Note: forwarded message attached.
       
---------------------------------


Assalamualaikum ana forwdkan email sahabat ana DR.DZULHAMKA isu ini dapat 
diperbincangkan dengan lebih baik...ana yakin beliau org yg agak arif dgn isu 
ini...mohon diperbincangkan..

----- Forwarded Message ----
From: dR. nATe <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, August 23, 2007 2:23:59 PM
Subject:  Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Kepada yang berkenaan,

 

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa 
terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang 
diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan 
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan 
babi.

 

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat 
difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang 
tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA 
APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA 
MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI 
TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP 
HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

 

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah 
memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. 
Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu 
sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan 
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh  umatnya? 

 

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, 
saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. 
Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan 
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama 
Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan 
kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat 
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. 
Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit 
yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan 
ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan 
dengan isu ini.

 

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami 
mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor 
veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan 
kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat 
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan 
babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. 
Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, 
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi 
memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik 
supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang 
merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga 
vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada 
babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

 

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat 
mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam 
amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat 
dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila 
memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan 
perkataan €  ’³desensitization€  ’´ yang digunakan oleh salah seorang yang 
menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana 
kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan 
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap 
vet ketika bergraduan.

 

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan 
terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini 
pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan €  ’¶ 
kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah 
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam 
setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang 
melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan 
pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit 
serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan 
menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal 
sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan 
saya, pelajar itu berkongsi gambar €  ’¶ gambar tersebut secara umum dalam 
internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar 
berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

 

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang 
dikategorikan sebagai najis €  ’³mughollazoh€  ’´ iaitu najis berat dalam 
feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah 
masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai 
seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. 
Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama 
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis €  ’³mughollazaoh€  ’´ tidak haram. 
Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis €  
’³mughollazoh€  ’´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu 
membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya 
dengan air €  ’³musta€  ’²mal€  ’´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang 
haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

 

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan 
€  ’±geli€  ’² atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah 
disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada 
usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses 
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan 
menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum 
menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit €  ’±geli€  ’² apabila kali 
pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing 
untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita 
merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik 
yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses 
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk 
ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang 
hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa 
terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing 
buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah 
ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang 
pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana 
memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya? 

 

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam 
tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. 
Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, 
minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin 
dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang 
dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya 
termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab 
manusia sebagai khalifah.

 

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama 
yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan 
veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh 
badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah 
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk 
solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan 
sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini €  ’³tidak 
berjangkit€  ’´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah 
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak 
tangannya, ia tidak €  ’³berjangkit€  ’´ jika anda bersalaman dengannya kerana 
tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet 
tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang 
sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara 
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi 
yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu 
was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada 
sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan 
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis €  
’³mughollazoh€  ’´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. 
Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik 
untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - 
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet 
muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana 
pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? 
Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki 
usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana 
membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang 
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang 
membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang 
samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya 
sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira 
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika 
anda mencarinya€  ’¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, 
elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada 
jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan 
dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

 

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab 
untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan 
dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan 
Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang 
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, 
menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah €  ’³jika 
anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong 
melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda€  ’´. Sebagai 
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang 
menyatakan €  ’³Tidak, kerana saya seorang Islam€  ’´. Senario ini harus kita 
ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan 
dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. 
Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, 
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua€  
’²lam

 

Saya mengalu €  ’¶ alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan 
fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah 
menghantar email kepada [EMAIL PROTECTED] co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk 
semua. Terima kasih.

 

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin

DVM, UPM

 

Disemak oleh,

Prof. Dr. Rasedee Abdullah

Pensyarah

Fakulti Perubatan Veterinar

Universiti Putra Malaysia




----- Original Message ----
Note: forwarded message attached. 


--------------------------------------------------------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 

Asm.
 
Saya dapat email ini dari egroup `orang awam'. Bukan dari egroup doktor haiwan. 
Justeru cerita sebenar berkenaan gambar2 ini saya tak tahu..
 
Bagi orang Islam awam ianya  menjijikkan dan seolah-olah menghina agama, tetapi 
bagi doktor haiwan saya belum pasti kerana dalam proses menjadi doktor haiwan 
mungkin ada banyak cabaran yang perlu dilalui.
 
Kalau sahabat-sahabiah semua ada hubungan dengan doktor haiwan, cuba tanyakan 
pada mereka adakah ini proses `disensitization' yang perlu mereka jalani 
sebelum menamatkan pengajian dalam jurusan Veterinar atau sebaliknya satu usaha 
menghina pegangan agama..
 
Kalau saya dapat maklumat yang betul mungkin saya dapat membantu egroup umum 
yang menyebarkan gambar ini...
 
Wassalam..

 attached.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com 

 

 tak tau ler aper agenda mereka nie..betul ke islam atau sajer mempermainkan 
islam..kekadang depa nie bukan islam tp pakai tudung tangkap gambar cam gitu 
semata2 nak main2..tp kalau betul depa islam.. kesian ek...

 

Subject: Bakal doktor haiwan....

 

Kirim email ke