JOM BERSIH!!!                                bersih.org

              
            
                           
      Lingam akui ada kaitan dengan Tengku Adnan dan Vincent Tan                
                                 Wan Nordin Wan Yaacob      
         Mon | Jan 21, 08 |  6:56:37 pm MYT                            KUALA 
LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Peguam terkenal, Dato' VK Lingam yang dipanggil memberi 
keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang 
menyiasat video tersebut mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan 
Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor.

 
   
Saksi ke-13 kepada Suruhanjaya Diraja menyiasat 'Pita Lingam' sebelum ini 
dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya 
ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan 
hakim-hakim kanan.

 
 Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan 
September lalu.

 
 Beliau juga mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum 
ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk.

 
Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan 
Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli 
perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.

 
 Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau 
menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .

 
Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, 
Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

 
 Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.

 
"Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad 
Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak 
ada nombor telefon saya," katanya.

 
Sementara itu dalam keterangannya petang tadi, Lingam mahu mengeluarkan semua 
keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung 
percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

 
Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa 
keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang 
dijalankan terhadap klip video Lingam.

 
Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya 
perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam 
Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

 
Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 
petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu 
perlu dikekalkan.

 
 Ia juga bertujuan untuk memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah 
masing-masing.

 
Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian 
kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.

 
 Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New 
Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

 
 Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan 
hubungan rapat antara mereka. - mks.

      -->

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.

 
Suruhanjaya Tidak Berani Panggil Anwar Sebagai Saksi?               KeADILan    
   
        
 Kuala Lumpur, 21 Jan - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa 
Suruhanjaya DiRaja enggan memanggilnya sebagai saksi sampai sekarang walaupun 
namanya adalah nama kelima dalam senarai saksi.


 Dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Makhamah Jalan Duta, 
Anwar mengulangi kesedian beliau untuk memberi kerjasama penuh kepada 
Suruhanjaya DiRaja.


 “Saya seorang dikehendaki Suruhanjaya menjelaskan kenapa saya ingin beri 
perterangan. Mengapa saya pula dari semua saksi dalam senarai yang harus 
memberi penjelasan?” tanya Anwar.


 Anwar berkata dia mempunyai maklumat yang sangat relevan dan mendesak, 
termasuk fakta-fakta baru. Nama Anwar disebut dua kali dalam video tersebut.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke