Assalaamu'alaikum Alhamdulillah buku terbaru saya telah terbit. Buku ini mengupas 2 isu yakni taubat dan mengingati kematian. Semoga ada manfaatnya kepada semua terutama diri penulis sendiri.
Sekian Wassalaam PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN Tajuk: Persiapan Menghadapi Kematian Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus Halaman: 88 Harga: RM3.00 http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_Kematian.htm Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata. Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa. Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat. Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan. Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat. Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian. Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina. Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan menghadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih. Oleh itu, berusahalah sentiasa untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T. ===================================================== Dapatkan juga buku-buku saya yg baru dari penerbit yg sama Tajuk : 25 PERSOALAN SEMASA : Huraian & Penyelesaian Penulis : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Penerbit : Karya Bestari Halaman: 496 Harga: RM17.00 Untuk dibeli secara online sila ke: http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukupersoalansemasa.htm Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel yang pernah ditulis oleh penulis. Ada di antara artikel itu merupakan kertas kerja yang yang beliau bentangkan di forum-forum, ada juga yang telah disiarkan di akhbar-akhbar serta majalah. Isu-isu seperti syarat sah amal ibadah, menyentuh wanita ajnabi, hukum solat jemaah, menggunakan air musta'mal, membaca dan memegang al-Quran ketika berhadas kecil dan besar, amalan sunat pada hari Jumaat, mengerjakan solat tahajjud, Metode Tasfiyah dan Tarbiyah dalam menjana gerakan tajdid, hakikat mencintai rasulullah, amalan sempena nisfu syaaban dan lain-lain lagi sering menjadi perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dari dahulu sehingga kini. Perbezaan ini ada kalanya membawa kepada kebaikan dan ada kalanya membawa kepada permusuhan dan perbalahan yang tidak berpenghujung. Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia telah pun berlaku semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini. Ini semua berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap nas al-Quran dan hadis serta kedudukan tempat yang berbeza di kalangan kaum muslimin dahulu dan kini. Bagi orang awam yang tidak terdedah kepada pelbagai perbahasan ulama terhadap dalil dan tidak pernah mengambil tahu punca segala hukum-hakam yang diamalkan hari ini, pastinya akan menghadapi kesukaran ketika berlaku percanggahan di kalangan para ulama Islam. Buku ini menerangkan perbezaan tersebut dan menjelaskan pendapat manakah yang lebih hampir kepada ketepatan. Selain daripada isu-isu yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi perbahasan lain yang menarik termaktub di dalam buku ini. Kesemuanya mengandungi 25 perkara. Untuk mengetahui kesemuanya, dapatkan buku ini di kedai-kedai buku terpilih sekarang. Dapatkan segera '25 Persoalan Semasa: Huraian dan Penyelesaian' sekarang sementara stok masih ada! Dapatkan juga buku baru daripada penulis yang sama terbitan Karya Bestari: ====================================================== TAJUK BUKU : Menyambut Ramadan Dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW PENULIS : Mohd Yaakub Mohd Yunus PENERBIT : Karya Bestari / Alaf21 / Karangkraf HARGA : RM 7.00 Halaman : 208 Untuk dibeli secara online sila ke: http://alaf21.com.my/page22.htm Setiap tahun umat Islam di seluruh negara akan membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, terutama pada saat menyambut kedatangan Aidilfi tri. Tidak hairanlah sebahagian mereka sanggup mengeluarkan kos perbelanjaaan yang besar semata-mata menyambut kedatangan kedua-dua bulan ini. Seluruh umat Islam mengetahui bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya berbelanja, bersuka ria atau menyambut perayaan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tetapi, ALLAH telah menggariskan beberapa panduan dan contoh terbaik bagi hamba-hamba-NYA ketika menyambut bulan yang mulia ini agar tidak melampaui batas dan berlaku kemungkaran. Alhamdulillah... buku ini cuba merungkaikan secara ringkas beberapa panduan dan amalan yang menjadi kebiasaan Nabi s.a.w dan para sahabat melakukan ketika menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak dan menyambut Aidilfitri. Semoga buku ini memberi manfaat kepada seluruh pembaca yang budiman untuk meneladani sunnah Rasulul lah s.a.w dan menjauhi larangannya. Mudah-mudahan amalan yang menepati perintah ALLAH dan Rasul-NYA diterima oleh-NYA. ____________________________________________________________________________________ Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online. http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting
