Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis
Sambutan Kemerdekaan ke 50 peringkat daerah Rembau
pada

Tarikh : 30 Ogos 2007 – KHAMIS
Bermula jam 7 malam , solat Maghrib berjemaah
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg
Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan

Tentatif aturcara :
7 mlm – Berkampung
7:30 mlm – Solat Maghrib
8 mlm – Ceramah Kemerdekaan oleh Yg Bhg Ustaz Khairul
Azhar bin Kamaruddin
9 mlm – Solat Isya/Jamuan
Muzakarah
Soal Jawab Agama
Qiamullail
Solat Tasbih
Solat Tahajjud
6 pagi – Solat subuh (Jumaat 31 Ogos 2007)
7 pagi – Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Ramli bin
Abu Bakar Al Hafiz

Untuk maklumat lanjut hubungi Us Mohd Nazeri Yusof
019-3457690. Mohon bantuan sahabat semua untuk
menghebahkan dan mempromosi program ini.

Anjuran : Jawatankuasa Madrasah Tuan Guru Haji Abdul
Rahman

*************************************
Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ali ini
telah didirikan pada tahun 2003 oleh Almarhum Tuan
Guru Haji Abdul Rahman untuk pengajian Islam penduduk
setempat. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah
meninggal dunia pada tahun 2006. Almarhum Tuan Guru
Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada tahun 1917
serta memulakan pengajian di Pondok Rasah dan kemudian
menyambung pengajian di Mekah pada tahun 1938 hingga
tahun 1942. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman
berkhidmat sebagai Imam di Masjid Jamek Tampin serta
Guru Takmir sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini terletak di
Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri
Sembilan. Ianya terletak di kawasan kaki bukit, di
kelilingi suasana kampung yang aman, tenang dan
nyaman. Madrasah ini terletak di tepi jalan utama
Rembau menuju ke Johol.



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





      
____________________________________________________________________________________
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us. http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 

Kirim email ke