Tajuk: DIDIK ANAK CARA ISLAM
Penulis: Syaikhah Abdullah
Penerbit : Karya Bestari / Alaf 21
Halaman: 144
Harga: RM3.00
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_DidikAnak.htm
Setiap anak yang lahir ke dunia ini adalah suci bersih
daripada segala dosa dan syirik. Ibu bapalah yang
menentukan sama ada seseorang anak itu muslim atau
kafir. Mukmin atau munafik. Soleh atau ahli maksiat.
Ibu bapa yang bijak tidak akan mensia-siakan peluang
ini bagi memastikan anak yang dilahirkan menjadi
seorang yang soleh dan membantu ibu bapa untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Islam sebagai agama yang syumul telah menggariskan
beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu
bapa semenjak bayi itu dilahirkan sehinggalah dia
mencapai usia baligh dan seterusnya dewasa. Antaranya,
mengadakan akikah, melakukan belah mulut, mengazankan,
memberi nama yang baik, mengkhatankan dan memberikan
didikan agama yang secukupnya. Ini bagi memastikan
anak tersebut memulakan hidupnya dengan peraturan
syarak. Seterusnya mempraktikkan dan menjadikan Islam
sebagai cara hidup sehingga meningkat dewasa.
Buku ini memberikan garis panduan secara ringkas dan
padat kepada ibu bapa yang inginkan kaedah terbaik
dalam mendidik cahaya mata yang baru dilahirkan. Semua
yang terdapat dalam buku ini adalah berdasarkan sunnah
Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang inginkan panduan
sebenar dalam mendidik anak, dapatkan buku ini di pasaran.
____________________________________________________________________________________
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!
http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7