Istana Negara :'Peralat' Institusi Raja untuk kaut  untung?
                        Azamin Amin      
Wed | Aug 22, 07 | 08:43:15 AM                        
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Hrkh)-Kos pembinaan Istana Negara baru di Jalan Duta, 
Kuala Lumpur,yang menelan belanja RM 1 billion disifatkan sebagai bukan atas 
kemahuan Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin tetapi disebabkan oleh 
pihak berkepentingan yang mempunyai agenda tertentu untuk mengaut untung yang 
lebih dengan menggunakan nama institusi raja-raja.

 

 Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily. net/wap/  untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan 
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar beranggapan ada pihak tertentu yang 
seolah-olah   memperalatkan institusi raja untuk mengaut keuntungan jutaan 
ringgit dengan membazirkan wang   rakyat, dan sebagai satu helah supaya 
masyarakat tidak mempersoalkan ketelusannya kerana khuatir    dilabel atau 
didakwa sebagai menghina atau menderhaka kepada raja-raja.

  
"Tidak timbul soal saya derhaka kepada Raja tetapi saya derhaka kepada pihak 
pengurusan   kewangan negara dan mempersoalkan pembaziran wang rakyat RM1 
billion," katanya.

  
"Saya rasa hati kecil Baginda Sultan Mizan pun merasakan ini bukanlah satu 
keperluan penting   malah melibatkan jumlah wang rakyat yang begitu besar 
tetapi saya percaya ada agenda orang-orang   tertentu untuk mendapat habuan 
melalui projek pembinaan Istana," katanya.

  
Selain itu daripada maklumat yang diperolehi, hasil projek pembinaan istana 
negara itu   kemungkinan akan digunakan sebagai dana untuk menghadapi pilihan 
raya umum akan datang.

  
Beliau mengulas demikian ketika ditemui di ruang lobi Kementerian Kerja Raya 
sebaik sahaja   menyerahkan memo untuk disampaikan kepada Menteri Kerja Raya 
Dato' Seri S. Samy Vellu semalam.

  
Memo tersebut adalah untuk memohon penjelasan daripada pihak kementerian yang 
bertanggunjawab    dalam projek pembinaan istana itu dan memo terbabit diterima 
oleh Ketua Setiausaha Kementerian   Dato Syed Jamal Syed Jaaffar dengan 
disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausahanya, Dato' Asiah   Marzuki.

  
Turut hadir dalam rombongan menyerahkan memo tersebut ialah AJK PAS Pusat Ustaz 
Idris Ahmad,   Timbalan Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan dan Setiausaha 
Muslimat Aiman Athirah bersama   wakil PAS yang lain.

  
Kita tidak menghalang pembinaan Istana Negara untuk memberi keselesaan kepada 
Yang Dipertuan   Agong tetapi yang dipertikaikan ialah kos begitu luar biasa 
dan melibatkan dana awam berjumlah   RM1 billion, walaupun ada yang 
mempersoalkan kewajaran dan keperluan membina istana yang baru, kata Mahfuz.

  
"Kita tidak menghalang pembinaan dan wajar beri tempat selesa kepada raja kita, 
cuma yang   dipertikaikan ialah kosnya dan kita mahu penjelasan," katanya

  
Tambah Mahfuz lagi projek yang melibatkan jumlah besar itu diserahkan pula 
secara rundingan terus kepada satu syarikat kontraktor sahaja Maya Maju Sdn 
Bhd, yang difahamkan bukan pun daripada kategori kelas A atau B, malah tidak 
berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

 
Sebelum ini, berita utama muka belakang Harakah keluaran 1-15 Julai 2007 
mendedahkan bahawa   kos kerja-kerja tanah Istana Negara baru ini mencecah 
hampir RM130 juta, manakala kerja-kerja   interior design bernilai sekitar 
RM250 juta. Site Office Building pula dicadangkan RM9 juta,   manakala kerja 
landscaping & garden melebihi RM35 juta.

   
Berdasarkan Kabinet sudahpun meluluskan kos pembinaan Istana Negara baru di 
Jalan Duta, Kuala   Lumpur itu yang pada awalnya bernilai RM400 juta tetapi 
telah meningkat melebihi RM1.1 bilion!-Az

  
(Dapatkan maklumat dan berita lanjut di keluaran Harakah akan datang pada 23 
Ogos 2007)                  
     

       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 
       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke