PAS terus bekerjasama dengan KeADILan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Jan 20, 08 | 4:08:43 pm MYT SEREMBAN,
20 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
menyatakan PAS terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan
pelbagai NGO lain berhadapan pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung
awal Mac ini.
Tuan Guru Abdul Hadi yang mengadakan sidang medianya di Seremban selepas
Himpunan Bersama Rakyat di Ampangan, Seremban hari ini menafikan laporan
akhbar bahawa PAS dan KeADILan berhadapan dengan masalah.
Sebaliknya kata beliau dalam ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasai
ini, media memanipulasikan pelbagai isu sebagai bahan provokasi mereka.
"Bagi menghadapai pelbagai provokasi dan spekulasi dalam demam pilihan raya
ramai yang mengigau.Suka saya tegaskan PAS akan terus bekerjasama dengan
KeADILan, dan bekerjasama dengan NGO-NGO serta semua pihak yang hendak
membuat perubahan," tegasnya kepada wartawan.
Sebahagian besar pembahagian kerusi telah selesai, sementara hanya sedikit
saja yang masih belum disudahkan dan beliau optimis ia tidak mendatangkan
masalah, kata Tuan Guru Abdul Hadi.
"Kita akan usaha sedaya upaya untuk memastikan pertandingan dua penjuru
antara pembangkang dengan BN," ujarnya.
Beliau menolak laporan media yang menyatakan adanya masalah yang timbul di
Kelantan antara PAS dengan KeADILan.
Sebaliknya menyatakan, ianya adalah proses perbincangan yang masih berjalan.
Beliau seterusnya melihat, bahawa keretakan sebenarnya timbul dalam Umno dan
Barisan Nasional (BN).
"Umno sendiri masih banyak pergolakan.Pergeseran dalam Umno cukup hebat
diperlihatkan, bukan sahaja masalah calon tetapi masalah Menteri Besar.Ini
diakui sendiri dalam laporan media arus perdana yang menyaksikan di Perlis
berlakunya masalah soal Menteri Besar," ujarnya.
Terdahulu dalam taklimat kepada ahli dan penyokong PAS, Presiden PAS itu ada
menyatakan bahawa kerjasama antara PAS dan KeADILan adalah dalam keadaan yang
baik.
Kerjasama perlu diteruskan kerana PAS memerlukan KeADILan untuk sama-sama
menegakkan keadilan di negara ini setelah Umno/BN merosakkan demokrasi
mengikut selera mereka sendiri, ujarnya.
Beliau juga menyatakan bahawa agin perubahan kini mula dirasai, dan sokongan
daripada kalangan masyarakat bukan Islam semakin menebal setelah melihat
pakatan BN (Umno-MCA-MIC) mengkhianati bangsa mereka sendiri.
Masyarakat Melayu ditindas Umno, sementara Cina dan India ditidas oleh MCA
dan MIC, yang akhirnya menyebabkan rakyat tersepit dengan politik perkauman
ini, katanya.
Justeru ujarnya, PAS hadir dengan bekerjasama dengan KeADILan bagi
memulihkan keadaan, dan menjanjikan keadilan kepada semua pihak tidak mengira
bangsa dan agama.
Beliau mahu rakyat menghantar 'signal' yang jelas kepada kerajaan BN dalam
pilihan raya umum kali ini, bahawa ajal kerajaan hampir tiba.
Turut hadir dalam program sehari bersama Presiden PAS di Negeri Sembilan
hari ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua
Penerangan, Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohamed
Omar; Timbalannya, Ustaz Ramli Al-Hafiz serta Ketua Pemuda PAS Negeri
Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Kira-kira 500 penyokong PAS dan tetamu hadir dalam majlis tersebut yang
didahului dengan jamuan makan tengahari.
-->
Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
*****.*.*****
AL-HUSSEYN
Mungkin Fatwa Hadari membolehkan....
Surat dari seorang pembaca mstar bergelar S.Jebat menulis dalam ruangan
pendapat melahirkan tidak puas hatinya kepada alim ulama kerana dilihat
seolah-olah tidak pernah menasihati PM Abdullah Badawi tentang agamanya. disini
Lihatlah berita bergambar yang terang-terang menegur kesilapan PM Abdullah
Badawi dengan tajuk yang agak berani: PM LANGGAR FATWA tetapi biasalah , PM
kita tu hanya tahu tidur.Klik untuk lihat fatwa Mufti Perak
Mungkin ada fatwa Hadari yang membolehkan meletakan bunga ditugu macam Abdullah
lakukan itu ; sebagaimana dia membolehkan isterinya tidak bertudung,
membolehkan dirinya memegang bahu Michael Yeoh , bersalaman dengan isteri Najib
si Rosnah.
Mufti dan Badan-badan Islam sering disalahkan oleh kerajaan dalam tindakan
mereka, 'trend' ini kini dituruti oleh rakyat jelata. Malah Mufti kerap kali
digambarkan membuat kesilapan oleh media kerajaan dan kerajaan sendiri walaupun
mereka memperkatakan yang benar. Umpamanya kes Bekas Mufti Selangor, Datok Hj
Ishak Hj Baharom dalam isu tangkapan 3 orang Melayu yang menyertai pertandingan
ratu cantik. Selain itu kes 'kesilapan' Jabatan Agama Islam Selangor dalam
menangkap individu Melayu Islam di PUB The Ship atas tduhan menghina Islam.
Keadaan ini menyebabkan imej badan-badan Islam buruk dan kelihatan tidak 'up to
date' dan tidak profesional dalam tindakan mereka. Inilah akibat pengaruh
negatif budaya meminggirkan Islam di Malaysia.Baca rencana Ust Zaharuddin
disini
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.