Cakap jangan sebarang cakap; ingat pepatah melayu...

Kalau ada ngo yang membadzir duit, mungkin (stress: MUNGKIN), mereka itu 
terdiri dari ngo pemerintah yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan. Dan 
setahu saya, terdapat banyak lagi ngo yang tidak mendapat bantuan sedemikian.


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:                                  
itu lah dunia, ada kuasa, org sayang, takde kuasa,
 orang tak pandang. lagipun inilah yg dipanggil
 survival. apalah sangat pendirian politik tue. yg
 penting politik yg boleh menjana kekayaan dan kuasa.
 dan itulah asas kenapa org zaman sekarang nak masuk
 dan bergiat aktif dalam politik. senang nak dapat
 duit, harta kekayaan dan kuasa. kalau setakat nak
 berbakti kepada bangsa dan negara, masuk NGO. banyak
 apa NGO yg buat keje2 amal .... tapi apsal tak nak
 masuk NGO? .... psl NGO nie bukan aje tak boleh buat
 duit ... buang duit lagi ada laaaaa ..... hahaha!!!
 
 --- [EMAIL PROTECTED],
 [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 >       Mahathir 'meletup', jalan damai dengan
 > Abdullah Badawi sudah berkubur!
 > 
 >                                     Mohd Rashidi
 > Hassan      
 >          Fri | Aug 17, 07 | 04:33:07 PM             
 >               Walaupun perjumpaan Tun Dr Mahathir
 > Mohamad dengan Perdana Menteri di   Langkawi masih
 > baru, dengan paparan gambar makan semeja dengan
 > Timbalan   Perdana Menteri, semuanya itu tidak boleh
 > dijadikan asas untuk berdamai,   semuanya sudah
 > buntu, kecuali jika hanya Dato' Seri Abdullah Ahmad
 > Badawi   meninggalkan tampuk pemerintahan.  
 > 
 > Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama
 > English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk
 > melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit
 > GPRS (General Packet Radio Service) anda.
 > -->
 >  Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya,
 > kelmarin (15 Ogos) begitu   mengejutkan, nadanya
 > amat keras, tiada tanda-tanda kesihatannya boleh  
 > menghentikan ketegasannya menolak kepimpinan Umno
 > yang ada sekarang. 
 >  Mantan Perdana Menteri Malaysia mengajak seluruh
 > rakyat Malaysia, khususnya   orang-orang Umno
 > memikirkan semula sokongan yang diberikan kepada  
 > penggantinya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
 >  Mahathir bukan sahaja menempelak Abdullah, bahkan
 > beliau menggesa rakyat,   khususnya orang-orang
 > Melayu dalam Umno untuk menolak kepimpinan orang
 > yang   dipilihnya menggantikan beliau empat tahun
 > lalu kerana Malaysia sudah   diibaratkan sebagai
 > 'rotten state'. 
 >  Pada majlis perjumpaan yang dianjurkan oleh
 > pengendali laman web dan blog   di Yayasan
 > Kepimpinan Perdana anjuran Majlis Prihatin Malaysia
 > (PRIMA),   Mahathir sudah tidak boleh menutup
 > kemarahannya yang membuak-buak terhadap   Abdullah. 
 >  Selepas 22 tahun menerajui Umno, empat tahun
 > mewariskan kepada Abdullah,   Mahathir begitu kecewa
 > dengan partinya sendiri. 
 >  Mahathir tidak segan mengulangi betapa kesetiaannya
 > kepada Umno, tetapi   tidak boleh menyembunyikan
 > betapa ahli-ahli Umno kini seolah-olahnya   manusia
 > yang tidak bermaruah dan tiada harga diri. 
 >  Dalam ucapannya Mahathir berulangkali mengungkit
 > betapa maruah perwakilan   Umno Kubang Pasu, dalam
 > pemilihan G7 tahun lalu, digadaikan dengan hanya  
 > RM200 sahaja. 
 >   Berdiri tiga jam membelasah Abdullah 
 >  Bagi Mahathir, kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi
 > bukan sahaja merosakkan   kerajaan, malah
 > menghancurkan parti Umno kerana membenarkan rasuah  
 > berleluasa dalam parti, menjadikan ahli partinya
 > penakut seperti 'lembu   dicucuk hidung'. 
 >  Di sebalik mengalami beberapa serangan jantung,
 > Mahathir begitu bertenaga   berdiri hampir tiga jam
 > untuk berucap dan menjawab pelbagai persoalan yang  
 > dibangkitkan para hadirin. 
 >  Jelas Mahathir tidak segan untuk menyifatkan orang
 > Melayu bacul kerana akan   mengundi Umno pada
 > pilihan raya akan datang, walaupun parti itu akan  
 > meletakkan 'tunggul� sebagai calon. 
 >  Mahathir menempelak Melayu dalam Umno yang
 > disifatkan tiada pendirian,   tiada jati diri dan
 > tiada maruah. 
 >  �Saya kecewa dengan kaum saya�kalau letak tunggul
 > kayu pun mereka akan   sokong kerana tunggul kayu
 > itu tunggul Umno,� katanya. 
 >  Mahathir mahu orang Melayu mencontohi kebijaksanaan
 > kaum Cina yang tahu   menilai kewibawaan sesebuah
 > parti dan melihat kredibiliti calon sebelum  
 > mengundi. 
 >  Bekas Presiden Umno itu mendakwa ahli-ahli parti
 > tersebut tidak mempunyai   pemikiran strategik
 > ketika membuat keputusan dalam pilihan raya seperti 
 >  pengundi Cina. 
 >  Dengan nada kesal Mahathir berkata orang-orang
 > Melayu khususnya ahli Umno   tetap akan memberikan
 > undi kepada parti itu walaupun pemimpin parti itu  
 > menjual agama, bangsa dan negara. 
 >   Majlis Tertinggi Umno tidak berfungsi 
 >  Menambah kekecewaannya yang tidak terubat itu,
 > Mahathir dengan nada keras   mengkritik Majlis
 > Tertinggi Umno kerana seolah-olahnya tidak berfungsi
 > lagi   sebagaimana MT pada zamannya menerajui Umno
 > selama lebih 22 tahun. 
 >  Bukan sahaja ahli-ahli Umno yang 'bacul' malah
 > anggota MT juga sama, tidak   berani menegur dan
 > hanya menyerah tunduk kepada keputusan yang dibuat
 > oleh   Presiden dengan dibantu oleh Timbalan
 > Presiden. 
 >  �Sekarang kesetiaan kepada pemimpin (dirujuk kepada
 > Abdullah lebih daripada   setia kepada raja. Kalau
 > tak sanggup menentang itulah nasib kita�kalau tak  
 > berani menentang, kita akan jadi kuli di negara kita
 > sendiri,� katanya. 
 >  Di sebalik kecaman kerasnya kepada Abdullah,
 > Mahathir pada masa yang sama   menafikan beliau
 > menyebelahi pembangkang, tetapi setia dengan Umno
 > untuk   memperjuangkan agama, bangsa dan negara. 
 >  �Saya menyebelahi parti Umno tidak bermakna saya
 > menyebelahi pemimpin   parti. Dulu saya lawan Tunku
 > (Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra) sebab saya  
 > sayang Umno tapi akhirnya dia dengar dan berundur. 
 >  �Saya sebelahi parti (Umno) tetapi itu tidak
 > bermakna saya menyebelahi   pemimpin parti
 > (Abdullah),� ujar beliau. 
 >   Isu-isu yang dibangkitkan dan diulangi Dr Mahathir
 > 
 >  Pada peringkat awal ucapannya, Mahathir dengan
 > tegas mengkritik pelancaran   Koridor Utara yang
 > dilancarkan Abdullah baru baru ini. 
 >  Beliau dengan tegas menyatakan kekesalannya, pada
 > ketika zaman   pentadbirannya melancarkan projek
 > sejumlah RM 2 billion yang dianggap mega   Mahathir
 > menerima kritikan yang pedas. 
 >  Namun katanya, apabila Abdullah melancarkan projek
 > jauh lebih mega sehingga   berbelas billion, semua
 > mendiamkan diri dan tidak berani menegur Abdullah. 
 > Secara sinis Mahathir berkata, PM begitu rajin
 > mengumumkan projek mega   untuk pembangunan negara,
 > "but nothing on the ground." 
 >  Begitu juga dengan Syarikat Berkait Kerajaan (GLC)
 > sekarang itu tidak wujud   untuk kepentingan rakyat
 > jelata, malah ia disalahgunakan untuk  
 > memperkayakan individu tertentu dari kalangan
 > keluarga, katanya. 
 >  Mahathir juga terus menempelak kerajaan khususnya
 > dalam kelemahan   pengendalian penjualan MV Agusta
 > dengan harga 1 Euro. 
 >  Malah Mahathir mendedahkan kemungkinan perundingan
 > antara Proton dengan   Volkswagen juga akan
 > merugikan negara apabila syarikat asing tersebut  
 > dikatakan mahu membeli kepentingan 51 peratus dalam
 > Proton hanya dengan RM1   sahaja. 
 >  Jika benar, fenomena ini begitu memalukan. Apakah
 > kerugian Proton yang   menjadi kebangaan rakyat
 > begitu besar sehingga terpaksa digadaikan kepada  
 > syarikat asing hanya dengan RM1? 
 >  Mahathir membuat pendedahan ini bukan sebagai
 > rakyat biasa, beliau adalah   Penasihat Proton dan
 > juga Penasihat Petronas yang dilantik secara rasmi  
 > oleh kerajaan. 
 >  "Well you know this country, this is not British
 > Advisor, this is Malaysian   Advisor," perlinya,
 > merujuk kepada perlantikan yang menafikan sebarang  
 > peranan kepada beliau. 
 >  Sepanjang ucapan dan soal jawab bersama beliau,
 > Mahathir turut   membangkitkan isu 'panas' yang
 > didakwanya Abdullah begitu takut dan tunduk   kepada
 > kehendak Singapura antaranya, pembinaan jambatan,
 > Kompleks CIQ, isu   air, isu penjualan pasir, isu
 > wang rakyat Malaysia dalam Central Provident   Fund
 > (CPF) Singapura dan juga isu Pulau Batu Putih. 
 >   Persepsi Mahathir terhadap Abdullah 
 >  Kesimpulan, apa yang dipertegaskan Mahathir adalah
 > mengenai kredibiliti PM,   Abdullah tiada wibawa dan
 > tidak mampu menerajui kerajaan. 
 >  Kepada satu soalan yang mempersalahkan Mahathir
 > kerana melantik Abdullah   menjadi penggantinya,
 > beliau tidak menafikan, dahulu beliau melihat  
 > Abdullah seorang yang baik, "...tapi hati orang mana
 > kita nak tahu," katanya. 
 >  Secara jelas Mahathir mengulangi bahawa hasratnya
 > untuk melihat Abdullah   sebagai PM hanya satu
 > penggal sahaja dan selepas itu diberikan kepada
 > orang   lain. 
 >  Mahathir seolah-olahnya seperti gunung berapi yang
 > sedang meletup dan   memuntahkan laharnya.
 > Harapannya kepada Abdullah sudah musnah, negara
 > kelam   kabut, Umno sudah dihancurkan. 
 >  Kata Mahathir secara berseloroh, dulu daging
 > tangannya luruh dicium   anak-anak buah dalam Umno,
 > baru dua minggu melepaskan jawatan beliau  
 > kehilangan sebahagian besar sahabatnya. 
 >  "La (sekarang) ni daging dah tumbuh balik dah,
 > sebab tak dak sapa nak   cium," katanya sambil
 > ketawa. 
 >  Apa pun yang diperkatakan, apa pun yang diucapkan
 > Mahathir sebenarnya   adalah manfestasi daripada
 > kekecewaan yang amat sangat terhadap pengantinya  
 > yang semakin lembab dan hampas. 
 >  Masalahnya bukan sahaja rakyat sudah terpesong.
 > Sindrom mandom Umno yang   dibawa dan diwar warkan
 > oleh media sudah meresapi ke benak rakyat.  Siapakah
 > lagi yang boleh diharap untuk memperbetulkan
 > kemandoman ini?
 > 
 >        
 > ---------------------------------
 > Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
 > Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's
 > economy) at Yahoo! Games.
 
 __________________________________________________________
 Need a vacation? Get great deals
 to amazing places on Yahoo! Travel.
 http://travel.yahoo.com/
 
     
                       

       
---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 
       
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting  gifts for grads at Yahoo! Search.

Kirim email ke