(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Cina Islam
BN Dalam Ketakutan Serangan berterusan untuk memburukkan slogan "Negara
Berkebajikan " dalam menifesto PAS berterusan dalam akhbar-akhbar arus perdana
hari ini. Kegusaran dengan tawaran-tawaran PAS menyebabkan pemimpin BN dan UMNO
dalam keadaan keresahan yang amat sangat.
Utusan Malaysia melaporkan dengan mengambil contoh Kelantan, kerajaan pimpinan
Pas itu sendiri kononnya saban tahun, tanpa gagal, membentangkan bajet defisit
termasuk bagi tahun 2008 yang dibentangkan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat baru-baru ini. Dengan anggaran hasil sebanyak RM401 juta dan
Perbelanjaan Mengurus di Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM424.73 juta pada
tahun 2008, jumlah defisit semakin bertambah menjadi RM23.73 juta.
Nampaknya rakyat cuba didedahkan kepada suatu keburukan kepada negeri Kelantan
sahaja dalam masaalah defisit belanjawan. Seolah-olah negeri-negeri lainyang
diperintah BN tiada defesit belanjawan, atau tiadakah defesit belanjawan dalam
Belanjawan Negara.
Kita berharap media bersifat adil dalam memberi laporan kepada sesuatu isue,
jangan main hentam kromo dan halakan kepada Kelantan sahaja tanpa berhajat
mendedahkan kelemahan di tempat lain.
Contohnya Hampir setiap tahun kerajaan Negeri mengumumkan belanjawan defesit
yang semakin tinggi . Tahun 2005 Mohamad mengumumkan RM50.72 million defesit
dan dalam belanjawan 2006 pula meningkat kepada RM64.08 million. defisit paling
tinggi sebanyak RM106.5 juta pula tercatat dalam anggaran Bajet 2008.Hakikatnya
untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sendiri Kerajaan Negeri Sembilan
pun tidak mampu.
Belanjawan defesit sudah lama berlaku sejak Zaman Mahadhir dalam pebentangan
Belanjawan negara. Tradisi ini berterusan apa lagi di zaman Pak Lah. Amalan
belanjawan defisit yang berterusan selama hampir 12 tahun berturut-turut
dibimbangi akan terus membebankan rakyat setelah 'wang rakyat' diragut kerajaan
dengan pelbagai kenaikan cukai, dan bahan api serta perkhidmatan. Ini realiti
yang berlaku dalam belanjawan negara.
Tidak termasuk belanjawan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN disemua negeri di
Malaysia. Semuanya mengalami defisit dan hutang yang berlambak. Hasil nya
sedikit tetapi belanjanya sangat tinggi.
Perlu diingatkan defisit yang berlaku di kelantan adalah rendah dan kerajaan
Kelantan mampu bertahan dengan dasar jimat cermatnya selama ini.
JOM BERSIH!!! bersih.org
Peruntukan RM350,000 masjid di Ijok jadi tanda tanya
Saidah Hairan
Thu | Jan 24, 08 | 4:37:06 pm MYT IJOK, 24 Jan
(Hrkh) - Ketua Kampung Rantau Panjang diminta menjawab apa yang didakwa
penyelewengkan wang peruntukan membina masjid, surau dan sekolah agama Taman
Purnama, Rantau Panjang sebanyak RM350,000 yang diserahkan ketika kempen
pilihan raya Dun Ijok, 28 April tahun lalu.
-->Sumber memaklumkan kepada Harakahdaily berikutan tinjauan yang disiarkan
dalam Harakah edisi 1352 berhubung keadaan tapak masjid Taman Purnama yang
sudah ditumbuhi lalang. Â
Menurut sumber itu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah
menyerahkan peruntukan tersebut kepada Ketua Kampung Rantau Panjang.
Bagaimanapun, kata sumber itu, ketika penduduk mengusulkan perkara tersebut
kepada Ketua Kampung, beliau mengatakan sebahagian peruntukan itu dibelikan van
jenazah berharga RM70,000 secara tunai.
"Malangnya van jenazah itu sampai sekarang kita tidak nampak," kata sumber itu.
Ikuti pendedahan seterusnya dalam edisi Harakah akan datang.
Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.