Wacana Kemerdekaan
Selok-Belok Pemikiran Islam di Alam Melayu dan Jenguk Gerangan Orientalisme
dan Oksidentalisme
oleh:
Mohd Zaidi Abdullah al-Shahalami
9 mlm. / 25hb. Ogos. 2007 Masehi
di Anjung Rahmat, Gombak, Selangor.
Semua di jemput hadir.
anjuran bersama:
Akademi Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun,
Shah Alam, Selangor.
www.ilhamkanku.com.my
dan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
keterangan lanjut, hubungi:
Mohd Mujahed mohd nasir
012-2370016
[EMAIL PROTECTED]
Hafiz
012-3075796
Sedutan dan Abtrak Wacana Kemerdekaan:
Alam Melayu dari aspek Islam masih belum difahami
sepenuhnya oleh majoriti para pengkaji.
Penisbahan-penisbahan atau pernyataan-pernyataan
aliran pemikiran selalunya dinyatakan secara
sewenang-wenangnya. Orientalis-Kolonialis seperti dari
Inggeris, Portugal, Perancis dan Belanda yang datang
ke Alam Melayu telah melambangkan cermin dan wajah
rantau ini menurut paradigma penjajah. Dalam kertas
kerja ini, penulis berusaha memaparkan semampu mungkin
apa itu tradisi pemikiran sebenar di Alam Melayu. Kita
menyambut kemerdekaan ke-50 tahun Masehi dan,
sepatutnya kita memiliki wacana atau cara tersendiri
memahami tradisi kita sendiri dan, bukan masih
bergantung pada tesis-tesis atau pendapat-pendapat
orientalis-kolonialis. Penulis juga mengharapkan
tradisi kita mendorong kepada pembentukan fasa-fasa
kesuburan pada masa akan datang.
Perjalanan sejarah yang ditulis ini juga melibatkan
keadaan-keadaan yang mewakili zaman mereka. Kertas ini
bukan sahaja mengkaji dari sudut sejarah. Akan tetapi
meninjau tahap-tahap yang dicapai yang sesuai dengan
zaman masing-masing. Penulis mengenepikan pemahaman
sejarah dalam bentuk evolusi (dari kurang sempurna
menuju kesempurnaan), di mana pencapaian orang dulu
diukur dengan pencapaian sekarang secara berterusan
adalah tidak tepat. Hakikat inilah sejarah itu berlaku
dan dikatakan berkembang, bukan sebaliknya. Hanya
freethinkers dan non-muslim sahaja yang tidak menerima
hakikat ini.
Hegel umpamanya menuliskan falsafah dan nalar dalam
sejarah. Lebih kurang bunyinya, nalar itulah Ruh dalam
sejarah. Ini sebenarnya tidak boleh diterima dalam
Islam terutama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Begitu
juga, Derrida dan Focault yang telah melahirkan faham
pasca modenisme yang menafikan autoriti, naratif agung
dan seumpamanya. Ini sebenarnya mengganggu apa-apa
penulisan yang sedikit sebanyak. Sebenarnya
bentuk-bentuk ilmiah kini tertakluk pada penentuan
atau autoriti barat non-muslim. Buktinya, dalam
bidang pengajian Islam, banyak tesis yang ditulis oleh
orang-orang Islam dicampurtangan oleh orang-orang
non-muslim terutama di kalangan orientalis. Ini kerana
setiap tesis yang diluluskan mestilah mendapat
perkenan mereka. Sedangkan perkara seperti ini tidak
pernah berlaku dalam sejarah tamadun Islam. Penulis
telah beri komen tentang fenomena ini dalam buku
pertama berjudul Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal
Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup
yang diterbitkan pada tahun 2000M. tetapi masih belum
nampak pembaharuan yang jelas dan terarah dalam
penentuan keautoritian menurut pandangan Islam
sebenar. Akibatnya terbukti apabila penganugerahan
ijazah bersanad masih merupakan kelas informal bukan
autoritatif bagi pendidikan Islam. Dalam zaman
kehebatan Islam, setiap pelajar yang layak dan boleh
mengajar akan diberikan ijazah ammah dan khassah yang
bersambung sanadnya hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
tetapi kini masih asing dalam sistem pendidikan
konvesional di negara-negara Islam termasuk Universiti
al-Azhar yang telah dimulakan reformasinya sejak
Sheikh Muhammad Abduh. Pada hemat penulis, umat Islam
aliran tradisi terlalu membukan peluang kepada
orientalis berperanan. Sedangkan penulis sendiri
membaca karya guru-guru penting seperti Qadi Makkah
Sheikh Hasan Mashshat (guru Mufti Kelantan Muhammad
Nor bin Ibrahim, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
al-Makki) dan Sheikh Yusuf al-Nabhani mengkritik umat
Islam belajar di tempat-tempat non-muslim antaranya
kerana belajar di tempat orientalis akan menaikkan dan
melahirkan syubahat-syubahat serta membantu mereka
mensyubahatkan lagi ilmu-ilmu Islam sedang al-Quran
sendiri menyatakan bahawa:
"Dan tidak akan redha dari engkau oleh Yahudi dan
Nasrani sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka."
---------------------------------
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.