Assalamualaikum..

Sapa2 yg ada bahagian 1,sudi sudikan email pada saya.

Jazkhoir

 

________________________________

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of "Mas"@scbaprssxmrlb.sg.standardchartered.com
Sent: Tuesday, August 21, 2007 5:05 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] 50 rangsangan mudah menjadikan anak
bijak (Bhgn 2)

 

16.     BACA BUKU.  Berulangkali.  Saintis telah mendapati bahawa bayi
semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika
dibaca dua atau tiga kali berturutan - ia dipercayai membantunya belajar
bahasa.
17.     MAIN CAK-CAK.  Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia
ketawa.  Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18.     JANGAN LUPA REHAT.  Luangkan masa beberapa minit sehari dengan
hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya
terang, tanpa mainan.  Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana
dia membawa anda.
19.     MAIN DENGAN WARNA.  Pilih satu warna dan suruh anak anda cari
objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki
kereta bersama.  Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula
mencarinya.
20.     BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA.  Apabila anak sudah boleh
makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah
kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar.  Dia
dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21.     ANGKATKAN SAHAJA.  Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang
mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali
kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya.  Dia sebenarnya sedang
belajar dan menguji hukum graviti.  Berikan dia beberapa keping kertas
atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan
dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22.     BIAR DIA MEMBEBEL.  Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian
aneh yang anda buat.
23.     LATIHAN MENEKA.  Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan
satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia
meneka sambil mencari mainannya.
24.     BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan
meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan
kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di
atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25.     IKUT RENTAKNYA.  Semakin anak anda membesar, dia semakin suka
mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa
yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik
atau ketawa.
26.     BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung
anda.  Bila dia sentuh sahaja, poof!  Tiupkan ke mukanya.  Suruh dia
tarik telinga anda dan jelirkan lidah.  Buat bunyi yang pelik ketika dia
memegang kepala anda.  Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan
kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27.     RASA SEKELILING ANDA.  Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan
mendukung bayi.  Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan
objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.
28.     CERITAKAN KISAH DONGENG.  Pilih kisah dongeng kegemarannya dan
tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29.     BAYANGAN WAJAH.  Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam
cermin.  Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel
yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum
dan melambai padanya.
30.     (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.  Bina keyakinannya dengan
memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan:
mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya.  Dia akan tahu
bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama
warna.
31.     GOYANGKAN BADAN.  Ajar anak untuk menari twist dan menjerit,
mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32.     JADILAH TAMAN PERMAINAN.  Berbaring di atas lantai dan biarkan
bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda.  Ia lebih murah daripada
membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan.  Anda dapat
meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33.     KIRA SEMUANYA.  Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak
anda susunkan.  Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda.  Atau jari
jemari tangan dan kakinya.  Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut
anda.
34.     GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.  Tunjukkan segala gambar
dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada
soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul
ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing
putih?")
35.     TUTUP TV.  Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan
seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik
manapun rancangan itu mengajarnya.

 

Bersambung di bhgn 3.....

 

Anak Cergas Minda Cerdas  ==>
<http://www.seripesona.com/index.php?option=com_content&task=view&id=212
&Itemid=106> 

 

Mas

012-3082341

 

This email is confidential. If you are not the addressee tell the sender 
immediately and destroy this email without using, sending or storing it. Emails 
are not secure and may suffer errors, viruses, delay, interception and 
amendment. Standard Chartered PLC and subsidiaries ("SCGroup") do not accept 
liability for damage caused by this email and may monitor email traffic.

Kirim email ke