assalamualaikum,

Saudari Mas, boleh tak tolong antarkan sekali lagi email 50 rangsangan mudah 
didik anak bahagian 1.
tima kasih


----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Selasa, 21 Ogos, 2007 5:04:44
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] 50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak 
(Bhgn 2)

BACA BUKU.  Berulangkali.  Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan 
bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga 
kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
MAIN CAK-CAK.  Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa.  Bayi 
anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
JANGAN LUPA REHAT.  Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di 
atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. 
 Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
MAIN DENGAN WARNA.  Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang 
sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama.  Kemudian, 
suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.  Apabila anak sudah boleh makan, 
hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, 
bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar.  Dia dapat berlatih mencubit dan 
meneroka deria rasanya.
ANGKATKAN SAHAJA.  Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari 
kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa 
kali pun dia melakukannya.  Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum 
graviti.  Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen 
besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
BIAR DIA MEMBEBEL.  Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda 
buat.
LATIHAN MENEKA.  Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan 
kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari 
mainannya.
BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, 
bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi 
bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan 
tersebut.
IKUT RENTAKNYA.  Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba 
kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan 
seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda.  Bila dia 
sentuh sahaja, poof!  Tiupkan ke mukanya.  Suruh dia tarik telinga anda dan 
jelirkan lidah.  Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda.  
Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk 
membiarkan anak kembali meneka.
RASA SEKELILING ANDA.  Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung 
bayi.  Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang 
lain sambil me’label’ barangan tersebut.
CERITAKAN KISAH DONGENG.  Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama 
watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
BAYANGAN WAJAH.  Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin.  Dia 
mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi 
dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.  Bina keyakinannya dengan memberi peluang 
untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna 
ketika waktu makan, contohnya.  Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira 
– dan boleh berlatih menghafal nama warna.
GOYANGKAN BADAN.  Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti 
ayam atau berpusing seperti ballerina.
JADILAH TAMAN PERMAINAN.  Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda 
memanjat dan merangkak di atas anda.  Ia lebih murah daripada membeli gymnasium 
mainan dan lebih menyeronokkan.  Anda dapat meningkatkan koordinasi dan 
kemahiran menyelesaikan masalahnya.
KIRA SEMUANYA.  Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan.  
Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda.  Atau jari jemari tangan dan kakinya. 
 Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.  Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, 
dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa 
kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit 
(“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
TUTUP TV.  Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang 
tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu 
mengajarnya.

Bersambung di bhgn 3.....

Anak Cergas Minda Cerdas  è

Mas
012-3082341




________________________________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke