JOM BERSIH!!!                                bersih.org

              
            
                           
AR RISALAH
Pemimpin UMNO Terengganu Bolot Kekayaan – Exco Beli Rumah RM 1.6 juta.
Ditulis oleh SM Noor.

Kemaman – Pemimpin UMNO Terengganu menggunakan kekuasaan pemerintahan yang 
mereka miliki untuk mengumpulkan harta peribadi masing-masing. 

Mereka tidak amanah kepada rakyat untuk melaksanakan mandat bagi meningkatkan 
kehidupan rakyat. Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustaffa Ali 
menyatakan demikian didalam ucapan beliau sempena Ceramah Jelajah Presiden PAS 
ke negeri Terengganu, di Mak Chili, dekat sini, semalam.

Walaupun banyak pembangunan sebagaimana yang dihebohkan oleh pemimpin UMNO 
Terenggan, namun duit banyak yang mengalir dari kerajaan pusat tidak sampai 
kepada rakyat. 

“Justeru itu, kita melihat bahawa Terengganu kembali menjadi negeri kedua 
miskin di Malaysia” ujar Dato’ Mustaffa Ali. 

“Pada masa pemerintahan PAS antara 1999 – 2004, PAS telah berjaya meningkat 
taraf hidup penduduk negeri Terengganu. Daripada negeri kedua miskin dalam 
tahun 2002, meningkat dua tangga kepada negeri yang keempat miskin di 
Malaysia.” tambah Dato’ Mustaffa Ali. 

Selain dari masalah kemiskinan, Dato’ Mustaffa Ali juga mengatakan bahawa, 
rakyat kini tertekan kerana menghadapi masalah kenaikkan harga barang. 

Kenyataan pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa kenaikkan harga barang adalah 
disebabkan kenaikkan harga minyak disanggah oleh beliau. 

Kata beliau, kenaikkan harga barang bukan hanya disebabkan oleh kenaikkan harga 
minyak semata-mata, namun sebenarnya kerajaan tidak mampu mengawal 
‘taukeh-taukeh’ besar yang menjadi pemborong barang-barang, kerana mereka 
membiayai UMNO didalam pilihanraya.

Menyebut tentang kekayaan yang mengalir ke dalam negeri Terengganu, Dato’ 
Mustaffa Ali menyatakan negeri Terengganu mendapat RM 1.4 bilion pada tahun 
2006 dan RM 1.6 bilion tahun 2007, hasil duit ‘Royalti Petroleum’ yang 
dipanggil sebagai ‘Dana Khas’.

Namun kekayaan itu dibolot oleh pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO sekarang kaya 
raya, mereka hidup mewah membina rumah-rumah besar dan istana. 

“Berita yang baru saya dapat, saya nak beritahu, ada seorang Exco dari Kuala 
Terengganu telah membeli sebuah rumah berharga RM1.6 juta” jelas dato’ Mustaffa 
Ali.

“Sekiranya elaun Exco RM 10,000.00 sebulan, tiga tahun berjumlah RM 360,000.00. 
Mana dia dapat duit untuk membeli rumah berharga RM1.6 juta? “ Tanya Dato 
Mustaffa Ali.

 

      Amanah kriteria utama pilih pemimpin dalam Islam                          
                        Muhammad Yusri Amin      
         Mon | Jan 21, 08 |  6:08:56 pm MYT                        KOTA BHARU, 
21 Jan (Hrkh) –  Kriteria utama bagi memilih pemimpin yang ditekan dalam 
Islam ialah amanah dan tidak melakukan dosa besar, sebaliknya parti berteras 
sekular pula lebih mengutamakan mereka yang mempunyai duit.

 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, parti 
lawan mengutamakan pemimpin yang mempunyai wang tanpa mengambil berat soal 
agama diamalkan pemimpin terbabit.

 
 “Syarat hendak menjadi khalifah mesti ada sifat al-adaalah dan di samping 
tidak berkekalan melakukan dosa kecil. Selain itu mesti bersifat amanah.

 
“Macam mana hendak menjadi pemimpin kalau wang milik rakyat miskin boleh 
hilang sehingga RM36 juta seperti pernah berlaku terhadap seorang pemimpin Umno 
sebelum ini,” katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

 
Menurutnya negara yang dipimpin umat Islam sepatutnya membawa hidayah terhadap 
masyarakat dengan membimbing mereka ke arah jalan yang betul.

 
 Kata beliau usaha sedemikian sedang dilakukan di Kelantan sekarang bagi 
membawa kembali rakyat kepada kehidupan beragama.

  
 “Sebaliknya sesetengah pemimpin di Malaysia hari ini bercakap tentang Islam, 
tetapi amalan hidupnya jauh dari ajaran agama. Usahkan hendak mengikut agama, 
amalan demokrasi pun mereka langgar,” katanya.

 
 Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, di negara ini terdapat 
banyak kepincangan dalam sistem demokrasi yang diamalkan termasuk menyekat 
kebebasan rakyat bersuara. 
Katanya, ruang demokrasi disempitkan dengan pelbagai akta termasuk akta polis, 
akta rahsia rasmi dan akta keselamatan dalam negeri.

 
 Sedangkan kata beliau Perkara 20 Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat 
untuk berhimpun secara aman. - mj

  -->

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke