Apa motif 70 lelaki warga asing datang ke JPN Kelantan?                   
                              Harakahdaily      
         Thu | Aug 23, 07 | 06:55:25 PM                        KOTA BHARU, 23 
Ogos (Hrkh) -  Cukup memeranjatkan. Sekumpulan lelaki warga asing dilihat 
penduduk tempatan berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan 16 Ogos 
lalu. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
 Kata penduduk ruang menunggu pejabat itu dipenuhi mereka dan ramai lagi berada 
di bahagian tangga. Pejabat JPN terletak di tingkat satu Wisma Persekutuan, 
Jalan Bayam dekat sini.

 
 Kehadiran lelaki asing itu disedari, Mohd Adzha Ismail, 41 dari Pantai Sabak 
yang kebetulan berada di JPN ketika kejadian iaitu jam 10 hingga 12 tengahari.

 
Ekoran melihat keadaan yang mencurigakan itu, seminggu selepas itu Adzha 
membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu kira-kira 
jam 1 tengahari, semalam.

 
 Beliau mendakwa ketika kejadian beliau datang ke JPN dan terlihat sekumpulan 
lelaki warga asing berada di pejabat tersebut.

 
Katanya, kumpulan lelaki asing itu diketuai seorang lelaki yang mendakwa dari 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan dirinya sebagai Mansur dipercayai 
sedang mendaftar warga asing itu sebagai warga negara Malaysia.

 
“Bila saya tanyakan kepada Mansur, kemudian dia memberitahu mereka adalah warga 
Burma. Saya membantah tindakan tersebut kerana saya mendapat maklumat mereka 
akan didaftar sebagai pengundi untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional."

 
“Saya menganggap kes ini melibatkan keselamatan negara dan kesalahan di bawah 
Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya dalam laporan polis tersebut.

 
Dalam laporan kepada BPR pula beliau menjelaskan kemungkinan berlaku korupsi di 
JPN Kota Bharu kerana membenarkan perkara itu berlaku.

 
Seorang lagi penduduk tempatan, Raja Roslan Raja Yaacob, 29 yang kebetulan 
berada di pejabat JPN mendakwa beliau melihat kumpulan warga asing itu dirakam 
wajah mereka oleh kakitangan JPN seperti hendak membuat kad pengenalan.

 
Katanya, berdasarkan kepada pertuturannya mereka bukan rakyat tempatan. Malah 
menurutnya seorang lelaki dipercayai membawa kumpulan lelaki itu, 
memberitahunya mereka berasal dari Burma. - mj 


       
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting  gifts for grads at Yahoo! Search.
       
---------------------------------
Choose the right car based on your needs.  Check out Yahoo! Autos new Car 
Finder tool.

Kirim email ke