Assallamualaikum,
kepada kawan2 semua ada sesiapa tahu alamat[penjabat]atau org untuk d hubungi 
mengenai TEKUN bahagian johor bahru....
  ----- Original Message -----
  From: "Mas"@inet-gw2.brother.co.jp
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Sunday, August 19, 2007 11:55 PM
  Subject: Help Palestine [hidayahnet] 50 rangsangan mudah menjadikan anak 
bijak (Bhgn 2)



    16.. BACA BUKU.  Berulangkali.  Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda 
lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau 
tiga kali berturutan - ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
    17.. MAIN CAK-CAK.  Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia 
ketawa.  Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
    18.. JANGAN LUPA REHAT.  Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya 
duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, 
tanpa mainan.  Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa 
anda.
    19.. MAIN DENGAN WARNA.  Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek 
lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama.  
Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
    20.. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.  Apabila anak sudah boleh 
makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea 
dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar.  Dia dapat berlatih 
mencubit dan meneroka deria rasanya.
    21.. ANGKATKAN SAHAJA.  Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya 
dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau 
berapa kali pun dia melakukannya.  Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji 
hukum graviti.  Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan 
besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya 
sendiri.
    22.. BIAR DIA MEMBEBEL.  Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh 
yang anda buat.
    23.. LATIHAN MENEKA.  Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu 
permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka 
sambil mencari mainannya.
    24.. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan 
kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan 
kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling 
halangan tersebut.
    25.. IKUT RENTAKNYA.  Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba 
kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan 
seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
    26.. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda.  
Bila dia sentuh sahaja, poof!  Tiupkan ke mukanya.  Suruh dia tarik telinga 
anda dan jelirkan lidah.  Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala 
anda.  Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya 
untuk membiarkan anak kembali meneka.
    27.. RASA SEKELILING ANDA.  Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan 
mendukung bayi.  Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek 
selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
    28.. CERITAKAN KISAH DONGENG.  Pilih kisah dongeng kegemarannya dan 
tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
    29.. BAYANGAN WAJAH.  Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin.  
Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, 
tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai 
padanya.
    30.. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.  Bina keyakinannya dengan memberi 
peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan 
warna ketika waktu makan, contohnya.  Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil 
kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.
    31.. GOYANGKAN BADAN.  Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak 
seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
    32.. JADILAH TAMAN PERMAINAN.  Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi 
anda memanjat dan merangkak di atas anda.  Ia lebih murah daripada membeli 
gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan.  Anda dapat meningkatkan koordinasi 
dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
    33.. KIRA SEMUANYA.  Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda 
susunkan.  Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda.  Atau jari jemari tangan 
dan kakinya.  Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
    34.. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.  Tunjukkan segala gambar dengan 
terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak 
("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke 
soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
    35.. TUTUP TV.  Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan 
seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun 
rancangan itu mengajarnya.


  Bersambung di bhgn 3.....



  Anak Cergas Minda Cerdas  รจ



  Mas

  012-3082341


   

Kirim email ke