Jenazah Fernando selamat dikebumikan 1.30 tengah hari
KeADILan
Kuala Lumpur, 20 Jan - Jenazah peguam terkemuka, Aris Rizal Christopher
Fernando selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Titiwangsa, dekat
sini jam 1.30 tengah hari tadi.Fernando, 68, meninggal jam 12.30 pagi tadi
akibat sakit jantung.
Allahyarham diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara
Isnin 15 Jan lepas. Beliau tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan
pintasan jantung sehari selepas itu sehinggalah saat menghembuskan nafas
terakhir.
Jenazahnya kemudian dibawa ke rumah salah seorang keluarga beliau di Taman
Titiwangsa. Kira-kira 300 orang kaum keluarga, sahabat handai dan sahabat
seperjuangan hadir untukmemberi penghormatan terakhir.
Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail tiba pada kira-kira pukul 11
pagi. Penasiha KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Sabah dan
dijangka akan pulang segera petang ini.
Antara pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Naib Presiden Azmin Ali,
Pengarah Strategik Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Tian Chua dan
Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin.
Teman-teman peguam yang turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada
Allahyarham ialah Zulkifli Nordin, Pawanchek Merican, Sankara N nair, Sulaiman
Abdullah, Zainur Zakaria, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Gibind Singh Deo dan
lain-lain.
Turut kelihatan pemimpin Pas Dr Hatta Ramli serta penyokong-penyokong KeADILan
dan aktivis reformasi.
Nama Fernando mula terkenal apabila beliau tampil menjadi salah seorang peguam
yang membela Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu difitnah dan
didakwa dimahkamah pada tahun 1999. Fernando meninggalkan seorang balu dan dua
anak perempuan.
admin @ January 20, 2008
Christopher Fernando KeADILan
Kuala Lumpur, 20 Jan - Christopher Fernando meninggal dunia akibat
serangan jantung pagi ini pada pukul 12.30am. Beliau merupakan salah seorang
peguam utama dalam pasukan yang membela Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.
âKita kehilangan sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda
Reformasi, peguambela handal - dan buat saya rakan karib setia bersama terutama
tatkala menanggung derita di penjara Sungai Buloh."
âBeliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela
saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Saya amat
terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Didoakan
semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris
Fernando dan menempatkannya bersama salihin.â kata Anwar.
*****.*.*****
Amwar Ibrahim
Allahyarham Aris Chris FernandoJam 1 pagi di Kota Kinabalu, Sabah, saya
menerima berita yang amat menyedihkan dari dinda Rusli. Kita kehilangan sahabat
malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal
- dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di
penjara Sungai Buloh.
Chris mulanya bersahabat dengan kanda Allahyarham Rani dan mula akrab dengan
saya Azizah, anak-anak dan keluarga sebaik saya dipecat. Beliau bersama dengan
barisan peguam secara sukarela, pro bono membela saya, bekerja bertungkus lumus
dengan gaya dan kepetahan istimewa. Chris diiringi anakandanya yang dikasehi
Marisa. Sepanjang berulang alik ke penjara, beliau amat mengharapkan saya bebas
awal agar dapat menghadiri upacara perkahwinan anaknya.
Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya
sendiri. Chris adalah teman karib, memahami isi hati saya, membantu mendorong
memperkuat semangat dan keyakinan saya tatkala di Sungai Buloh.
Saya mendapat berita keuzuran tenat Chris akibat serangan jantung pagi tadi
sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu. Azizah sempat menziarahnya di IJN
tengahari tadi dan melaporkan bahawa keadaan beliau membimbangkan. Dan saudara
Zulkifli Nordin menyampaikan berita perkembangan melalui SMS.
Maria dan keluarga diharap bersabar menempuh dugaan, yang mengejutkan kami
semua. Saya akan cuba membatalkan sebahagian program pagi nanti untuk berlepas
pulang awal mengiringi jenazah Allahyarham Chris.
Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal
Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.
ANWAR IBRAHIM
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.