Wacana Ilmu: Tugas Ahli Hadith Moden - Ust Adlan Abd Aziz - 9 Januari 2008 2
Jan 2008
Tugas Ahli Hadith Moden
Wacana Ilmiah
8:15 pm, Rabu, 9 Januari 2008
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia,
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Kita sering mendengar istilah 'ahli hadith' atau 'muhaddith'. Sejauh mana
istilah ini berkembang sejak ia mula muncul pada zaman awal Islam? Adakah 'ahli
hadith' pada zaman moden ini sama kedudukannya, sifat-sifatnya, tugasnya.
Kemampuannya dan sebagainya dengan 'ahli hadith' pada zaman kegemilangan ilmu
hadith pada sekitar kurun kedua, ketiga dan keempat Hijrah? Jika sama, apa
buktinya? Jika tidak, apa pula tugas dan cabaran semasa yang perlu dipikul oleh
'ahli hadith' moden?
Pembentangan ini akan tertumpu kepada mencari jawapan terhadap
persoalan-persoalan di atas dan juga persoalan lain yang berkaitan. Ia akan
membicarakan tentang:
Pengenalan kepada 'ahli hadith'
Tugas 'ahli hadith' silam terutama pada kurun kegemilangan hadith
Mengenal perbezaan antara ahli hadith moden dan silam
Tugas 'ahli hadith' moden
Semoga pembentangan ini akan dapat membuka jalan ke arah memahami cabaran
semasa terhadap kajian hadith. Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk kita
mengetahui sejauh mana kehebatan ahli hadith sepanjang zaman dan sejauh mana ia
memberi kesan kepada dakwah Islam. Insha Allah.
Profil Pembentang:
Ustaz Adlan Bin Abdul Aziz
Memperolehi Ijazah Bahasa Arab dari Universiti Al Bayt, Jordan . Kini sedang
menuntut di Universiti Malaya untuk mendapatkan Ijazah Sarjana pengkhususan
Bahasa Arab.
Merupakan guru di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur . Antara buku yang
diterbitkan termasuk 20 Persoalan Asas Tentang Hadith dan Doa & Zikir
Rasulullah SAW selepas Solat.
Beberapa artikel disiarkan dalam Majalah I terbitan Karangkraf dan
al-ahkam.net, di mana beliau seorang moderator.
Tempat Terhad
Sila Hubungi:
03-77106900 atau 012-2820244
Dewasa: RM 10, Pelajar: RM 5
** Koleksi CD dan DVD dari tajuk-tajuk wacana sebelum ini turut dijual **