan ada gerak gempurnya
juga,Tetapi neraka-neraka kecil yang datang sesekali itulah yang memberi erti
apa sebenarnya kehidupan" (A.Samad Said)
karisma.jim.org.my
.
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.