Malam tadi di Masjid Bandar Baru Senawang ramai ibu
bapa dan anak-anak menangis teresak-esak , sedu sedan
hinggakan saya sendiri menangis apabila anak saya
datang peluk saya dalam keadaan menangis ketika
mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh
penceramah motivasi iaitu Ustaz Hj Abdullah Khairi bin
Hj Haroon.

Inilah Formula yang ditunggu-tunggu ketika masyarakat
kita sedang sakit dengan pelbagai gejala kerosakan
akhlak dan iman serta keruntuhan institusi rumahtangga
dan keluarga.

Ceramah oleh Ustaz Hj Abdullah Khairi menggunakan
pendekatan dalam bentuk persembahan multimedia
diselang seli dengan interaksi dengan penonton
terutamanya anak-anak.

Empat perkara utama yang ditekankan yang menjadi teras
Formula tersebut ialah ; Solat, Baca Al Quran, Doa dan
Hormat Ibu Bapa.

InsyaAllah pada mereka yang tidak berkesempatan untuk
mendengar ceramah tersebut boleh bersama dengan Ustaz
Hj Abdullah Khairi pada 9 September ini juga di
Senawang dalam 2 sessi berikut :

Ceramah Motivasi Perdana
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : 9 September 2007
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, Negeri Sembilan
Percuma , Terbuka untuk semua golongan lapisan
masyarakat

Kursus Motivasi Remaja
Bersama Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Tarikh : 9 September 2007
Masa : 2:30 petang
Yuran penyertaan : RM 10 seorang ( Anak-anak yang
turut serta ibu bapa masuk percuma). Penyertaan terhad
memandangkan kapasiti dewan yang terhad. Sila daftar
awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lanjut program di atas sila hubungi :
012-2832458 , 012-3303449

Kaunter pendaftaran juga akan dibuka pada Jumaat 24
Ogos 2007 di Masjid Sikamat, Seremban sempena Sambutan
Hari Al Aqsa Sedunia peringkat Negeri Sembilan Darul
Khusus.

Akhir kata saya bagi pihak keluarga saya mengucapkan
sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak
terhingga kepada semua mereka yang terlibat
menganjurkan Ceramah Perdana pada malam tadi
terutamanya kepada AJK Masjid Bandar Baru Senawang,
rakan-rakan saya Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Sdr Mohd
Hassan Tamby, Abang Bakar, Sdr Zul, Sdr Sufian, Sdr
Hamizi dan ramai lagi, yang telah mengukuhkan lagi
ikatan kekeluargaan kami setelah mendengar ceramah
pada malam tadi.

Wassalam.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





       
____________________________________________________________________________________
Choose the right car based on your needs.  Check out Yahoo! Autos new Car 
Finder tool.
http://autos.yahoo.com/carfinder/

Kirim email ke