salam'alaik.saya seorg pelajar universiti yg akan tamat pengajian pada
sem akan dtg nnt. saya dan kawan saya berminat utk menternak ikan
keli.boleh saudara berikan serba sedikit maklumat dan mungkin dimana saya
boleh dapatkan info untuk mengusahakan ternakan ni
jzkk
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Assalamualaikum...
Berdasarkan kisah ini, pendapat saya ini mungkin anak anda ada alahan pada
sesetengah makanan...saya merupakan penternak ikan keli secara kecil kecilan
selama 3 tahun. Hanya menjual di pasar tani. Betul juga kata anda pemeliharaan
ikan keli ini mungkin disebabkan makanan ikan yang mungkin tercemar dengan
bahan enzim babi ataupun bahan kimia. Seperti saya biasa memberikan makanan
yang terdapat dikedai iaitu palet ikan. Untuk makanan yang lebih bagus...bagi
makan daun ubi atau daun kangkung tetapi perlulah bersihkan kolam setiap minggu
kerana air cepat kotor. Namun saya tak pernah memberi makanan berdarah pada
ikan ternakan sayani...Ada juga pengusaha cina yang memberikan kaki ayam yang
dicincang dan perut ayam. Ikan akan cepat gemuk dan warnanya lebih cantik
tetapi air lagi cepat busuk dan bila kita siang ikan keli mesti bau nya
lain...lebih hanyir kalau ikan keli memakan ayam.Mungkin anak anda telah
memakan ikan yang tidak dicuci dengan bersih oleh pihak restoran ataupun
makanan isi ikan yang memberi kesan kepada anak anda.Sekarangni pelbagai
teknologi yang tidak kita tahu sangat cara penyediaanya, sumbernya dan
kandungannya.Tak mustahil sayur yang kita makan mungkin banyak vitamin dan oleh
kerana tidak dibasuh dengan betul, kerana racun yang digunakan untuk membunuh
serangga boleh memudaratkan kesihatan kita juga. Oleh itu kita sebagai orang
islam perlu beringat dan bertawakal kepada Allah. Sentiasa amalkan doa makan
dan ilakkan dari terkena racun. Wallahualam...
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Note: forwarded message attached.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
From: "Siti" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <Undisclosed-Recipient:;>
Subject: Fw: cerita ikan keli(tolong baca jika nak selamat)
Date: Wed, 12 Dec 2007 12:47:29 +0800
Assalamualaikum wbh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis
dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di
bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun
dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan
semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.
Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula
memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul,
lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim
panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil,
saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo
ikan dibawa pulang ke rumah.
Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan.
Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang
sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang
perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian
berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian
yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa
sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian
ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian
yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.
Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini
membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya
menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak
membuang kedua-dua bahagian ini.
Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari,
ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat
bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang
perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya.
Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang
larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.
Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja,
makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah
boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah
agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak
boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit
pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada
penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan
lihatlah sendiri kesannya.
Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan
lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima , dapat
peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur .
Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal
Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara
diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.
Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila
nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah
beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan
ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak
saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.
Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli
tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam
berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di
klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen
untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin
bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya
tidak demam.
Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil
kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak
dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya.
Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar
semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak
saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun
yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam
campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba
dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di
tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.
Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini
bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh
anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya
semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini
ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas
diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk
menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.
Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan
ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh
anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala
Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini
memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan
keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan
daun-daun tertentu.
Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar
anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25
Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak
saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.
Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan
sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke
4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun
isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi
beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya
pulih.
30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan
anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah
mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya
terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.
Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira
sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan
tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat
yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.
Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan
sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.
Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang ttg
projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai
ayam & palet sebagai makanan keli.
Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan
didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu
berpunca dari palet makanan.
Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat
pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah berhenti makan
ayam, keli apatah lagi..
Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam
makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..
Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram, tapi
ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila ada DNA
babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2...
Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC , Ayamas yang di kata haram....isk tak
reti lah....
elakkan makan ayam secara kerap.
Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana
mengasihi-Mu,bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,bersatu memikul beban
dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara
hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang
tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan
tawakkal kepada-Mu.
Suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar)
tentang-Mu,matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dlm
perjuangan-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah
perkenankanlah permintaan ini.
http://prepaid4u.net/index.php?id=syawal
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.