Ikan keli jika diberi makan perut ayam dan makanan busuk/reput (protein) dagingnya mengandungi uric acid yang tinggi. Inilah yang menjadi penyumbang kepada gaut. Ada orang bagi makan biskut atau roti atau dedak tetapi lambat membesar dan belanja mahal berbanding bahan buangan dari pasar atau pengusaha ayam. Salam.
----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Wednesday, January 16, 2008 6:22:34 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] cerita ikan keli(tolong baca jika nak selamat) Alif, Sayta berminat nk membeli terus dari sdra ikan keli peliharaan sdra untuk restoran saya. Boleh tolong beri no untuk dihubungi? Terima kasih. KB(0193183362) [EMAIL PROTECTED] com --- [EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote: > Assalamualaikum. .. > Berdasarkan kisah ini, pendapat saya ini mungkin > anak anda ada alahan pada sesetengah makanan...saya > merupakan penternak ikan keli secara kecil kecilan > selama 3 tahun. Hanya menjual di pasar tani. Betul > juga kata anda pemeliharaan ikan keli ini mungkin > disebabkan makanan ikan yang mungkin tercemar dengan > bahan enzim babi ataupun bahan kimia. Seperti saya > biasa memberikan makanan yang terdapat dikedai iaitu > palet ikan. Untuk makanan yang lebih bagus...bagi > makan daun ubi atau daun kangkung tetapi perlulah > bersihkan kolam setiap minggu kerana air cepat > kotor. Namun saya tak pernah memberi makanan > berdarah pada ikan ternakan sayani...Ada juga > pengusaha cina yang memberikan kaki ayam yang > dicincang dan perut ayam. Ikan akan cepat gemuk dan > warnanya lebih cantik tetapi air lagi cepat busuk > dan bila kita siang ikan keli mesti bau nya > lain...lebih hanyir kalau ikan keli memakan > ayam.Mungkin anak anda telah memakan ikan yang tidak > dicuci dengan bersih oleh pihak restoran ataupun > makanan isi ikan yang memberi kesan kepada anak > anda.Sekarangni pelbagai teknologi yang tidak kita > tahu sangat cara penyediaanya, sumbernya dan > kandungannya. Tak mustahil sayur yang kita makan > mungkin banyak vitamin dan oleh kerana tidak dibasuh > dengan betul, kerana racun yang digunakan untuk > membunuh serangga boleh memudaratkan kesihatan kita > juga. Oleh itu kita sebagai orang islam perlu > beringat dan bertawakal kepada Allah. Sentiasa > amalkan doa makan dan ilakkan dari terkena racun. > Wallahualam. .. > > > [EMAIL PROTECTED] com, > UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote: > > > Note: forwarded message attached. > ------------ --------- --------- --- > Be a better friend, newshound, and know-it-all > with Yahoo! Mobile. Try it now. > > From: "Siti" > <[EMAIL PROTECTED] my> > To: <Undisclosed- Recipient: ;> > Subject: Fw: cerita ikan keli(tolong baca jika nak > selamat) > Date: Wed, 12 Dec 2007 12:47:29 +0800 > > st1\:* { BEHAVIOR: url(#default# ieooui) } > > > > Assalamualaikum wbh > > Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha > Penyayang. > > Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di > Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. > Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini > di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. > Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah > rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan > rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah > waktu kecil dahulu. > > Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan > rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan > yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, > lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai > ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai > menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya > terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar > tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa > pulang ke rumah. > > Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak > seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli > seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma > perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat > ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, > saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua > bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di > belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu > dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya > tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian > ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini > membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. > Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan > keli dan oleh itu ia perlu dibuang. > > Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang > yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua > bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau > tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak > mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang > kedua-dua bahagian ini. > > Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama > dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang > dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang > akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan > berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan > berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat > pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah > mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan > sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas > bersalin. > > Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat > eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka > muda atau makan nangka atau makan cempedak, > insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru > bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar > cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam. > > Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat > lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan oleh > orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta > sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit > pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, > boleh mencuba makan ikan pari dua hari > berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya. > > Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. > Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama > keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima > , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM > jalan Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak > ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari > mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal > bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh > ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari. > > Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan > kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau > malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah > beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. > Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan > keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak > saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan > tengahari dan makan malam. > > Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah > kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan > malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi > seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. > Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. > Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan > memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun > ruam merah ini tidak hilang malahan semakin > bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan > demam tetapi anak saya tidak demam. > > Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak > dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak > ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya > membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan > kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air > kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. > Keesokan harinya saya menelefon anak saya > bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas > minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. > Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di > bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia > keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah > tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya > bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di > samping tiada demam. Ia memang pelik. > > Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri > saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar > ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan > oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan > semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu > maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini > ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu > tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, > saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya > untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan > keli. > > Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada > badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan > bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya > suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah > guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta > pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini > memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini > adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan > terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan > daun-daun tertentu. > > Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami > merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi > ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 > Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat > ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah > dan tidak pula berkurang. > === message truncated === ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _ Never miss a thing. Make Yahoo your home page. http://www.yahoo. com/r/hs Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
