Tuan,
Apa yang hendak queen control atau king control. Dunia ini dijadikan untuk
manusia, bukan untuk lelaki atau wanita.Rumah tangga bukan untuk memberi hak
kepada lelaki menguasai wanita, tetapi sebgai rakan kongsi dalam mengembara di
alam dunia yang dijadikan sementara oleh ALLAH swt. Kongsi dan berpakatlah sama
sama agar sama menjalani perentah ALLAH yang akhirnya membawa kita ke pangkuan
ALLAH. Tak perlu fikirkan siapa nakhodanya, kerana rumahtangga perlu ditadbir
dengan kasih sayang, bimbing membimbing satu dan lain, toleransi, tolong
menolong, dan lain lainnya yang dipersetujui bersama. Ada suami yang
terkangkang dirumah tidak mau bekerja, nak jadi nakhoda juga kah. Kalau sangat
sangat nak jadi nakhoda, kenalah jadi yang terbaik dalam keluarga itu. Kerana
orang yang lebih ilmunya, bijaksana, adil, serta bersifat siddiq, amanah,
tabliq, fatanah sahaja yang layak jadi nakhoda. Jika melantik mereka yang bukan
ahlinya menjadi ketua, maka tunggulah saat saat kemusnahannya.
Wallahualam.
Leon
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Salam
Persoalannnya : kalau isteri bekerja, suami suri rumah, siapa pula nakhoda
rumah?
Sedangkan isteri yang suri rumah sepenuh masa pun banyak kes Queen
Control.......
Hmmmm....Akhir zaman.....
WAllahua3lam
Wassalam
HIzamri
==================================
Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Fenomena sihat Shahrizat KUALA LUMPUR
22 Ogos - Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan
perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah
tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, jika dahulu lelaki ke dapur dianggap tidak macho, tetapi
sekarang ukuran tersebut telah berubah apabila semakin ramai golongan lelaki
termasuk yang berpendidikan tinggi berbuat demikian.
Bagi saya, sama ada wanita atau lelaki ke dapur bukan isunya. Yang mustahak
ialah hormat yang diberi kepada pasangan kita.
Kalau wanita duduk di rumah dan ke dapur pun, kalau kaum bapa yang bekerja
tetapi tidak beri hormat, tidak patut. Samalah juga kaum bapa dia sendiri nak
duduk di rumah, boleh, tetapi kita mesti hormat dia, kata kepada pemberita di
sini, hari ini.
Shahrizat berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan
Utusan Malaysia mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah
pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian
tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim
Abu Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki
jumlah pelajara perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.
Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk
menambah jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengi-
kut jantina.
Menurut Shahrizat, ramai lelaki di kalangan pasangan muda sekarang ke dapur
dengan sukarela dan bersama-sama mendidik anak serta menguruskan rumah tangga.
Fenomena itu sebaliknya kata beliau, tidak boleh dilihat pada zaman beliau
dengan tiada lelaki hendak ke dapur.
Saya tengok sekarang, banyak pasangan muda yang ke dapur, dia tolong jaga
anak, bantu membuat susu anak dan mencuci lampin.
Bukan ada polisi (menyuruh mereka berbuat demikian) tetapi mereka sendiri
mahu mengecapi nikmat menjadi seorang ayah. Ini termasuklah menjadi sebahagian
daripada proses pembesaran anak- anak.
Mereka tidak melihat itu sebagai satu perkara yang merendahkan martabat
mereka tetapi mereka hendak menjadi sebahagian daripada proses tersebut,
katanya.
Shahrizat menjelaskan, secara tradisi wanita merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk ke dapur, mengurus rumah tangga dan membesarkan anak.
Tetapi kaum bapa sekarang sedang merasai nikmat menjadi seorang ayah. Jadi,
mereka tidak mahu melepaskannya, katanya.
Mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT, beliau yang turut bimbang dengan
perkembangan itu bagaimanapun menegaskan, peluang pelajar perempuan tidak patut
dikorbankan hanya kerana peratusan pelajar lelaki telah merudum.
Sebaliknya, Shahrizat yang menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu,
mahu satu jalan penyelesaian terbaik dicari tetapi tanpa menyekat peluang
pelajar wanita.
Zaman ini, kita tidak boleh lagi berbicara hendak meningkatkan standard
wanita supaya mereka susah nak masuk (IPT) dan mengurangkan peratusannya.
Kita tidak boleh ada diskriminasi di negara ini. Sebaliknya, kita kena ada
satu perancangan supaya pelajar lelaki boleh bersaing bersama pelajar perempuan.
Saya tidak rela melihat anak generasi muda daripada kaum lelaki terbiar,
tetapi jangan sekali-kali mengorbankan kaum wanita hanya kerana hendak
memastikan bilangan seimbang, tegasnya.
=======================================================
Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Keluarga jadi pincang Dr. LoLo KUALA
LUMPUR 22 Ogos Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi
suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah
kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo Lo Mohd. Ghazali.
Menurutnya, Islam sendiri telah menetapkan bahawa tugas utama suami ialah
mencari nafkah serta menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan
masing-masing.
Kata beliau, golongan isteri hanya bersifat sebagai pembantu kepada suami dan
mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun
pendapatan yang diperoleh lebih tinggi.
Perkara ini ada disebut dalam al-Quran dan oleh itu ia wajib dipatuhi.
Fitrah ini tidak boleh diubah dan jika ia benar-benar berlaku pada masa depan
kehidupan keluarga terlibat boleh menjadi pincang.
Bagi saya bilangan wanita atau isteri profesional lebih ramai bukan satu
masalah kerana dalam apa jua keadaan suami wajib menjalankan tanggungjawab
mencari nafkah kerana ia merupakan tuntutan agama.
Jenis pekerjaan tidak harus menjadi isu asalkan pekerjaan itu halal dan
tidak bertentangan dengan Islam, katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari
ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa
menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai
institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
Ibrahim berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki
jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.
Dr. Lo Lo berkata, semua pihak harus sedar bahawa setiap peraturan dalam
Islam ada hikmahnya dan jika ia diingkari boleh mendatangkan musibah.
Beliau sendiri, jelasnya, mempunyai kenalan wanita yang berkelulusan Doktor
Falsafah (PhD) dan berkahwin dengan lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Saya lihat keluarga mereka cukup bahagia walaupun pendapatan isteri lebih
tinggi daripada suami. Dalam keadaan seperti ini apa yang lebih penting ialah
persefahaman.
Walaupun pendapatan suami tidak setinggi mana, suami tetap menjadi ketua
keluarga dan kedudukan ini tidak akan berubah sampai bila-bila, katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku dalam keluarga kenalannya itu ialah suami
tetap bekerja walaupun pendapatan isterinya besar.
Saya tidak boleh terima suami duduk di rumah menjadi suri rumah. Mereka
perlu bekerja walaupun pendapatannya tidak seberapa. Suami tetap kena bekerja.
Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan
alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri.
Bagi isteri pula kita wajib patuh kepada suami walaupun kita ini golongan
profesional. Saya sendiri masuk ke dapur walaupun saya seorang doktor kerana ia
adalah tugas saya ketika berada di rumah, katanya.
==============================
Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti KUALA LUMPUR 21 Ogos -
Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena
pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan
berlarutan.
ARTIKEL SAYA
Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007
yang lalu )
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi
lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD
dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar
ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba
berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya
mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot,
ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan
amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh
hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan
semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa"
katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan
kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki
begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu,
astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup
untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali
tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya
soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya favorite'nya pula, menyebut "adil
tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan
seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap
yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti
bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada
anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana
ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya
tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu
sememangnya patut dikesali.
Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?
Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada
lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup
auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu
kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum
lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah
terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan
tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.
Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki
yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja
mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum
yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka
dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas
dasar ihsan sahaja.
Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi
dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN
TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk
makan dan pakaian.!
Jika rasa relevan dan berminat untuk membaca penuh, sila ke www.zaharuddin.net
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV.