Laporkan Maksiat di Tempat Anda ! Hubungi Hotline 24
Jam Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sembilan di talian 06-7672756 , 06-7672757
Harian Metro 28 Ogos 2007 - SEREMBAN: Golongan remaja
di negeri ini yang cuba mengambil kesempatan menyambut
kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini dengan aktiviti
tidak sihat diberi amaran supaya melupakan hasrat itu
kerana Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan melakukan operasi
cegah maksiat secara besar-besaran.

Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mencemarkan
hari baik itu dengan aktiviti yang tidak sihat atau
maksiat.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS berkata,
operasi yang dirahsiakan masa dan lokasi itu akan
membabitkan seramai 40 kakitangan penguat kuasa agama.

Menurutnya, mereka akan dibahagikan kepada enam
kumpulan dan bergerak ke destinasi yang sudah
ditetapkan terutama di kawasan tumpuan yang kerap
berlaku aktiviti tidak sihat sama ada membabitkan
warga tempatan ataupun dari luar negeri ini.

"Operasi khas ini bertujuan memastikan negeri ini
tidak dijadikan tempat oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan melakukan
kegiatan maksiat seperti berkhalwat dan cubaan
melakukan persetubuhan haram.

"Kita sudah menyediakan anggota terlatih untuk
membanteras kegiatan maksiat kerana sejak kebelakangan
ini aktiviti itu masih berleluasa termasuk membabitkan
kalangan remaja," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu ada pihak yang cuba
bertindak mencemarkan suasana meriah sambutan jubli
emas kemerdekaan negara dengan aktiviti bertentangan
dengan agama serta mencemarkan nama baik negeri.

Jurucakap itu berkata, kemungkinan antara lokasi
tumpuan dalam operasi itu ialah pantai Port Dickson,
Nilai, Senawang dan di beberapa kawasan taman rekreasi
serta perumahan.

"Berdasarkan rekod sebelum ini, kawasan terbabit kerap
berlaku kegiatan tidak sihat membabitkan pasangan
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

"Malah berpandukan rekod operasi mencegah maksiat yang
dijalankan mendapati golongan remaja tidak ketinggalan
terbabit dalam aktiviti itu," katanya.

Beliau berharap kerjasama orang ramai supaya
melaporkan kepada JHEAINS jika terdapat sebarang
aktiviti maksiat berlaku di kawasan mereka

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/38919/Article/index_html





     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





      
____________________________________________________________________________________
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the 
Yahoo! Auto Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/ 

Kirim email ke