(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Detikdaily
Lipatgandakan usaha bebaskan tahanan ISA, jangan tunggu diam
 Posted on Wednesday, January 02 @ 02:25:23 EST by reformis
Oleh Norlaila Othman,
Pusat sokongan Keluarga GMI.

MENJELANG tahun 2008, seramai 90 tahanan ISA, masih merengkok di Kem Kamunting. 
Mereka ditahan antara 3 minggu dan 6 tahun tanpa pernah diberi peluang untuk 
membela diri dihadapan Hakim yang benar-benar adil dan berwibawa.

 
Sejarah 47 tahun usia ISA telah membuktikan, selain dari ahli keluarga tahanan 
ISA itu sendiri, peranan aktivis dan rakyat amatlah besar, berharga lagi 
bernilai untuk turut memberi ingatan kepada penguasa ISA yang zalim itu supaya 
segera membebaskan tahanan dan memberitahu pada Menteri Dalam Negeri @PM bahawa 
rakyat amat bencikan kejahatan ISA dan seterusnya , buang saja akta lapuk yang 
zalim itu.


Mari kita hayati apa kata sebahagian kecil dari mereka yang sempat dihubungi 
menjelang tahun baru 2008.

 
Syed Ibrahim Syed Noh , Pengerusi GMI yang juga Timbalan Presiden Jamaah Islah 
Malaysia.
“Pecahkan tembok terkongkong, bugar minda rakyat untuk berani kerana 
benar,berjuang banteras kezaliman ISA dan bebaskan tahanan 6 tahun ISA”

Anfaal Saari Sungib , aktivis Kelab Remaja Islah (KARISMA).
“Selamat Tahun Baru 2008. Moga tahun ini lebih banyak lembaran baik buat 
semua. Moga semua tahanan ISA di bebaskan segera .Mansuh ISA”.


Nashita Mohd Noor aktivis GMI. 
“……geram dengan pemerintah yang zalim.Nak sedarkan rakyat supaya jangan 
takut dengan pemerintah yang zalim itu.Jangan takut dengan ISA.Semua tahanan 
mesti dibebaskan…”


Toni Kassim koordinator SUARAM. 
“Pertama sekali, sudah tentu agar yang masih ditahan dibebaskan. Penahanan 
terbaru 2007 telah mencelikkan mata satu lagi lapisan masyarakat terhadap 
kejamnya ISA dan berharap momentum ini dikekalkan walaupun ramai masih takut 
dan ISA diperlukan.Ini menunjukkan usaha kesedaran awam kita masih banyak yang 
harus dilakukan agar satu hari nanti ISA akan tinggal habuk!!!”


Dr Lo Lo Hj Ghazali AJK PAS. 
“Saya sentiasa ingat sahabat-sahabat yang diuji lebih hebat……”


Dr Naza , rakyat Malaysia yang selalu bersimpati dengan mangsa ISA. 
“Ila…. Kehidupan ini Allah yang jadikan susahnya.Setiap kesusahan, ada 
kaffarah. Kita semua harus hadapinya dengan tabah…”


Mun Hui , koordinator SUARAM. 
“….semoga pembabitan kita semua untuk menegakkan hak asasi dan berjuang 
untuk demokrasi, tidak mustahil Malaysia yang baru akan muncul….”


Nasaie,  aktivis GAMIS.
“….makin zalim manusia itu, makin dekat dengan kejatuhan “


Ust Badrul Amin dan Kak Zumrah, 
“ satu hari nanti, kebenaran akan datang menyebelahi you……”


Amer Hamzah Arshad, peguam tahanan ISA 
“ orang yang Allah sayang lagi banyak dugaannya… lagi lama berjuang tanpa 
kompromi, lebih manis kejayaan itu nanti….”


Puan Ambiga Sreenevasan, President Bar Council.
“….pembebasan tahanan ISA adalah perkara utama dalam senarai harapan Tahun 
Baru Bar Council……”


Harapan Tahanan ISA di Kem Kamunting.  
Saya mewakili suami dan juga tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting, 
berharap sangat supaya sokongan dan dokongan semua lapisan masyarakat dapat 
diteruskan supaya semua mereka yang ditahan tanpa bicara itu, tanpa mengira 
bangsa atau ugama, sama ada yang baru 3 minggu ditahan mahupun yang sudah 6 
tahun merengkok disana, semuanya dibebaskan dan dikembalikan ke pangkuan 
keluarga masing-masing.
*****.*.*****


*****.*.*****

      GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit       
                                          Anis Nazri      
         Thu | Jan 03, 08 |  5:33:46 pm MYT                          KUALA 
LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan meneruskan program 
'candlelight vigil' pada 5 Jan ini, di Dataran Merdeka, walaupun permohonan 
rayuan mereka untuk mendapatkan permit polis tidak diluluskan. -->

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata program itu akan diteruskan 
memandangkan permohonan permit yang dipohon GMI sebelum ini ditolak pihak polis 
dengan beberapa alasan yang disifatkan tidak masuk akal dan mengarut.

 
Menurutnya, selepas menangguhkan program berkenaan yang sepatutnya diadakan 
pada 22 Dis lalu untuk memohon permit polis, pihaknya dimaklumkan bahawa permit 
tersebut tidak diluluskan dengan lima alasan.

 
Antaranya, GMI merupakan sebuah badan organisasi yang tidak berdaftar, GMI 
tidak mengemukakan surat kebenaran menggunakan tempat dari DBKL, terdapat 
kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan 
tidak tenteram, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan 
menyebabkan gangguan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

 
  Hanya dua jam, program aman 
Beliau mengatakan bahawa program itu hanya berjalan sekitar dua jam iaitu 
bermula jam 8 hingga 10 malam, dengan hanya acara menyalakan lilin, di samping 
acara doa dan bertafakur.

 
"GMI tidak nampak di manakah yang dikatakan program ini akan menggugat 
keselamatan dan ketenteraman awam. Kita bukan berarak sambil melaungkan slogan, 
tetapi hanya berdoa dan bertafakur serta menyalakan lilin," tegas beliau, yang 
jelas kesal dengan penolakan permit yang dipohon GMI sebelum ini.

 
  Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan 
Cina Selangor dan Kuala Lumpur, petang tadi.

 
Sebelum ini, pada 26 Dis lalu, GMI telah mengemukakan permohonan permit, 
diikuti dengan penghantaran faks pada 28 Dis kepada Ketua Polis Daerah, Ibu 
Pejabat Polis Dang Wangi.

 
Kemudiannya, GMI dipanggil berbincang dengan pegawai Cawangan Khas yang 
dikenali Ketua Inspektor Tan, 2 Jan. Bagaimanapun, pihak GMI terkejut apabila 
dimaklumkan bahawa polis bahawa mereka tidak menerima borang yang telah diisi 
sejak 26 Dis lalu.

 
 Mengulas alasan yang digunakan polis untuk tidak meluluskan permit ini, Syed 
berkata GMI merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan yang 
berdaftar serta lebih 83 buah pertubuhan menganggotai GMI.

 
"Selain itu, jika benar maklumat polis bahawa ada kumpulan tertentu yang akan 
mengambil kesempatan menimbulkan keadaan tidak tenteram, maka menjadi 
tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan awam, bukan bertindak menolak 
permohonan permit," tegas Syed lagi.

 
  Berniat jahat, penuhi keinginan pihak yang terdesak, lawak 
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata alasan yang 
diberikan pihak polis itu adalah 'joke' apabila mengatakan program tersebut 
akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

 
"Bagaimana perkara belum berlaku, seperti kesesakan lalu lintas boleh dijadikan 
alasan? Sedangkan, jalan tersebut (Jalan Raja), memang ditutup pada setiap hari 
Sabtu kepada pengguna jalan raya. Selama ini, jika ada sebarang program di 
Dataran Merdeka, polis akan menutup jalan tersebut. Tidak pernah pula berlaku 
kesibukan luar biasa atau sebagainya. Saya lihat alasan ini sebagai satu 
jenaka," jelas beliau yang turut menyokong agar ia diteruskan bertepatan dengan 
hak yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

 
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron, berkata ia adalah 
berniat jahat serta memenuhi keinginan pihak tertentu yang merasakan diri 
mereka tertekan dan terdesak.

 
Justeru, KeADILan menyokong penuh hasrat GMI untuk meneruskan program ini 
sebagai tanda sokongan terhadap semua tahanan ISA dan keluarga tahanan yang 
kini berada di Kem Kamunting, Perak.

 
  Kempen kesedaran mengenai ISA 
Manakala wakil Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi, pula menegaskan pihaknya 
bimbang dengan penerimaan kebanyakan masyarakat terhadap penggunaan ISA.

 
"Tolak permit itu satu isu. Satu isu lagi yang saya bimbang ialah penerimaan 
masyarakat, yang nampaknya boleh menerima pelaksanaan akta tersebut. Mungkin 
mereka rasakan perkara itu (ditahan ISA) tidak kena pada mereka, jadi mereka 
bersikap tidak apa.

 
 Bagi kami, mana-mana penahanan perlu mengikut landasan undang-undang yang 
ditetapkan. Justeru, kami di SIS dan GMI akan meneruskan kempen untuk 
meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kezaliman ini," kata 
beliau, yang turut mendesak kerajaan agar memandang serius kepada perkara ini 
serta 'reasonable' dalam mengambil sebarang langkah.

 
Justeru, GMI mengajak rakyat yang prihatin untuk turut sama dalam menjayakan 
Malam Solidariti tersebut tanpa rasa bimbang atau takut.

 
"Seperti yang dinyatakan tadi, apa yang dilakukan cuma menyalakan lilin, berdoa 
dan bertafakur untuk menzahirkan keprihatinan dan kesetiakawanan kita terhadap 
ISA, undang-undang zalim yang perlu dimansuhkan," tegas Syed lagi. - mr-->
 

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke